16 October 2012

Mabrouk Alaikuma :) Selamat Pengantin Baru



Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tahniah Along dan suami. Semoga Allah menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan. Bibir tersenyum gembira bersyukur dengan penyatuan dua hati. Moganya kalian mampu melayari bahtera kehidupan berumah tangga dengan penuh berkat bersendikan syariat dan bertunjangkan sunnah. 


Saat akad dilafazkan , saya merasakan orang lain sudah ambil awak daripada saya. Sayu seketika. namun saya mengerti, fitrahnya awak memerlukan seorang insan bernama suami. Lantas sedaya upaya memujuk hati. Seraya memohon pada Ilahi agar rumah tangga yang baru sahaja terbina ini dapat awak lalui dengan penuh sabar dan bahagia dan mendapat keredhaan Rabbul Izzati.. InsyaAllah, saya sentiasa mendoakan awak dan keluarga kita.

Semoga menjadi  isteri yang terbaik buat suami awak dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.  Aamiin.

Buat tatapan Encik Suami kepada kakak saya yang tercinta, moganya anda mampu untuk terus menjadi pembimbing dan teman hingga syurga buat kakak saya yang seorang ini. Selamat pengantin baru buat kalian berdua. Moga bahgia sentiasa mengiringi kehidupan baru kalian . Selamat menjadi ketua keluarga dengan penuh keimanan dan dedikasi. 


Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...