23 February 2011

~~ HaLaWaTuL UkHwAH~~

~~ HaLaWaTuL UkHwAH~~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

:: Qaseh Abadie::

      Dengan lafaz yang mulia ini Syue mula menulis…mencoretkan sesuatu buat tatapan sahabat-sahabat sekalian dan juga untuk diri ini…..juga tidak lupa buat sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Saat ini Syue masih lagi berada di Bumi Tarbiyah Maahad Ahmadi. Diam tak diam dah nak masuk bulan kedua Syue bersama empat lagi sahabat seperjuangan menumpang di Bumi Maahad Ahmadi ni. Al-maklum laa..kalo ikutkan tahun ni kami da abis skolah da..kire da tak pape hubungan lagi ngan Maahad tu,,tapi tidak bagi Syue dan empat lagi teman Syue…. Dahulu…abis je STAM semua sahabat-sahabat Syue pening-pening kepale memikirkan apakah perancangan seterusnye.. ade yang nak mulekan pekerjaan..ade yang nak mengambil kursus jahitan dan macam-macam lagi…. Ade yang nak mengajar….dan sekarang semuanye dah bawak haluan masing-masing…. Tinggallah Syue, Ain Syafiqah, Nurzaleha, Nur Farah Hana dan juga Faiznur Fatin. Masih lagi berpijak di Bumi Maahad nie.. Masih lagi berjuang untuk Kembaq dan Sukses…juga masih setia bersama adik-adik di sini… sungguh bertuah rasanya kerana masih berpeluang untuk bersama warga Maahad mencipta memori indah di saat-saat akhir ini…. Namun… sesungguhnya jauh di sudut hati kecil Syue ni rasa sayu sudah mula menggigit tangkai hati…Syue yakin empat teman Syue yang lain itu juga turut mempunyai perasaan persis seperti Syue.. rasa sayu , rasa gembira,rasa dihargai bergabung menjadi satu,,,bercampur-baur semuanya… sayu kerana Syue akan meninggalkan Bumi Maahad Ahmadi yang banyak mengajar Syue erti kehidupan…erti persahabatan…rasa itu sudah mula bersarang di lubuk hati…jika dahulu Syue rasa pelik kenapalah abang-abang dan kakak-kakak senior Syue dulu bersedih saat-saat tamatnya persekolahan…. Dan..baru kini Syue tahu dan merasai sudah apa yang mereka rasa tatkala itu…
:: nana,maryam nabilah dan syafiqah::
::farah,maryam nabilah,anis,wani::

“Yuhuu!!! Seronoknya kite dah abis sekolah…”, jerit seorang sahabat Syue kala kami tamat sahaja menjawab paper last STAM madah quran dan tajwid (sapelah empunya badan yang jerit cam tu..hehhe)… yea memang benar rasa seronok sangat masa tu.. maklumlah…da abis imtihan…kire lepas ni tak payah laa pening-pening nak ngadap buku lagi…heheh..ade-ade jea Syue ni kan… huhu.. tapi dalam gembire tu ade juga terselit rase sedih mengenangkan perpisahan yang bakal berlaku antara Syue dan sahabat-sahabat…(dah berlaku da pun)… cume takdir Allah menetapkan kami berlime terus bersame…tak rancang pun….hati masing-masing berbelah bahagi…bagi Syue, Iznur dan Zaleha sama ada Kembaq atau Sukses,,,bagi Farah pulak…sama ada mengajar di Pasti atau Kembaq…. Allah itu Maha Kaya bukan… Allah dah tetapkan kami di sini…semuanya ada hikmah yang indah sekali…

::hawa,nana dan syafiqah::
::bersama cikgu Yunos::
                                                                     

Kat Bumi Maahad ni Syue bersama empat sahabat yang lain sama-sama susah senang, suka duka….pahit manis bersama….sentiasa bersama…apa taknya… kembaq dan sukses tetap di hati…cume terkadang rasa bersalah melanda hati masing-masing…kenapa ya???? Hanya syue dan sahabat-sahabat seperjuangan yang tau… buat empat sahabat Syue tersayang ( farah,leha,iznur dan ains) syue pasti dan yakin kalian semestinya mengetahui rasa hati ini……

::syue,farah,leha dan nana::
::ni laa faiznur tersayang...::

Kini hanya tinggal kurang lebih tak sampai dua bulan lagi kita akan melangkah meninggalkan bumi tarbiyah yang disayangi….ohh..maksud syue bukan kita akan meninggalkan terus..Cuma mungkinkah kita masih lagi berpeluang untuk mengutip lagi mutiara-mutiara ilmu juga pengisian rohani… jawapannya kita sendiri tidak pasti..mungkinkah ada lagi insan-insan seperti guru-guru juga ustaz-ustazah yang selau mengingatkan diri kita..kalau ada pun sahabat sudah tentu tidak sama bukan…… terasa masa begitu pantas berlalu…rasanya baru sahaja mendengar pesanan berharga dari dari guru-guru untuk diri kita….rasanya baru semalam kita mengadukan masalah kita kepada ustaz dan ustazah…rasanya baru semalam kita bergurau senda bersama…semuanya bagaikan baru semalam berlaku….semuanya masih segar dalam ingatan…segalanya tersemat kukuh dalam memori…. Ya Allah..mengapa hati ini benar-benar menangisi perpisahan yang bakal menjengah ini…. Huh!!!Keluhan demi keluhan….semuanya bagai ingin menceritakan apa yang tersirat di dasar hati….. kulihat sahabat-sahabatku yang lainnya sebelum melangkah keluar dari bumi tarbiyah ini..semuanya bagaikan tiada apa yang berlaku (patutnye sedih laa nak berpisah)…semuanya gembira…pada hemat Syue mungkin mereka ingin mencipta memori indah sebelum melangkah keluar..ingin membawa yang indah-indah sahaja… semua orang inginkan begitu…..
::ains.farah dan leha::



::Apa lagi yang diperlukan bagi sebuah ukhwah,jika di dalamnya terisi jutaan rahmat Tuhan…bila menangis ada yang meredakan,bila gembira ada yang mengingatkan,bila sakit ada yang mendoakan,bila sihat ada yang meraikan,alangkah hebatnya jika persaudaraan,lagi hebat jika seiring perjuangan..semoga ikatan persaudaraan kita kekal selamanya dalam menagih kasih ILAHI::: 

::syue ngan Zahrah yang dirindui..::



“ukhwah yang terjalin ibarat gula dalam air…walupun ianya telah larut namun ketahuilah rasanya tetap hadir…”

:: Syue dan Leha::
indahnya persahabatan...

Tika ini Syue dan sahabat-sahabat yang lain masih lagi setia mencipta memori indah bersama warga bumi tarbiyah…..masih sedaya upaya membantu adik-adik tingkatan satu 2011 yang menuntut di bumi tarbiyah….duhai adik-adik….moga dengan bantuan kami yang tidak seberapa ini bisa membuat kalian terus berusaha melakar jejak-jejak mimpi kalian menuju kejayaan….. apa yang perlu kalian tahu adalah..kalian sebenarnya amat bertuah kerana terpilih umtuk berada di maahad ahmadi…bumi tarbiyah yang banyak mengajar kami erti kehidupan…. Ya!!!..saat pertama kali kami menjejakkan kaki di bumi maahad ini..kami juga seperti kalian…tidak biasa dengan kehidupan di maahad…dengan peraturannya yang sungguh ketat (zaman kami dulu laa)…dengan kakak-kakak yang amat tegas dan garang… (dulu laaa)…dan macam-macam lagi….dan kalo diikutkan hati nak jea keluar maahad…tapi mujurlah Allah tetapkan hati untuk terus kekal di maahad….rupanya ada hikmah yang begitu manis untuk kami kenang sepanjang hidup kami…sekarang..diam tak diam sudah 6 tahun kami di maahad…satu tempoh yang cukup lame bagi kami..lantaran itu duhai adik-adikku yang di sayangi….kami ingin sekali kalian terus berada di maahad…..ambillah apa yang baik sepanjang berada di maahad…. Doa kami sentiasa bersama kalian..moga kalian tabah dan cekal menempuhi dugaan kehidupan sepanjang berada di bumi maahad ahmadi..(alangkah baiknya andai kalian mendengar suara hati ini…

:: dinah dan atin ::
::zainab dan atin::


"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

::fara,syue,dan leha::
::program ITQANS::


Duhai sahabat…………………
Setiap pertemuan dan perpisahan yang berlaku antara kita akan menjadi lebih indah dan bermakna sekiranya kerana Allah yang Esa….

time nyanyikan????
ukhwah yang terjalin...
kenangan termanis....



Kau, Kawan, Sahabat & Teman

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama…

::sahabat yang disayangi::
::athirah dan musyazwani::

::kak Lina,wahidah dan Leha::
ceria....... :-)


Sahabat……
Masihkah kalian ingat dengan lirik lagu di atas??? Seingat Syue..lirik ni laaa yang mengikat kita sehingga hari ini…. Saat manis ketika menjayakan sebuah program khusus untuk adik-adik muslimat (KISS)…… dan tautan ukhwah itu terus terjalin biarpun tidak semua antara kita yang sekepala..namun atas kuatnya ukhwah yang terjalin semuanya bisa ditangani.. Alhamdulillah… diri ini bersyukur di pertemukan denganmu….. ya robb..indahnya ukhwah yang Kau titipkan buat kami…… sahabat..moga kalian juga berjaya melakar jejak-jejak mimpi…doakan juga untuk diri ini…


masih ingat lagi???? :-)

okey....rasenye sampai disini dahulu...moga dipertemukan lagi di lain waktu...

06 February 2011

~~ INDahNYe UKHWah~~

:setia bersama::
Salam mahabbah...salam sayang..salam sehangat ukhwah yang sedia terjalin buat sahabat-sahabat tersayang...tidak lupa buat para pembaca yang mengenali diri ini.... terasa sudah lama tidak menulis...baru hari ini tergerak untuk mencoret sesuatu buat diri Syue dan juga para pembaca...baru-baru ini syue baru tamat berprogram bersama adik-adik PMR 2011 dari Maahad Ahmadi, SELARU dan ITQANS
..moga-moga dengan bantuan kami yang sedikit cuma ini mampu menaikkan semangat kalian untuk terus berusaha untuk menggapai kejayaan...insyaAllah....ukhwah yang terjalin antara kita akan sentiasa mekar selagi hayat dikandung badan....




barisan teman-teman yang membantu
           Eh....!!! Tiba-tiba hati ni terkenang kembali saat-saat indah ketika menanti natijah STAM  diumumkan...indah sekali saat tu,,,ingatkan dapat kita sama-sama berkumpul...namun tidak semua yang dapat hadir..mungkin ada lagi komitmen yang perlu diutamakan...tidak mengapalah sahabat...moga ada lagi pertemuan yang Allah aturkan untuk kita bersama.... ketika natijah diumumkan Syue bersyukur sangat-sangat sebab kita sama-sama berjaya...alhamdulillah sahabat..usaha kita selama ini berbalas jua...yela mana tidaknya...belajar sampai larut malam..terkadang sampai ke pagi...agak-agak ngantuk tidur sekejap..kemudian sambung kembali...begitulah keadaan kita saat imtihan sudah hampir... al maklumlah STAM ni kan imtihan terakhir wat kita sebelum kita melangkah untuk melanjutkan pelajaran nanti..sudah tentu kita mahukan yang terbaik bukan..tahniah sahabat semua...semuanya ada peningkatan...Syue gembira sangat ada teman seperti kalian...alhamdulillah..terima kasih juga wat ustaz-ustaz yang banyak bersusah payah untuk kami...jasa kalian amat kami hargai...mereka ialah ayahanda tercinta ustaz Idris ( Nahu wa Sarf), Ustaz Ezzaddin wa Ustaz Shahrizan (Tauhid wa Mantiq),Ustaz Kherd (Nusus wa Adab),Ustaz Adenan ('Arudh wa Qafiyah), Ustaz Taufik (Fiqh wa Hadith), Ustaz Nasir ( Tafsir Ulumuhu wa Hifz Quran Tajwid), Ustaz Zulkarnain( Insya' wa Muthalaah)Ustazah Ismariah (Balagahah).terima kasih wahai guru-guruku...

leha,atin,fara.tirah.syue.nana...



sahabat yang mumtaz sufi... hilmi dan umar..
ayahanda ustaz Idris dan anaknya,Habib
antara teman-teman muslimin yang najah..tahniah sahabat!!!


semoga lebih najah untuk masa akan datang!!!
wajah gembira rakan syue faiznur,ainsyafiqah dan ustazah aisyah
satu2nya sahabat syue dan teman-teman yang berjaya melayakkan diri berjuang mengagungkan kalam Allah dalam Akademi Al-Quran...

   Jadi kesemua gambar-gambar di atas adalah sekitar suasana ketika Syue dan teman-teman menerima natijah STAM pada 31 Januari yang lalu... hmm sekadar ingin berkongsi kegembiraan bersama.... selepas ini sahabat kemana agaknya kita kan..masing-masing nanti dah bawa diri..mungkinkah dapat kita bersua lagi....semuanya tidak pasti... walau apa pun jua sahabat...syue tetap doakan yang terbaik untuk kita semua...

indahnya ukhwah antara kita...
nana,leha,syue,fara.iznur...
uhhwah tercipta....
sahabat sejati membawa bahgia...
Rasenye sampai sini jea dulu....nanti-nanti syue tulis lagi.....

wassalam.. =)




   

Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...