19 October 2012

Ya..! Saya Juga Turut Merasa..



Ujian,
Bahasanya BISU,
Hadirnya tidak terduga,
Adakalanya ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa,

Ada kalanya untuk mengajak kita bertanya, Apakah diri sudah terlupa.



Ya,

Terlupa siapakah kita disisinya,
Terlupa dari manakah kita datang dan kemana hala tuju hidup kita,
Terlupa yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa,
Apakah kita masih ingin menderhaka padaNYA?

Kita bicara tentang pancaroba,
Kita berkata tentang malapetaka,
Tapi hati masih terleka,
Kita tewas kala gembira, kita tersungkur tika derita.

Namun andai ujian itu membawa kita ke pintu Kesedaran,
Maka ujian itu sebenarnya Manis!

Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia,
Sesungguhnya dunia itu medan ujian,
Akhirat jualah tempat kebahagiaan Abadi.
Allah itu sedang menguji kita.



Hujan turun dengan lebatnya tika ini. Sejuknya angin lembut menyapa pipi. Malam menemani diri. 
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah yang satu ini. 

Fikiran jauh melayang. Namun cepat dihalang pabila mata tertumpu dengan post terbaru dari sahabat 'blogger' tersayang, Cik QalamQudus . 

Bertuah dikurniakan teman seistimewa dia. Saya banyak belajar dari dia.Dia anak solehah, dia sahabat dikala gembira dan gundah,dia wanita tabah. Dia juga manusia biasa, punya alpa dan salah, namun dia sentiasa berupaya untuk berubah, agar berjaya tampil indah.




Tidak dilupa serikandi terindah, Jannah, Athirah dan Ramizah, semuanya berjaya menongkah gundah, sering mengingatkan diri agar sentiasa mujahadah, ohh..diri ini tersangat bertuah, punyai kalian sebagai wasilah, untuk diri ini sentiasa akrab dengan Allah. mudah2an,insyaAllah. :)


Buat Athirah, Leha , Jannah dan Ramizah.. insyaAllah.. kita masih lagi berkesempatan untuk menuntut ilmu bersama cuma kitabnya yang berbeza. Harapnya kita sentiasa untuk terus saling menasihati. Sungguh, diri ini sangat kagum dan beruntung dengan adanya sahabat-sahabat seperti kalian. Semuanya punyai watak yang berbeza, namun fitrahnya kita tetap sama. insyaAllah, bersama kuatkan semangat dan tekad. Moga langkah kita sentiasa dinaungi rahmat.
Terasa rindu untuk menuntut ilmu bersama.



16 October 2012

Mabrouk Alaikuma :) Selamat Pengantin Baru



Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tahniah Along dan suami. Semoga Allah menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan. Bibir tersenyum gembira bersyukur dengan penyatuan dua hati. Moganya kalian mampu melayari bahtera kehidupan berumah tangga dengan penuh berkat bersendikan syariat dan bertunjangkan sunnah. 


Saat akad dilafazkan , saya merasakan orang lain sudah ambil awak daripada saya. Sayu seketika. namun saya mengerti, fitrahnya awak memerlukan seorang insan bernama suami. Lantas sedaya upaya memujuk hati. Seraya memohon pada Ilahi agar rumah tangga yang baru sahaja terbina ini dapat awak lalui dengan penuh sabar dan bahagia dan mendapat keredhaan Rabbul Izzati.. InsyaAllah, saya sentiasa mendoakan awak dan keluarga kita.

Semoga menjadi  isteri yang terbaik buat suami awak dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.  Aamiin.

Buat tatapan Encik Suami kepada kakak saya yang tercinta, moganya anda mampu untuk terus menjadi pembimbing dan teman hingga syurga buat kakak saya yang seorang ini. Selamat pengantin baru buat kalian berdua. Moga bahgia sentiasa mengiringi kehidupan baru kalian . Selamat menjadi ketua keluarga dengan penuh keimanan dan dedikasi. 


25 September 2012

Irdhi Wahai HATI...!

Assalamualaikum buat semua pengunjung 'tingkap kecil' sUaRaQaLBii. Moga-moga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNya yang Maha Esa. 

*Jom senyum sikit...! sikit je laaa..hehe*

Kepada teman-teman universiti yang sedang ber'study week', sama ada di rumah atau di jamiah masing-masing, diucapkan selamat belajar dan selamat menempuhi fatrah imtihan yang bakal menjelang. Moga najah sentiasa mengiringi langkah-langkah kita sebagai penuntut ilmu walau di mana pun kita berada.

 *mood senyum selalu*

~ Selamat ber'study week' Fruitale Si Tabah
dan
Selamat Kembali Ke Morocco Ahlina ~
Jannah, bile nak packing2 barang nti inform saye..!! ~

Firman Allah:

"Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya".
Surah Al-Imraan ayat 159

Selagi ada masa selagi itu kita perlu usaha..!!!!



Saat ini SQ masih lagi di bumi 'tanah tumpah darahku' ini iaitu Malaysia tercinta. Masih lagi membilang hari dan mencipta detik-detik terindah bersama keluarga sebelum terus mengatur dan menyusun langkah demi langkah bagi meneruskan pengembaraan mencari ilmu di bumi berkah, Mesir. Alhamdulillah, Allah mengizinkan SQ dan teman-teman seperjuangan untuk terus mengutip mutiara-mutiara ilmu di bumi penuh berkah itu. InsyaAllah. Mudah-mudah Allah memudahkan perjalanan dan urusan setiap hati-hati yang ingin belajar keranaNYA. 

* ohh,rindunya bumi Cairo...! ::heart::)*


ohyaa... dalam kesibukan kita mentelaah buku-buku pelajaran, jangan lupakan 3 sahabat karib ni ya.! ( pesanan paling utama untuk diri SQ) tolong ingatkan SQ kalau-kalau SQ juga terlupa. 

" Emm, apa ya 3 sahabat karib yang SQ maksudkan ini?.. haaa,ni yang nak cerita.. hehe..".


3 Sahabat Karib ini ialah ALLAH, QURAN dan HATI. 3 perkara yang cukup sempurna (pada hemat SQ) untuk kita hadapi apa jua mehnah yang mendatang...!!!

 *ape kaitan ea...??*


"haaa... kenape bukan jantung ke, tangan ke, ape-ape je lah???....,".
 oke... sebabnya kerana Hati adalah harta yang paaaaalingggg berharga. Pujuklah Hati supaya Tenang dan Tersenyum selalu dengan apa jua yang mendatang. Jaga Hati, ajar Hati redha dan gagah dengan takdir dan keputusan hidup. Mane nak cari sumber semangattttt tuuuuu!!??? Haaa... semangat tu ada dalam QURAN, kan3??.. tak payah tunggu sesiapa nasihat dulu, cari dalam Quran dulu (bace Quran + tadabbur laa maksudnya). Pesanan-pesanan Allah dalam Al Quran dah cukup untuk hidupkan Si Hati ini, dan dalam ketika itu Al-Quran ni hubungkan semula Hati-Hati dengan Pemiliknya iaitu ALLAH Yang Esa. Sungguh..! pabila kita pelihara 3 perkara yang merupakan 'sahabat karib' ini dalam kehidupan, insyaAllah, segalanya dapat kita tempuh dengan SEBUAH SENYUMAN di penghujungnya..! :).. ALLAH memahami  kita lebih dari yang lain. Indahkan..???

* Terimakasih sahabat..! Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNYA untukmu*

Adapun kata-kata semangat dan motivasi dari insan-insan sekeliling seperti keluarga, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan (semuanya membawa maksud yang sama tapi erti yang berbeza! cam ne tu ek?? bergantunglah pada tafsiran individu itu sendiri.)

 * senyum sambil kenyit mata..! haha* ;)

Hakikatnya semuanya datang Dari Allah.. semua tu nasihat itu dari Allah juga. Cumanya sahabat handai tu adalah wasilah sahaja..!

* Terimakasih Allah dan terimakasih semua*


"Orang yang mencari Redha akan mendapat ketenteraman Hati".
~Sheikh Yusuf bin Muhyiddin Req Al-Bakhour Al-Hasani~
Rindu untuk menatap wajah suci itu.

InsyaAllah semoga hati-hati kita sentiasa redha dengan segala macam dugaan dan cabaran yang mendatang. Sabar juga sangat perlu untuk mendidik hati dalam mencari keredhaan Allah.
Tiba-tiba teringat sebuah status milik seorang hamba Allah iaitu, "Sabar itu khazanah syurga. Jadi, ia akan pulang semula ke syurga dan membawa insan2 yg setia bersamanya.".
 Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang berSABAR.

"Every Happiness, there' a TEST. Every Pain, There's 'hikmah' and something better awaiting. Whichever, may both bring us closer to HIM."
by: teman Tweet2 :)

Penting....!!!! Kita tidak akan pernah sunyi dari diuji. Ujiankan satu tarbiah. Usah cepat melatah (ingatkan saya jika saya terlupa). Allah maha mengetahui setiap sesuatu. 

~ Doakan Kami Semua~
~ LehaRamizahAthirahJannahSyue~

Terima kasih yang tak terhingga buat teman seperjuangan bersemangat waja dan tabah iaitu Siti Athirah yang telah bersusah payah menguruskan urusan-urusan SQ dan teman-teman lain yang pulang bercuti di Malaysia nih. Dari dulu lagi, SQ memang kagum dengan jiwa sahabat SQ yang seorang ni. Tabah,cekal dan yang penting dia selalu semangat. Seorang yang ceria juga. 
Ya Allah Rahmatilah setiap saat kehidupan sahabatku ini. Aamiin..! nah hadiah tuk awak..!
insyaAllah... nanti saye balik Cairo, saye belanje awak..! hehe
*Rindu :love:*


haaa, sebut tentang ceria-ceria ni SQ memang teringat sungguh kepada seorang sahabat SQ 'teacher to be' iaitu Nur Farah Hana. Sahabat yang banyak kongsi suka dan duka sejak zaman sekolah menengah dulu. Fara ingat tak yang Fara ade call saye mase mule-mule Fara jalani orientasi kat maktab tu?? Fara ceritakan tentang perjalanan orientasi n sambutan merdeka yang terpaksa mendaki hingga ke tingkat 18 tanpa lif.. hehe..Rakaman suara Fara tu ade lagi pada saya..!! :)  Meskipun haluan belajar kita sudah berbeza,namun ketahuilah sahabat kita masih sama-sama menuntut ilmu di Bumi Allah ini. Doakan saya sentiasa kuat macam awak. Moga dapat ketemu sebelum saya terbang. hehe
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Farah. 
*Rindu :heart:*



Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.. :) :)
Aaminn..



19 September 2012

SABAR Yang INDAH




Alhamdulillah... Banyak hikmah yang Allah titipkan dalam setiap kesulitan itu. Sebagai hambaNya, kita tidak akan sunyi dari diuji. Bukankah ujian itu sebagai tanda sayangNya kepada hambaNya yang lemah dan kerdil ini.. Apalah sangat ujian yang kita hadapi sekarang jika dibandingkan dengan ujian para sahabat dahulunya. InsyaAllah, pasti ada hikmahnya jika SABAR sentiasa menjadi teman sejati hati kita. 

*okeh,,,jom senyum dulu :) *

Alhamdulillah, urusan me'renew'kan visa sebelum pulang ke Cairo lewat oktober nanti hampir selesai. Bertemankan sahabat seperjuangan Jannah Atirah serta ayahanda tercinta & temannya dapat juga cari Embassy of Egypt ini. Turun sahaja dari kereta kami dapat lihat ramai sahabat-sahabat lain turut bersama untuk membuat visa. Ada yang baru pertama kali nak wat visa. Ada yang nak membarukan visa semula. Ada yang dari Kedah, Ada jugak yang dari Perlis. Allah, jauhnya mereka. Kami dari Negeri Sembilan. Jauh jugak tau..hihi... suasana ketika itu terasa seperti di Mesir yang mana semua teman-teman yang ada di situ beratur panjang menunggu giliran untuk berurusan di tingkap kecil itu. Terlihat seorang pakcik yang telah berusia sedang sibuk menjawab pertanyaan sahabat-sahabat lain. Sesekali terlihat orang arab yang keluar masuk dari ruangan kecil itu. Cara pentadbirannya juga seperti di Mesir. Seraya hati berbisik "paham2 jelah kalo berurusan dengan orang arab, mesti SABAR..!!".

sedang sabar menunggu, kami ditegur seorang wanita bersama suaminya dan kami pun berbual dengannya.

Wanita: Emm, adik belajar kat Mesir ye?. Kawasan mane ye?

SQ & Jannah: (serentak menjawab) kat Kaherah kak. Akak belajar jugak ke? (soalan apakah ini,haha)

Wanita: (sambil senyum dan memandang suaminya) Eh, tak lah dik. Akak dah kawenlah. Akak nak watkan visa adik akak. Adik tau sape-sape yang akan ke Iskandariah dalam mase terdekat ni? tolonglah, sebab adik akak ni nanti sorang-sorang je nanti. Tak de teman.

SQ dan Jannah: Alahai kesiannya. Maaflah kak kami tak tau. huhu... Oh ye, visanya sudah siapkah?

Wanita : (sambil mengeluh) haiii.... tak tau lah dik. dah dua kali akak datang nak ambil visa. tapi x siap-siap lagi. walhal flight adik akak lusa nanti.

SQ & Jannah: o0o0o.. yeke kak..?? Alah.. kesiannya.. mencemaskan jugak.. Akak tinggal mana??

Wanita: Akak tinggal kat Setiawangsa. (sambil memberikan senyuman yang manis sekali)

SQ dan Jannah: o0o0o0... (senyum jugak).. 

Hati berbisik, jika orang yang dekat pun sampai dua tiga kali datang sini tak siap-siap juga...apatah lagi kita yang jauh ni Jannah. Mereka-mereka yang lagi-lagi jauh dari kita nie.. Huuu..~ hai lah nasib. SABAR.. !

Benarlah tekaan hati kala itu. Tak dapat jugak selesaikan urusan tersebut dalam masa sehari.Malah sudahpun datang pada masa yang dijanjikan juga masih lagi belum selesai. Hai, Sabar belum kuat lagi ni. Berlapang dadalah. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Kepada teman-teman mempunyai tujuan yang sama seperti kami, harapnya kita sama-sama sabar. Sabar tukan INDAH.. hehe...



Firman Allah:


Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
~Surah Al Imran ayat 200~





*Alhamdulillah dapat panggilan visa kami dah siap. terimaksih Allah. Terimaksih pada dia yang tolong ambilkan...*

16 September 2012

Indahnya Pertemuan

Assalamualaikum buat semua pengunjung Blog SQ. Moga-moga semuanya sentiasa dalam mood yang gembira dan ceria. Saat ini jam menunjukkan angka satu setengah pagi waktu Malaysia. Jari terus laju menekan keyboard laptop hadiah ayah yang tersayang sambil minda mengimbas dan mengingatkan setiap detik yang SQ dan teman-teman lalui sepanjang kami menjalinkan persahabatan. InsyaAllah moga kita kekal sebagai sahabat selamanya. Seraya hati berdoa moga Allah merahmati jalinan ukhwah yang terpatri antara kita.Athirah..kami merindui kamu.... :) sayang selalu wat trah ... 



15 Sept 2012 merupakan hari bahagia sahabat kami semua. Walimah yang berlangsung penuh berkat itu muda-mudahan sentiasa mendapat redha Allah dan jodoh yang berpanjangan. Tahniah wat Sheila dan Encik Suami kerana telah selamat diijabkabulkan. Senyuman bahagia sentiasa menguntum dibibir sahabat yang sama-sama menuntut di Ardil Kinanah itu.
Terimaksih kat Jannah kerana sudi plan n same2 ke majlis Sheila ni. Alhamdulillah... dapat juga bertemu sahabat2 yang lain. Leha, Mizah.  Time tu duk tringat jugak kat sahabat kami nun jauh di mata tapi selalu dekat dihati.. Athirah....
Kalo Athirah ade skali..mesti seronok... mama Suhana pun ade jugak tau... dapat jumpe si comel Firdaus.. hehe... Jumpe mak Leha jugak...



~ Selamat Pengantin Baru Sheila & Encik Suami  ~






                                                      
                             *moga Allah meredhai ukhwah kita*

10 September 2012

.:: Bicara Kalbu Di Saat Keliru ::.

Iman di hati jua mampu bertukar musim,
Bila cuaca menjadi punca,
Namun bagaimana kita membajanya,
Iman bukan terletak pada luaran,
Tapi tersudut kemas dilubuk hati,

Curilah sejenak masa diusiamu,
Nilailah Imanmu,
Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas?,
Atau seperti musim luruh?,
Gugur satu persatu dan akhirnya tandus?,

Mungkin bagai musim salju yang dingin dan sepi,
Atau indah mewangi bak musim bunga?,
Tepuk dada tanyalah iman.



Burulah dunia dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan yang bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Dunia ditangan , Akhirat di hati!

Ingatlah tidak mengapa andai engkau tidak sampai di hujung jalan, tetapi cukup sekadar kau telah menempuhi jalan. Justeru, ketenangana dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan , tetapi ada di sepanjang jalan. Genggam al-Quran, ingat mati dan berangkatlah. Sesungguhnya, jalan mujahadah itu susah tapi sangat indah. 

 Emas perlu ditempa. Intan perlu digilap. Mungkin begitulah tamsilan jiwa manusia. Ia ditempa oleh ujian, digilap melalui kesusahan. Sengatan ujian itu sangat menyakitkan namun  bila dapat dihadapi dan ditangani dengan rela, ia seolah-olah suntikan imunisasi yang menjadikan seseorang itu lali daripada sebarang kegagalan dan kekecewaan pada masa kini dan akan datang.

~ Kenangan lewat 2009 yang lalu ~
~ Ukhti Zaleha yang banyak mengajar,moga Allah sentiasa meredhainya dan mempermudahkan urusannya ~
~ saya sayangkannya <3 ~

* akal yang sarat ilmu memerlukan pimpinan hati yang sarat IMAN*


04 September 2012

~BiNgKiSaN SyaWaL 1433H~


Alhamdulillah…. Allah is The Best Planner… syukur padaNYa… Ramadhan terindah kali ini disambut dan dirai penuh kesyukuran bersama keluarga tercinta di bumi Malaysia.  Pada mulanya, hati semakin kuat bertekad untuk meraikan kedatangan Ramadhan yang dinanti sebagai seorang penuntut ilmu di bumi perantauan, Bumi Anbia’.  Akan tetapi, Allah itu sebaik-baik perancang. Alhamdulillah..kembali ke pangkuan keluarga bagi menghabiskan tempoh bercuti penuh makna juga meraikan kedatangan Syawal yang mulia bersama yang tersayang. Itulah yang dinamakan kita merancang, Allah juga merancang, dan rancangan Allah itu adalah yang terbaik.  Biarpun hati berat untuk untuk meninggalkan bumi bertuah itu namun kutinggalkan semua rasa rindu itu buat satu-satunya sahabat seperjuangan yang tidak turut serta bersama kami  Cik Qatrunnada yang sentiasa bersemangat. Begitu juga dengan kakak-kakak yang  setia menemani sahabat tersayang kami itu. Terubat rindu pada segenap ruang dibumi Mesir itu pabila Athirah seringkali juga mengkongsikan aktiviti, program-program sepanjang Ramadhan dan Syawal sepanjang ketidakberadaan kami di Bumi Mesir itu.



Berpeluang berada di Malaysia dalam tempoh yang tidak lama ini, membuatkan diri ini bersama sahabat seperjuangan iaitu Jannah  mengambil peluang sepanjang kehadiran Syawal  ini untuk bertemu dan bersua  bersama sahabat-sahabat seperjuangan semenjak kami menuntut di sekolah menengah lagi. Alhamdulillah.  Dalam mahabbah rindu kita bertemu.. meskipun tidak berpeluang berjumpa dengan semua..insyaAllah..mudah-mudahan ada lagi pertemuan antara kita. :-)


Saat sahabat tersayang (semuanya sy sayang!! hihi ^^) Ukhti Farah Hana dan keluarganya berkunjung diteratak saya. Farah sayang, sampai jugak awak kat Serting nie.... terima kasih datang...  sekarang fara dah meneruskan rutin harian sebagai penuntut ilmu di Maktab. Syue doakan yang terbaik untuk Farah dan sahabat-sahabat lainnya di sana.



haaaa.... yang ni pula saat kami ziarah sambil beraya dirumah sahabat kami yang lain ..

beraya di rumah Ahlina tersayang.. sempat juga bertemu dengan Cikgu Yunos.. 





saat berkunjung di rumah sahabat kami Zaleha tersayang.... juga sempat menziarahi mama Athirah... Alhamdulillah... nampaknya mama Suhana sangat2 merindui puterinya yang beraya di Mesir... (athirah...awak mesti balik yaaa tahun hadapan....insyaAllah jika panjang umur)






berkunjung ke teratak ukhti mahbubah Nurul Hawa...


pabila bertemu suzana dan atiQah Azhar... macam2 cerita ada... hehe.. thanks kawan sudi jalan2 ngn kami bertiga....  hehe.. nat n suzana awak masih macam dulu.... comelll je.. Atiqah pulak semakin matang...dah berkerjayakan... tahniah..semoga lebih berjaya.... hihi ^^



Alhamdulillah.. berkesempatan berziarah sambil beraya bersama Azliza Azmi, Hidayah, Shahirah Shahime dan Maryam..





Thanks atas layanan n cerita2 yang dikongsi bersama... insyaAllah..ade rezeki kita bertemu dalam pertemuan yang lainnya.. sayang semuanya kerana Allah..moga ikatan ukhwah terpatri indah selamanya... <3 <3 <3


untuk Cik Fruitale Syahira, Cikgu Afiqah Nadz,Ustazah Nabilah Kamarudin, Ustaz Asri Zainal n Ustaz Syahir Hazmi, terimakasih kerana sudi berkunjung n beraya di teratak saye..
Fruitale Syahira: sangt gembira bertemu anda n yang lain... x sempat jalan raye same2 kan..??? hehe...insyaAllah... moga ade rezki n pertemuna lain...

26 August 2012

Pura-pura TABAH, Lama-lama KUAT







Ujian memang nampak berat dan ‘sakit’ untuk diterima pada mulanya. Tetapi ALLAH tahu, kita akan mampu hadapinya sedikit demi sedikit. ALLAH sedang bagi kita ‘ubat kuat’ untuk terus tabah dan kuat dalam hadapi hidup mendatang.


“pura-pura tabah, lama-lama kuat”



Sahabat baik, ada masanya dia juga punya masalah hingga kita rasa tidak sanggup bebankan dia. Tetapi ALLAH tidak. Berjuta dan berbiliion manusia mengadu padaNya, namun Dia tidak pernah jemu.



Sahabat baik, ada masanya dia hanya mampu untuk berkongsi rasa dan bebanan di hati. Tetapi ALLAH hadirkan ketenangan hati ditambah pula dengan solusi.



‘Dia uji, tanda Dia sayang” ♥ ^^

17 August 2012

.:: PeRjUaNgAN iTu ::.





Andai perjuangan ini MUDAH,
pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini SINGKAT,
pasti ramai yang ISTIQAMAH.
Andai perjuangan ini menjanjikan keSENANGan dunia,
pasti ramai terTARIK padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama keMANISan yang tidak terhingga.

Andai rebah,
bangkitlah semula.
Andai terluka,
ingatlah janjiNYA.

Ya ALLAH,
Rahmatilah hidup kami,
Berilah pengakhiran pada hidup kami sebaik-baik pengakhiran.
Janganlah Kau matikan kami dalam kekufuran.
Ampunilah segala dosa-dosa kami,
Ya Rabbul 'Izzati..



~Islah Nafsak, Wad'u Ghairak~

14 August 2012

~ RaSa iTu ~

Alhamdulillah... sudah masuk 25 Ramadhan. Mudah-mudahan ibadah puasa kita diterima Allah. Moga-moga Ramadhan kali ini menjanjikan natijah yang sungguh manis buat kita semua. InsyaAllah... Entri kali nie SQ nak kongsikan sesuatu... :)



Semalam yang ku tinggalkan membawa sejuta kenangan,
Hari yang baru kini memberi seribu kesempatan,

Esok yang mungkin bukan untukku

Memungkin suatu harapan,

Disaat kekalutan begini,

Ku kupas semula kisah duka,
Betapa aku menjadi berani,
Melawan arus di lautan bergelora..


Tika ini, disaat ini,

Di tengah-tengah kegundahan hati,

Aku berjanji kepada diriku sendiri,

Aku terus berjuang dan terus berperang,

Kecekalanku mengharunginya,

Tak akan ku biarkan layu..



PadaMu Ilahi, 
Puji syukur ku panjatkan,

Kerana KAU lah penguat nadiku,

Menjadi punca ketabahanku,

Yang mengeluarkan semangat disetiap langkahku,

Seumpama ubat yang meresap setiap rongga tubuhku,

KAU kurniakanlah ketenangan ketika aku memerlukanMu..


ALHAMDULILLAH...

Setiap dugaan yang mendatang,

Setiap cubaan yang KAU kurniakan,

Adalah bekal kematangan akal dan fikiranku,

Anugerahilah aku dengan kekuatan IMAN dan taqwaku padaMu,

Segala berkemungkinan di atas redhaMU jua ya ALLAH,

Untuk kesekian kalinya,
InsyaAllah.. KITA  AKAN TERUS TABAH..



Datangnya ujian hati itu pada waktu yang bukan waktunya itulah yang dinamakan ujian maka kuatkanlah hati, tingkatkan mujahadah, mengadulah padaNya dan bertahanlah dengan ujian ini. Sampai waktunya maka jemputlah ujian itu lagi tapi pada ketika itu, pada saat itu, bukan dihadapi sebagai ujian tetapi sebagai sebuah wasilah untuk mendapatkan keredhaan dari ALLAH. Hidup tanpa ujian, sungguh pasti tera
sa bosan. Bayangkan, kita hanya menjalani hari tanpa ada apa-apa halangan. Takkan dapat menempa pengalaman bukan? Hanya bernafas dalam diam tanpa urat nadi berjalan dalam pengembaraan. Percayalah sahabatku sayang, ujian itu ibarat perencah rasa yang menyedapkan sesuatu masakan.. :')



Selagi mampu berlari, berlarilah. Jika tak mampu berlari, cukuplah sekadar berjalan. Jika hanya itu yang mampu dilakukan. Yang penting belajarlah untuk menghargai setiap nikmat yang ALLAH berikan dalam setiap fasa kehidupan. Belajarlah untuk mentafsir dengan akal yang ALLAH kurniakan disebalik kejadian.. ^__^


p/s : letakkan sepenuh kebergantungan hidup kita hanya kepada ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang TERBAIK buat kita sebagai hambanya..


~Bicara Rindu ini kutujukan istimewa buat permata hati yang banyak berkongsi rasa selama ini~


  • Ukhti QatrunNada
  • Ukhti Leum
  • Ukhti Teira Syrll
  • Ukhti Izzah Ct
  • Ukhti Akuto Miname
  • Ukhti Nur Dhuha
  • ukhti nur_albahr
  • Ukhti Nira
  • Ukhti FayFyza
  • ukhti asifucanseeme
  • semua yang bergelar sahabat jauh dan dekat...


Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...