Showing posts with label ::penghargaan::. Show all posts
Showing posts with label ::penghargaan::. Show all posts

19 October 2012

Ya..! Saya Juga Turut Merasa..



Ujian,
Bahasanya BISU,
Hadirnya tidak terduga,
Adakalanya ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa,

Ada kalanya untuk mengajak kita bertanya, Apakah diri sudah terlupa.



Ya,

Terlupa siapakah kita disisinya,
Terlupa dari manakah kita datang dan kemana hala tuju hidup kita,
Terlupa yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa,
Apakah kita masih ingin menderhaka padaNYA?

Kita bicara tentang pancaroba,
Kita berkata tentang malapetaka,
Tapi hati masih terleka,
Kita tewas kala gembira, kita tersungkur tika derita.

Namun andai ujian itu membawa kita ke pintu Kesedaran,
Maka ujian itu sebenarnya Manis!

Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia,
Sesungguhnya dunia itu medan ujian,
Akhirat jualah tempat kebahagiaan Abadi.
Allah itu sedang menguji kita.



Hujan turun dengan lebatnya tika ini. Sejuknya angin lembut menyapa pipi. Malam menemani diri. 
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah yang satu ini. 

Fikiran jauh melayang. Namun cepat dihalang pabila mata tertumpu dengan post terbaru dari sahabat 'blogger' tersayang, Cik QalamQudus . 

Bertuah dikurniakan teman seistimewa dia. Saya banyak belajar dari dia.Dia anak solehah, dia sahabat dikala gembira dan gundah,dia wanita tabah. Dia juga manusia biasa, punya alpa dan salah, namun dia sentiasa berupaya untuk berubah, agar berjaya tampil indah.




Tidak dilupa serikandi terindah, Jannah, Athirah dan Ramizah, semuanya berjaya menongkah gundah, sering mengingatkan diri agar sentiasa mujahadah, ohh..diri ini tersangat bertuah, punyai kalian sebagai wasilah, untuk diri ini sentiasa akrab dengan Allah. mudah2an,insyaAllah. :)


Buat Athirah, Leha , Jannah dan Ramizah.. insyaAllah.. kita masih lagi berkesempatan untuk menuntut ilmu bersama cuma kitabnya yang berbeza. Harapnya kita sentiasa untuk terus saling menasihati. Sungguh, diri ini sangat kagum dan beruntung dengan adanya sahabat-sahabat seperti kalian. Semuanya punyai watak yang berbeza, namun fitrahnya kita tetap sama. insyaAllah, bersama kuatkan semangat dan tekad. Moga langkah kita sentiasa dinaungi rahmat.
Terasa rindu untuk menuntut ilmu bersama.



10 September 2012

.:: Bicara Kalbu Di Saat Keliru ::.

Iman di hati jua mampu bertukar musim,
Bila cuaca menjadi punca,
Namun bagaimana kita membajanya,
Iman bukan terletak pada luaran,
Tapi tersudut kemas dilubuk hati,

Curilah sejenak masa diusiamu,
Nilailah Imanmu,
Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas?,
Atau seperti musim luruh?,
Gugur satu persatu dan akhirnya tandus?,

Mungkin bagai musim salju yang dingin dan sepi,
Atau indah mewangi bak musim bunga?,
Tepuk dada tanyalah iman.



Burulah dunia dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan yang bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Dunia ditangan , Akhirat di hati!

Ingatlah tidak mengapa andai engkau tidak sampai di hujung jalan, tetapi cukup sekadar kau telah menempuhi jalan. Justeru, ketenangana dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan , tetapi ada di sepanjang jalan. Genggam al-Quran, ingat mati dan berangkatlah. Sesungguhnya, jalan mujahadah itu susah tapi sangat indah. 

 Emas perlu ditempa. Intan perlu digilap. Mungkin begitulah tamsilan jiwa manusia. Ia ditempa oleh ujian, digilap melalui kesusahan. Sengatan ujian itu sangat menyakitkan namun  bila dapat dihadapi dan ditangani dengan rela, ia seolah-olah suntikan imunisasi yang menjadikan seseorang itu lali daripada sebarang kegagalan dan kekecewaan pada masa kini dan akan datang.

~ Kenangan lewat 2009 yang lalu ~
~ Ukhti Zaleha yang banyak mengajar,moga Allah sentiasa meredhainya dan mempermudahkan urusannya ~
~ saya sayangkannya <3 ~

* akal yang sarat ilmu memerlukan pimpinan hati yang sarat IMAN*


14 August 2012

~ RaSa iTu ~

Alhamdulillah... sudah masuk 25 Ramadhan. Mudah-mudahan ibadah puasa kita diterima Allah. Moga-moga Ramadhan kali ini menjanjikan natijah yang sungguh manis buat kita semua. InsyaAllah... Entri kali nie SQ nak kongsikan sesuatu... :)



Semalam yang ku tinggalkan membawa sejuta kenangan,
Hari yang baru kini memberi seribu kesempatan,

Esok yang mungkin bukan untukku

Memungkin suatu harapan,

Disaat kekalutan begini,

Ku kupas semula kisah duka,
Betapa aku menjadi berani,
Melawan arus di lautan bergelora..


Tika ini, disaat ini,

Di tengah-tengah kegundahan hati,

Aku berjanji kepada diriku sendiri,

Aku terus berjuang dan terus berperang,

Kecekalanku mengharunginya,

Tak akan ku biarkan layu..



PadaMu Ilahi, 
Puji syukur ku panjatkan,

Kerana KAU lah penguat nadiku,

Menjadi punca ketabahanku,

Yang mengeluarkan semangat disetiap langkahku,

Seumpama ubat yang meresap setiap rongga tubuhku,

KAU kurniakanlah ketenangan ketika aku memerlukanMu..


ALHAMDULILLAH...

Setiap dugaan yang mendatang,

Setiap cubaan yang KAU kurniakan,

Adalah bekal kematangan akal dan fikiranku,

Anugerahilah aku dengan kekuatan IMAN dan taqwaku padaMu,

Segala berkemungkinan di atas redhaMU jua ya ALLAH,

Untuk kesekian kalinya,
InsyaAllah.. KITA  AKAN TERUS TABAH..



Datangnya ujian hati itu pada waktu yang bukan waktunya itulah yang dinamakan ujian maka kuatkanlah hati, tingkatkan mujahadah, mengadulah padaNya dan bertahanlah dengan ujian ini. Sampai waktunya maka jemputlah ujian itu lagi tapi pada ketika itu, pada saat itu, bukan dihadapi sebagai ujian tetapi sebagai sebuah wasilah untuk mendapatkan keredhaan dari ALLAH. Hidup tanpa ujian, sungguh pasti tera
sa bosan. Bayangkan, kita hanya menjalani hari tanpa ada apa-apa halangan. Takkan dapat menempa pengalaman bukan? Hanya bernafas dalam diam tanpa urat nadi berjalan dalam pengembaraan. Percayalah sahabatku sayang, ujian itu ibarat perencah rasa yang menyedapkan sesuatu masakan.. :')



Selagi mampu berlari, berlarilah. Jika tak mampu berlari, cukuplah sekadar berjalan. Jika hanya itu yang mampu dilakukan. Yang penting belajarlah untuk menghargai setiap nikmat yang ALLAH berikan dalam setiap fasa kehidupan. Belajarlah untuk mentafsir dengan akal yang ALLAH kurniakan disebalik kejadian.. ^__^


p/s : letakkan sepenuh kebergantungan hidup kita hanya kepada ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang TERBAIK buat kita sebagai hambanya..


~Bicara Rindu ini kutujukan istimewa buat permata hati yang banyak berkongsi rasa selama ini~


  • Ukhti QatrunNada
  • Ukhti Leum
  • Ukhti Teira Syrll
  • Ukhti Izzah Ct
  • Ukhti Akuto Miname
  • Ukhti Nur Dhuha
  • ukhti nur_albahr
  • Ukhti Nira
  • Ukhti FayFyza
  • ukhti asifucanseeme
  • semua yang bergelar sahabat jauh dan dekat...


04 June 2012

~EiD MiLaD Sa3id SaYanGku SeMua~














~ Ayah : 19 April
~ Along : 20 Mei
~ Fikri : 4 Jun

~Ucapan Ringkas untuk Kalian..~

-moga keluarga kita sentiasa diredhai Allah
-moga kalian dirahmati Allah dan diredhainya..
- moga dengan meningkatnya usia ini lebih mendekatkan kalian dengan Allah Taala..
-kalian anugerah terindah yang ALLAH hadiahkan untuk saye dan keluarga kita~
 -moga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan
-sayang kalian seadanya,,,, sayang sangat2...




p/s: doakan saye dan kawan2 kat perantauan nie.... :D
       




08 February 2012

~ PeSaNaN SeoRaNg SaHaBaT~

Alhamdulillah, syukur pada sang Pencipta alam ,pemilik juga pemegang  hati hamba-hambaNYA. Syukur atas segala nikmat yang Allah titipkan buat kita… Allamdulillah, musim imtihan fasa satu selesai sudah, menanti pula kehadiran kuliah untuk fasa yang kedua. Barangkali sudah bermula namun tidak lagi ‘syaghal’ . Alhamdulillah cuti yang diberi digunakan dengan sebaiknya. Mengikuti kelas-kelas tafaqquh yang tertinggal sebentar lantaran fokus yang ingin diberikan untuk minggu-minggu imtihan. Tak lupa juga untuk kelas-kelas talaqqi al-quran bersama para masyaikh. Sesuatu yang paling diri ini juga teman-teman dambakan. Mengisi kekosongan rohani dengan memperbetulkan bacaan al-quran bersama insan-insan yang lebih arif tentang ilmu-ilmu al-Quran. Terkenang kembali kata-kata sahabat  SQ yang paling dekat dengan SQ kala ini. Kata-kata itu dipetik dari kalam seorang syeikh yang sangat disayangi para penuntut ilmu dibumi berkah ini. Ukhti tersayang itu berkata-kata pada SQ saat kami sama-sama menuju ke “ma’rad kutub” ataupun pameran buku yang baru sahaja berlangsung. Ketika itu SQ memang tertarik dengan kitab I’rab Quran. Lalu berlakulah pesanan dan tazkirah hati ke hati antara kami.






Kata ukhti tersayang, syue sayang… dulu syeikh ade pesan pada saye…(SQ excited sangat nak tau ape pesanan syeikh tu).  Ape yang syeikh pesan pade awak? Boleh saye tahu? Ukhti tersayang itu membalas,    “ mungkin pesanan syeikh ini suatu yang biasa kita dengar…tapi pada saat saya dengar pesanan syeikh tu… saye terase tersentuh sangat2.. jadi saye nak kongsikan dengan syue.. hehe..  ( aii… cepat laaa gtau saye) “oke sahabat tersayangku.. ape yang syeikh pesan itu”??( soalan kali kedua ditanyakan….. 








Ada senyuman terukir pada bibir dan raut wajah tenang sahabat SQ itu. Kemudian dia kembali bersuara. “ Syue, syeikh pesan pada semua.. sebagai seorang wanita kita kena dan wajib melazimi lidah kita dengan ayat-ayat cinta Allah.. sebab apa?? Sebabnya akan datang kita semua akan bergelar seorang isteri dan ibu… jadi tugas mendidik anak-anak itu semestinya pada ibu terlebih dahulu… jadi semestinya kita mahu  anak-anak kita terdidik dengan al Quran bukan??? Jadi jika Al-quran kita biasa-biasa cuma , sudah pasti anak-anak kita juga akan biasa-biasa sahaja.. Allahuakbar… tersentuhnya hatiku saat mendengar kalam syeikh tersebut.. jadi  saya terasa  untuk kongsikan ngan syue untuk peringatan kita bersama… kerana apa… terkadang saya juga terlupa.. jadi bila saya kongsikan dengan syue… secara tidak langsung ia akan memperingatkan juga diri saya… terkadang mulut kita enak sahaja membaca membaca dan melagukan kalimah-kalimah suci itu.. sehingga kita terlupa untuk bawak hati kita bersama-sama melagukan dan mentadabbur ayat-ayat suci itu… kan syue”?? dia tersenyum diakhir katanya.





 Saat itu terasa ingin sahaja memeluk erat sahabat tersayang SQ itu. Dalam hati berkata alangkah baiknya jika semua sekali mendengar pesanan hati ke hati itu…. Ya!!! Pesanan juga peringatan yang sudah biasa didengari.. malah sejak zaman dibangku sekolah lagi pesanan seperti itu bermain-main di pendengaran kita… tapi rasanya sungguh berbeza…. Menusuk dalam hati… sangat dalam… mungkin pesanan itu disampaikan melalui hati ikhlas sang sahabat…. Tambahan pula  pesanan itu disampaikan dalam suasana dan emosi yang tenang… Alhamdulillah… muhasabah sebentar SQ dan sahabat SQ ketika itu…. Mudah-mudahan Al-Quran sentiasa subur dalam kehidupan seharian kita…

23 January 2012

Tahniah buat Teman "Gaduhku" suatu ketika dahulu....




Tahniah Along…. “Selamat Bertunang”..

Moga dipermudahkan semua urusan hingga ke 

alam perkahwinan…

Saya gembira sangat meskipun saya tiada 

saat-saat indah itu…..

Malah terasa lebih bahagia tatkala melihat

 wajah-wajah yang sangat dirindui….

Wajah ayah, emak, adik-adik ... diri ini rindu……

Sentiasa doakan yang terbaik buatmu…

 Teman  “gaduhku” suatu ketika dulu…. Hehe…

Doakan saya dan teman-teman ya…

 sayang kamu selalu….. 

15 December 2011

Bingkisan Rindu untuk Yang Tersayang



Salam mahabbah buat semua pengunjung blog SQ.. terasa sudah lama tidak mencoretkan sesuatu pada dinding blog SQ nie... mungkin kekangan masa yang membataskan... maklum laaa.. fatrah imtihan akan menjelma tak lama lagi... jadi semua teman-teman,adinda-adinda dan kekanda-kekanda SQ khususnya di RNSK juga semua penuntut ilmu di Bumi Anbiya' ini  rata-ratanya bertungkus lumus dan berusaha mentelaah dan mengulangkaji pelajaran... yang SQ kagumnya.... dalam kesibukan mentelaah pelajaran.. talaqqi Quran bersama syeikh  tak pernah dilupakan..malah sentiasa bersemangat,, SQ kagum dengan kalian semua.... moga ada keberkatan di sebalik usaha kita.. insyaAllah.... 
(doakan kejayaan kami semua)

Buat teman-teman SQ yang sentiasa disisi... Jannah Atirah, Athirah Rahim, Nurzaleha dan Siti Ramizah...



✿~SAHABATKU~✿

Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah......

Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta....

Jika aku lemah,
sedarkanlah agar aku berubah....

Dan jika esok aku lena tanpa terjaga,
iringlah lenaku dgn kalungan doa......

Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya


SAHABAT TERSAYANG... "KEJAYAAN semanis MADU amat-amat memerlukan PENGORBANAN sepahit HEMPEDU...Terus NYALAkan LILIN HARAPAN..

~ moga semua urusan kita dan sahabat2 lainnya dipermudahkan.... sayang kalian sangat2... doakan kejayaan kita semua....insyaAllah ~


*Buat sahabat-sahabat yang berda di bumi Malaysia, Urdun dan Morocco... 
 moga Allah mudahkan urusan kalian semua.. insyaAllah...doakan kejayaan bersama*








03 September 2011

~BiNgKiSaN SyAWaL~

Salam mahabbah buat pengunjung blog SQ…. mudah-mudahan kehadiran Syawal yang penuh barakah ini membuat kalian semua sentiasa berada dalam keadaan mengingati Pencipta alam yang maha kuasa…. InsyaAllah… jangan lupa bersyukur padaNYA ya sahabat-sahabat tersayang… hehe…




Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah pun melangsungkan kenduri doa selamat untuk keberangkatan   kalian ke Timur Tengah yang hanya berbaki beberapa hari lagi.. SQ dapat rasakan Syawal kali ini sudah tentunya yang paling bermakna buat kalian dan keluarga kalian bukan.. moga Allah mempermudahkan urusan kalian…. Dan SQ juga begitu… insyaAllah.. andai ada rezkinya…. SQ juga turut bersama kalian…. Doakan SQ dan teman-teman lain yang akan menduduki imtihan Qobul disini…. Mudah-mudahan dengan doa sahabat-sahabat ini menjadi penguat kami untuk terus bersemangat……. insyaAllah.. cumenye Syawal SQ pada tahun ini tanpa kehadiran dan kepulangan kekanda SQ yang amat dirindui…… akibat batasan kerja dan tidak mendapat cuti…SQ dan keluarga tetap jua meraikan kedatangan Syawal yg mulia ini …. Sama seperti kalian semua…..


oh ya.. tidak lupa juga untuk sahabat SQ yang tersayang juga nakal-nakal manje ni.. heheh… cik QalamQudus… sesungguhnya ..jauh disudut hati kecil SQ ini… terasa sungguh gembira dengan dirimu..moga lebih bahgia dan ceria2 selalu…. Moga sentiasa disinari dengan cahaya-cahaya kegembiraan dan kebahgiaan….. hehehe….. Alhamdulillah.. Syawal kali ini pastinya bahgia bagimu…. Moge dipermudahkan urusan-urusan akan datang… maaf tak dapat hadir pada kenduri majlis kamu… tapi tanpe kehadiran diri ini rasenye perjalanan majlis itu sudah cukup lancar  tambahan pula dengan kehadiran sahabat2 yang datang dari jauh….. huhu…



Khusus wat teman-teman yang akan menduduki imtihan Qobul  Khairul Anuar, Umar, Akhi Redha, Faiz Abu Bakar,  Azhari @ Empayar Wahyu, Ahmad Hazim, Farid Zainuddin, Amiruddin, Akhi Rauf, Nurjannah Atirah, Siti Athirah @ TintaSamudera , Siti Ramizah, Nurzaleha @ QalamQudus dan SQ sendiri..moga-moga kita mampu lakukan yang terbaik dalam imtihan nanti…. Moga-moga Allah merahmati setiap munaqashah yang bakal kita laksanakan….. insyaAllah….  Bittaufiq wan najah kullukum….

31 July 2011

::Walaupun sekejap cuma.... tapi tetap penuh makna..::




Alhamdulillah.... masih bisa lagi bernafas di muka bumi Allah yang hanya pinjaman sementara buat kita.. masih lagi dikurniakan nikmat kesihatan yang baik... masih lagi diberi peluang untuk terus mengecapi nikmat kegembiraan bersama teman-teman... Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog SQ ini.. moga-moga kita semua berada dalam naungan kasih-NYA.. insyaAllah.....

Alhamdulillah...masih lagi meneruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat tersayang di Pusat Saudara Baru,Rahang..sama-sama mengikuti kursus.... saat ini sudah genap 3 minggu kami bersama... segala suka dan duka dikongsi bersama.... baik manis,pahit,indah,gembira dan sedih.. semuanya bersama.. hehe... tapi sepanjang kursus inigembira belaka semuanya..insyaAllah..moga tautan ukhwah itu sentiasa mengalir dalam setiap bisikan doa antara kami..



InsyaAllah.... dan semalam SQ dan sahabat lainnya dikunjungi oleh seorang sahabat yang sekian lama tidak jumpa sejak masing-masing memilih haluan belajar yang berbeza iaitu Farah Hana dan Husna Najwa... terasa diri ini masih diingati dan dihargai..... saat Farah menyatakan niat untuk melawat SQ dan kawan-kawan lain disini.... gembiranya hati bukan kepalang....... seakan-akan tidak sabar pulak.. heheh.... akan tetapi..dek kerana penatnya bersukan bersama sahabat-sahabat seperjuangan pada sebelah pagi...  kehadiran Farah tetap jua dinanti...lebih-lebih lagi Mak Cik Kamariah n adik-adik junior pun ade skali..... Alhamdulillah... mereka sampai jua tepat jam 6:30 petang..
  


Oh.. rindu sungguh hati ini ingin bertemu bakal guru itu..... turun sahaja dari kereta SQ dan Zaleha terus memeluknya erat.... sudah lama tidak begitukan.... terasa halawatul ukhwah yang terjalin antara kami..... sedang asyik2 bertanya khabar... seorang lagi keluar dari kereta..juga merupakan bakal guru 5 tahun akan datang.... Eh!!! Husna Najwa laaaa!! ya Allah... terima kasih  kerana pertemukan jiwa-jiwa kami...... kami saling bertukar cerita dan bertanya khabar.... senyuman sentiasa terukir di bibir masing-masing..... bahagia menerima kehadiran dan kesudian mereka menziarah kami di sini.... tapi dalam hati SQ saat itu perasaan hiba dan sedih mulai menyapa tangkai hati.... ,mengapa ya rasa begitu.. ???? barangkali mengenangkan kalau ikut Farah jua pasti turut sama bersama SQ mengikuti kursus ini.. hehe...  sedaya upaya jua menyembunyikan perasaan itu. tapi  tak boleh dan berjaya dikesan oleh Zaleha..sahabat yang dekat ngn SQ saat ini.. pandai betul sahabat SQ yang seorang tu meneka rasa hati SQ.... hehe...



Memandang waktu sudah lewat Farah dan keluarganya meminta izin untuk pulang... Ala... sekejapnye..... tapi SQ dan sahabat lain cuba pujuk hati masing-masing..biar pun sekejap cuma.. tapi tetap penuh  bermakna.... sebelum bergerak pulang...kami mengabdikan kenangan dan bergambar bersama di sebuah taman yang terletak di hadapan musolla... Aha... untuk pengetahuan Farah dan Husna.. Syue,Jannah,Zaleha,Athirah n Ramizah tak pernah bergambar kat taman tersebut walaupun sekali... rupa-rupanya berpeluang bergambar bersama insan yang dirindui... Allah.... nikmat ukhwah yang Allah titipkan buat kita.... SQ dan sahabat lain menghantar Farah dan yang lainnya ke kereta..... sempat membisikkan kata-kata semangat pada SQ..."Syue, ko mesti kuat semangat tau...kuatkan jati diri...aku tau ko boleh...aku nak tengok ko berjaya kat mesir nanti walaupun aku tak dapat turut sama bersama kalian... jage kawan-kawan lain...." membuatkan hati ini sekali lagi kembali sayu.. Allah3... sahabat yang paling diri ini sayang..... terima kasih atas kata semangatmu buat diri ini..... sentiasa sayang kamu Farah.....



khusus buat

Farah:  terima kasih atas segalanya.. terime kasih sudi menerima diri ini sebagai sahabatmu.... moga dengan iringan doamu itu bisa menguatkan semangat dan hati-hati kami.... insyaAllah.. moga berjaya bersama dan bisa mencapai jejak-jejak mimpi yang pernah kita lakarkan bersama.... insyaAllah...

Husna Najwa: terima kasih jua kerana sudi menjadi sahabat untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat lainnya... moga Husna jua bisa menggapai cita-cita murni yang diidamkan.... doakan kejayaan kita semua yaa...... tenang melihat
senyumanmu...

Nabilah Syazana: terima kasih sahabat.... mulanya hati ini turut jua menanti kehadiran nana.. x ada rezki yang mahu jumpa... biarpun tidak bisa bersua wajah.. insyaAllah doa Rabitah penghubung kita ya.... sayang selalu.... moga nana berjaya di USIM..... syukran atas kiriman kek ... heheh


sekian dari diri ini dan sahabat lainnya.. doakan kami terus kuat dan sentiasa bersemangat..... (Syue,Athirah,Jannah,Zaleha,Ramizah)


17 July 2011

Alhamdulillah...... syukur pada yang Esa.....



Assalamualaikum...salam sejahtera...salam sehangat mentari dhuha...salam perjuangan ..salam sayang buat semua pengunjung blog SQ kali ini..... Allahuakbar.... terima kasih atas setiap kenikmatan dan kebahagiaan yang telah  dititipkan buat kami.....

Seronok pabila mendengar yang semua sahabat-sahabat akan melanjutkan pelajaran ke tempat pengajian tinggi yang menjadi pilihan hati masing-masing.... Alhamdulillah...... penantian sekian lama kini terungkai jua jawapannya.... tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya..... moga kalian bijak mengorak langkah untuk lebih berjaya... begitu juga dengan diri ini dan teman-teman yang masih bersama SQ di sini...  doakan kejayaan kita bersama ya...

Moga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah dan adalah yang terbaik apa adanya..... insyaAllah.....



26 June 2011

:: aKu DaN mEReKa::

Bismillahhirrahmanirrahim…. Alhamdulillah… masih lagi berpeluang bernafas di bumi Allah ini…. Masih lagi dikelilingi dengan insan-insan yang disayangi….. Allahuakbar…. Terima kasih atas nikmat yang ENGKAU titipkan buat diri ini…..
Salam sejahtera buat semua pengunjung blog sUaRaQaLBii… rakan-rakan blogger yang dihormati sekalian…... moga-moga kita semua sentiasa berada dalam naungan kasih-NYA… insyaAllah…


Sehingga detik nie….. syue masih lagi membilang hari.. menanti hari-hari yang penuh makna(insyaAllah) untuk bersama teman-teman seperjuangan kembali menimba ilmu bersama… meskipun ada antaranya tidak dapat bersama…. insyaAllah… moga ada keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan sahabat… insyaAllah….. teruskan langkahan kalian untuk terus menempa kejayaan… Aha!!!.. jangan lupa ya… doakan kejayaan kita semua….. hehehe..
Saat menaip entri nie… terasa fikiran nie melayang-layang jea…. Ingat sape laa agaknya yea????….. heheh…semestinya ingat sahabat-sahabat… teman-teman…. Yang banyak sangat berjasa kat diri ni.. tanpa kalian rasanya… aku bukan laa sape-sape pun.. heheh….  Kalian lah guru tuk diri nie…. Aku bersyukur  dianugerahkan sahabat-sahabat seperti kalian…..


 Untuk sahabat yang banyak membantu..  Cik Zaleha a.k.a QalamQudus.. hehehe…


Leha… nak tau tak… hehe.. sejak perkenalan kite lewat 2008 yang lalu..amat-amat lah meninggalkan kenangan manis…. Heheh…. Manis cam gule kot.. huhuh… terime kaseh jadi teman yang baik untuk saya…. Teringat lak time saat-saat nak STAM… rasenye selepas trial STAM kot.. kite ade salah pahamkan… time tu.. Ya Allah… ego masing-masing tok sah cakap laaa… hehe…. Tapi ade hikmah yang manis Allah tetapkan untuk kite…. insyaAllah.. moge ianya berkekalan… sayang Leha selalu…. Tak lame lagi kite nak hadapai imtihan Qabul….. moge kite same-same berjaye hendaknya…….  Leha terbaik laaa…. Hehe… ;-)


Haaaa…. Ni plak sahabat yang paling kelaka n banyak laa belajar ngn die… cik Nur Farah Hana…



Farah…. Really miss u  sejak Fara masuk maktab nie….  Alhamdulillah.. Fara da hampir mencapai cita-cita Fara…. Syue tumpang gembire Fara dapat masuk maktab…. Cumenye… dulu kite penah simpan impian nak same-same ke mesirkan….. excited bukan main lagi… hehehe…. Tapi skang Fara da bawak haluan sendiri…. insyaAllah…. Pasti yang terbaik tuk Fara apa adanya…. Fara belajar sungguh-sungguh ye kat IPG Bangi tu….. terhibur mendengar pengalaman Fara menjalani orientasi semasa di maktab … hehe…. Pengalaman berharge tu fara…. Kelaka+ sedeh+ geram+seronok dengar cerite fara tentang orientasi tu…. Hehehe…. Fara… doakan diri ni  dan sahabat-sahabat yang akan memduduki imtihan Qobul nnti….  Pade cik  QalamQudus… anda pasti rindu Fara juga bukan….. nnti saya ade surprise untuk anda… ~lalalala~


Ni pulak sahabat yang selalu menceriakan hati… cik Ain Syafiqah Azman( Ains)




Da lame tak dengar khabar sahabat sorang nie….  Da pandai menjahit baju dengarnye… hehe.. pasni leh laa amik tempahan yea….. Ains ni…. Merupakan satu-satunya sahabat yang mempunyai semangat yang luar biase…..  selalu membantu apa yang perlu dan apa adanya… tak mudah mengalah…. Sentiase disenangi….sangat sayangkan binatang terutamenye kucing.. Moge Ains sentiase mendapat ape yang Ains mahukan untuk diri Ains….. moga Ains menjadi Peguam yang amat disegani suatu masa nanti…. insyaAllah..



Haaa…. Tidak sabar untuk bercerita tentang si dia… sahabat yang paling mencuit hati …  Cik  Faiznur Ishak….



Hmm..  Iznur nie….. merupakan seorang insan yang sangat suka belajar n pemurah….. ada  je perkare yang ingin dikongsi….. heheh…. Kelaka juga orangnya… kadangkala membuat hati-hati yang bersama dengannya sentiasa terhibur….. rindu pulak kalo berjauhan dengannya…..  Iznur juga akan sama-sama ngan Syue n Zaleha untuk memduduki imtihan qobul tak lama lagi…. Doakan kejayaan kita bersama ya Iznur…… hehe…



Yang ni plak… Athirah namanya…. 



Seorang muaddibah saat ini…. Hehehe…
Hari nie (26 Jun 2011) ialah Hari Lahirnya yang ke-19… Alhamdulillah.. sudah dewasa ya… moga Athirah sentiasa di berkati Allah hendaknya… dengan bertambahnya umurmu ini.. moga bertambah jua IMANnya seiring dengan usia yang kian meningkat…… moga menjadi insan yang sentiasa mempunyai matlamat... menjadi anak yang taat pada kedua-dua ibu dan bapa dan juga seorang isteri yang solehah suatu ketika nanti…  InsyaAllah.. hehe… kepada Athirah jua,selamat menduduki imtihan Qobul juga….. 


Hehehe,… ni sape plak ye….





Haa.. ni laa Hanisah @ Anis Kaz ( baju coklat tu)
 
Huhuhu… anis2…..  terime kaseh sebab sudi munaqashah melalui skype…  sungguh berharga….  Moga apa yag diperoleh semasa kelas bersama pensyarah UIAM  akan dikongsi bersama….. selamat jua menduduki imtihan qobul juga…..hehehe.. wat yang terbaik… kalo ada rezki kita… insyaAllah… berjaya bersama….




 Haa.. yang ni pulak Cik Hana Szied…..



Hmm.. hana ni da berjaye melanjutkan pelajarannye di Moroccco bersama beberapa orang sahabat yang lain……. Hehehe…. Thanks hana atas ilmu yang dikongsi… oh yea…. Syue tunggu 2015 yea…. Hehehe…. Jangan lupe jemput tao… rindu hana selalu… doakan kami yea.... semoga hana sukses disana...


serba sedikit antara sahabat-sahabat yang banyak membantu diri nie..... kalian sungguh berharga....





note: hargailah sahabat-sahabat anda.. peace!!!!! hehe
        doakan kami yang akan menduduki imtihan qobul julai nie....



Jom Ubah

SHARE&#127799; *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul ama...