30 May 2011

:: KeNaNgaN LaLu::

Sampai detik nie...sudah hampir dua bulan lebih menapak kat rumah setelah tamatnye Program KEMBAQ bersama sahabat seperjuangan pada Mac yang lalu.... sepanjang tempoh tu..banyak yang kami lalui bersama.. dan Alhamdulillah.... masih berkesempatan menjayakan KEMBAQ hingga ke Negeri Bawah Bayu, Sabah...  duk rumah nie... jadi surirumah laa..... huhuhu... keluar berprogram pun da jarang n da tak aktif daa... tapi masih lagi mengambil tahu tentang aktiviti KEMBAQ dan AKADEMI SUKSES yang  banyak mengajar diri ini..... huhu.. kepada sahabat-sahabat.... rindunya aku pada kalian..... rindu nak berprogram bersama... rindu nak berkongsi suka dan duka... rindu nak bercerita...rindu nak dengar nasihat dan teguran dari kalian.... rindu kenangan bersama kalian... RINDU semuanya....  jadi entri kali ni nak kongsi kenangan yang kita lewati bersama.... cukup laa sekadar kenangan yang membuat diri ini tidak lupa padamu insan yang bergelar SAHABAT.... :-)


:: farah hana yang sukses::

:: Program PMR 2011 anjuran JHEAINS::
program di ITQANS::sempat jea:: huhu
:: Kek KEMBAQ yg banyak songeh.....:: haha


:: mengabdikan kenangan bersama::
berbincang bersama
:: Malam 5 CINTA di SMK SHEIKH AHMAD::
:: di Airport TAWAU::
:: bersama di SMK KUNAK,SABAH::
:: Adik2 KEMBAQ SMK KUNAK::
::Tingkat atas Masjid KUNAK::
:: Pasar Ikan KUNAK::
:: berlatar belakangkan Laut Sulu::
::Di SMK Semporna::
:: KEMBAQ di SBPI SELANDAR::



::Perkampungan Bahasa Melayu SPM 2011::
::Kenangan::
: Rakan2 fasi ketika di SMKTBB::
::Program Di Masjid Negara KL::
::Ains dan Farah yg ceria selalu::
:: Amali wudhuk bersama adik2 peserta::

:: hari Q MANS::
::sahabat yang dirindui::



hmm itulah serba sedikit kenangan-kenangan yang kita lalui bersama... cumanya selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri...doaku..moga kalian sentiasa berjaya dan dilindungi olehNYA... Terima kasih atas memori indah yang kita cipta bersama SAHABAT.... moga tautan ukhwah antara kita akan sentiasa terjalin... InsyaAllah... :-)

28 May 2011

sUaRa HaTi sEoRaNg iNsAn bErNaMa "WANITA"




Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku  seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina Ali Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!



Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..


Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi


Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
” Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

17 May 2011

~~SeKaDaR PeRkOnGSiAN BeRsaMa~~

Hukum kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?





Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah diteliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :


Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.....

15 May 2011

"Selamat Hari Guru" buat insan-insan yang pernah mendidik diri ini dan teman-teman...






 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang amat bertuah tuk insan-insan yang bergelar guru ... jadi sempena hari guru kali ini ingin sekali Syue ucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di Maahad Ahmadi khususnya yang telah bersusah payah mengajar kami sehingga kami berada di tahap ini… segala jasa dan pengorbanan kalian amat Syue dan teman-teman hargai… tanpa kalian siapalah kami…. Moga semua guru-guru dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus mendidik anak-anak bangsa….  terima kasih atas ilmu yang dicurahkan..moga ilmu itu terus diberkati dan berguna pada kami... terima kasih guruku...

::Guru-guru Maahad Ahmadi:::


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kukenang sepanjang zaman.




Guru oh Guru!


Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

                                                           ~Usman Awang~





~ terima kasih cikgu-cikgu ustaz n ustazah....~

antara guru-guru yang banyak berkorban tuk diri ini dan teman-teman....

:: walid Fuad:: heheh

:: cikgu Yunos....::



:: ustazah Norliah Ali::


::ustazah Khairah::
:: guru sukses ..cikgu Mohamad::
::ayahanda Zulkarnain ::
ustaz nahu kami :: ayahanda Idris::
:: ustaz khedr ::
:: ustaz nasir::
:: ustaz Taufik::
:: ustazah Ismariah::
:: cikgu Husna::
::cikgu Zairul::
:: kenangan yang tercipta::
"SELAMAT HARI GURU"

08 May 2011

Buat Insan tersayang,,,, "Selamat Hari Ibu"...

::mak yang Aida sayangi... ::
Syukur alhamdulillah… sehingga sekarang masih lagi berpeluang mengecapi nikmat kehidupan yang Allah titipkan buat hamba-hambaNYA… moga-moga sisa-sisa kehidupan ini masih terus bersama nafas-nafas keimanan dan nikmat Islam yamg tiada tolok bandingannya…. Allah…..Allah…Allah..entah mengapa…diri ini terasa tenang sekali pabila menyebut kalimah agung itu….terasa begitu dekat sekali dengan tarbiyah yang Maha Esa… InsyaAllah….
Rasanya telah lama tangan ini berhenti menaip…kurang lebih ada laa dalam sebulan… lantaran kesibukan yang tidak dapat dielakkan..namun kali ini  seakan terasa dipanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk entri kali ini…. Hmm bagaimana ya mahu mulakan…. ???  banyak rasanya yang ingin diri ini kongsikan…huhu… tapi hati ini kuat mengatakan untuk mencoretkan sesuatu buat insan yang sungguh berharga pada diri ini… bukan hanya pada diri ini bahkan pada diri setiap insan…. insan tersebut sudah tentunya IBU kita….. satu anugerah Allah sungguh tinggi nilainya….


Mak… Selamat Hari Ibu…” semoga mak sentiasa berada di bawah naungan kasih sayangNYA,moga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan moga mak bahagia selalu hendaknya…. Terima kasih mak kerana telah susah payah melahirkan Aida kat dunia nie…terime kasih kerana susah payah menjage dan membesarkankan Aida sampailah Aida jadi seperti sekarang…. Terkenang kembali kenakalan sewaktu kecil-kecil dulu…. Mak tabah sangat layan karenah Aida ngan adik-adik yang lain… langsung tak memahami perasaan mak tika itu…mak sedaya upaya tuk penuhi segala kehendak kami…. Sesungguhnya mak..andailah tika itu Aida memahami keadaan mak saat itu..pasti Aida dan adik-adik yang lain tak wat mak susah hati….tapi itu semuanya ketika kami masih kecil…..  tak memahami apa-apa…  tapi sekarang semua anak-anak mak dah menginjak dewasa….. dan diri ini terasa sungguh beruntung kerana masih mempunyai ibu seperti mak dalam menjalani usia menuju kedewasaan ini…. Alhamdulillah….
 
Mak…. Maafkan diri ini andai selama ini selalu bikin hati mak gusar dan risau tentang diri nie… maklumlah…bak kate mak hanya Aida dan Along jea anak perempuan yang mak ade… sudah tentu hati wanitamu itu risaukan kami lebih-lebih lagi pabila usia kami yang sedang menginjak dewasa…. 
:: with my luvly sister.. ::

Mak…. maafkan diri ini jika selama ini pernah membuat hati mak terasa dan tersinggung dengan percakapan dan tingkahlaku anak-anakmu… mak… dalam menjalani arus kehidupan yang serba moden ini…. Hanya doa yang kami harapkan dari mak agar kami 6 orang pemata mak ni mampu menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa berpegang teguh dengan agamaNYA dan sentiasa istiqamah pada jalanNYA… redhailah kami dalam apa jua yang kami lakukan demi untuk kebaikan….


:: sayang semua....::
Mak….. kami sentiasa menyayangi mak….. sayang sangat-sangat…. Aida dan adik-adik yang lain kagum punyai ibu seperti mak…TERIMA KASIH kerana telah jadi seorang ibu yang terbaik tuk kami selama ini…. kepada yang masih mempunyai ibu…hargailah diri mereka…. (“,)

Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...