Showing posts with label kongsi bersama .... Show all posts
Showing posts with label kongsi bersama .... Show all posts

03 July 2013

CoRet-Coret Cinta



Alhamdulillah… Masih lagi mengecap nikmat terbesar anugerah Allah untuk saya dan kita semua
 iaitu nikmat Iman dan Islam. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Aamiin. Sedang menghitung detik-detik indah untuk bertemu tetamu istimewa kita sebagai ummat Islam khususnya. Haa.. guess what? Semestinya Ramadhan yang sentiasa dinantikan. insyaAllah.. semoga kita semua berkesempatan bertemu Ramadhan dalam keadaan kita sentiasa bersedia. Rejab dan Syaaban merupakan satu platform untuk kita berlatih dan menguatkan diri sebelum kita melangkah ke "Madrasah Ramadhan" tidak lama lagi. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan segala macam kebaikan untuk kita dengan syarat kita menggunakan masa dan peluang yang ada dengan 
sebaiknya. InsyaAllah.


*********************************************************


Tahun ini merupakan tahun istimewa sebab insyaAllah SQ akan meraikan kedatangan Ramadhan di Bumi Mesir tercinta. Pertama kali akan merasakannya. Satu peluang yang sangat-sangat SQ nantikan di samping mencapai beberapa matlamat yang lain. Mohon kepada yang membaca entri SQ ini mendoakan SQ dan yang paling penting matlamat SQ tu tercapai tahun ni. Heeee~.. insyaAllah... *Senyum-senyum*

Teringat kembali saat menelefon ayahanda dan bonda tercinta….


Ayahanda: Kak lang…ape khabar kat sane….? Dah abis exam kan? Semoga anak ayah berjaya sentiasa dan baik2 je kat sana… kak lang… betul ni tak mahu balik mesia?? (alamak…!!! ayah dah offer tu…!!!)

SQ : Alhamdulillah… kak lang baik-baik je kat sini… aah ayah…exam dah abis dah… doakan kak lang dapat gunakan masa sebaiknya ya… emm.. insyaAllah… tahun ni tak pulang ke Malaysia jika ayah izinkan… nak tebus cuti tahun yang pertama dulu… heee~ takpe kan ayah….??? Mak oke ke tu??

Ayah: yelah..baiklah.. Ayah izinkan… apa yang baik..ayah doakan.. nah…ni cakap dengan mak…


Telefon bertukar tangan. Terdengar suara mak yang menyambung panggilan. Suara yang sentiasa  menenangkan. Suara yang sentiasa menjadi kerinduan. * kesat air mata *


Mak : Kak lang…takpe lah kalau kak lang mahukan macam tu.. Mak doakan yang terbaik… Risau sebenarnya..lagi-lagi bila dalam berita dengar macam-macam tentang Mesir…


SQ: Alhamdulillah… terima kasih mak dan ayah sebab izinkan.. insyaAllah… mak jangan risau ya..Allah sentiasa ada ( ayat nak tenangkan hati mak )… Doakan keselamatan semua kat Mesir ni.. Mak doakan Mesir aman dalam rahmat Allah. 

Mak rindu kak lang tak? Heheh… ( saja duk sakat mak )

Mak: Apa punya soalan kak lang ni pun haih…! Maun tak rindu…selalu rinduuu… iye..mak sentiasa doakan.. anak-anak mak semua ada kat sana… semoga Allah jaga semuanya.. jaga diri kat sana.


SQ: InsyaAllah.. baiklah mak.. *patuh*


Tettttttttttttttttttttt. Telefon dimatikan setelah lama melepaskan rindu. Bercerita itu dan ini. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa menghadirkan rasa rindu buat penguat hati.




"InsyaAllah, jarak yang memisahkan bukan satu penyiksaan,tapi memberi peluang untuk Rindu 
datang bertamu.

*ayah,mak,along,angah,fikri,abg&adik*


**************************************
Okey… saat ini Rumah Negeri Sembilan Kaherah ( RNSK ) beransur sunyi. Sunyi dengan kepulangan sahabat,adinda-adinda dan kekanda-kekanda yang telah dan bakal pulang ke tanah air yang sentiasa menggamit rasa rindu setelah bergelar anak perantauan. Hehe… dan sekarang sedang membantu mengemas barang-barang ahli beit tersayang yang akan pulang ke Malaysia. Uishhh….. tipulah kalau tidak sedih. Agaknya, cam nilah perasaan mak,ayah dan keluarga bila nak lepaskan kita belajar jauh ni..huhu… Semoga dipermudahkan segala urusan-urusan mereka. Selamat berbakti buat ummah serta keluarga tercinta.

Senyum melihat adik-adik medic yang begitu tekun mengulangkaji pelajaran untuk beberapa baki kertas peperiksaan yang tinggal. Langsung tidak terusik dengan suasana yang mana orang lain gembira shopping barang-barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Sentiasa tabah dengan keadaan Mesir sekarang. InsyaAllah,dugaan yang Allah hadiahkan ini mudah-mudahan Allah janjikan yang terbaik. Kita doakan bersama yaa.

Ohya, jangan lupa doakan keamanan untuk Bumi Mesir. Semoga Bumi Mesir aman dalam rahmat  dan inayah Allah Taala.InsyaAllah.


02 November 2011

::uSah MenCari yang "TERLALU SEMPURNA" ::




Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


05 July 2011

:: KaMi BeRsAmA.....::





Alhamdulillah..... syukur dengan nikmat kebahagiaan ...nikmat kegembiraan... juga nikmat berukhwah yang masih lagi Allah titipkan buat diri ini bersama sahabat tersayang.... kini masih lagi meneruskan perjuangan berkursus  selama dua bulan setengah bersama sahabat2 yang disayangi..... bertempatkan di Pusat Saudara Baru di Rahang Seremban  kami menjalani Program Intensif Timur Tengah (PITT) dengan penuh keterujaan dan kegembiraan memandangkan kami merupakan the first batch yang merasmikan tempat tersebut..., hihihi.... 

Haa... ni laa organisasi tuk batch tahun nie....

Penghulu @ Amir
Ustaz Mohd Redha bin Mohamad


Penghuluwati @ Amirah
Ustazah Masyitah


Biro Musolla
Ustaz Hafiz Ghazali
Ustazah Atiqah Yusof


Biro Makanan @ Mat'am
Ustaz Syazwan Harith
Ustazah NurZaleha Ab. Talib @ QalamQudus


Biro Kebersihan & Kebajikan 
           Ustaz Ansarullah bin Abdul Rahman                    
SQ


Biro Sukan
Ustaz Yasir
Nora Izzati


Biro Akademik
Ustaz Mohammad Faiz Abu Bakar 
Ustazah Nur Jannah Athirah Binti Arif


Sehingga saat ini.. perjalanan program dilakukan di  sebuah musolla yang amat kondusif dan selesa....

                          










masih lagi menunggu kehadiran guru-guru dan jadual kuliah yang akan ditetapkan....



bersambung......

19 June 2011

NiLai SeBUaH SeNyUMaN



Ianya tidak meminta bayaran

tapi harganya sungguh tidak ternilai

tidak mengkayakan mereka yang menerimanya

tanpa membuatkan sang pemberinya melarat

Ia hanya berlaku sekejap namun kenangan tentangnya mampu bertahan begitu lama

tidak seorang pun meskipun kaya mampu bertahan tanpanya

dan tak seorang pun yang begitu miskin tetapi menjadi kaya kerana manfaatnya

 ia mampu menceriakan dan membahagiakan orang lain


Namun ia tidak bisa dibeli,dipinjam dan dicuri sekalipun

KERANA.......

ia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain

Hargailah setiap senyuman yang anda terima.....




note: andainya kita bisa tersenyum... senyumlah selagi mampu..dan sebelum nikmat senyum itu ditarik Allah... moga senyuman itu bisa melahirkan cas-cas positif dalam hidup kita....
SENYUM SELALU.... ;-)!!


16 June 2011

INDAHNYA BERCINTA SELEPAS KAHWIN VS INDAHNYA BERCINTA SEBELUM KAHWIN.

Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya dirasai oleh mereka yang mengalaminya.


Banyak perbezaan di antara  bercinta selepas kahwin dan bercinta sebelum kahwin.
 


Bercinta selepas kahwin:


I love you so much…”,ungkapan yang sering diperkatakan membuat pasangan kita sentiasa dihargai.Salah tak kalau kita berkata begitu,tentu tidakkan.
Bila nak pergi kemana-mana….berjalan berdua-duaan,berpegang-pegangan tangan…juga tak salahkan sebab masing-masing dah halal ikatan perkahwinan.Tapi jangan pula berlebih-lebih,kena fahan situasi dan keadaan.
Dosa semakin menjauhi…..pahala semakin mendekati..
Apatah lagi jika pasangan kita soleh dan solehah….alhamdulillah bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari MADROTILLAH.Indahnya bercinta selepas kahwin.Segala-galanya dapat dielakkan.Taklah sangat kita memikirkan,apa yang kita lakukan ini berdosa atau tak,sebab pasangan kita masing-masing dah halal untuk kita.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi sama-sama diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga ALLAH.

“Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.
Maksiat dapat dielakkan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.


Bercinta sebelum kahwin:


Belum ada apa-apa ikatan,dah macam suami isteri.Zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali,kita enjoy.Entah apa budaya yang diikutinya,melebihi pasangan yang berkahwin.
Bercinta bagai nak rak,serasa dunia milik berdua.Jadikan dunia umpama syurga idaman.
Tambah-tambah lagi sekarang zaman teknologi IT.Segalanya hanya dihujung jari.Satu klip aje dah ada pasangan yang menunggu.Apa lagi,enjoylah..
Mulalah ungkapan keramat di alunkan oleh bibir yang menawan bak delima yang merekah dan bibir yang manis bak gula:
“I love you my dear..”.
“I love you so much darling...”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..”.
Apalagi pasangan yang mendengarnya,tentu rasa dihargaikan…tentu terpesonakan dengan ungkapan keramat itu.Dan orang ketiga mesti memainkan peranannya kan.Mesti dibisikkan  dengan pujuk rayu yang mempersonakan untuk mengikuti jejak langkahnya.Akhirnya berjaya juga meramaikan ahli kelabnya,maka bertepuk tanganlah tanda meraikan kegembiraan dan kemenangannya.
Dosa semakin mendekati….pahala semakin menjauhi.
Maksiat berlaku dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.
Kalau ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
“Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman”.

Renungilah Firman-Firman ALLAH:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa' ayat:1) 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui (An-Nuur ayat:21)

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur ayat:26)

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab ayat:35)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlahh orang ketiganya”.









note: tepuk dada tanya iman.. usah tanya nafsu kerana nafsu tentunya akan menipu....kerana nafsu perlu dididik bukannya dimanjakan.... bersama muhasabah diri.... agar kita semua sentiasa bersama RAHMATNYA... insyaAllah....

perkongsian : cinta Allah cinta Abadi 


28 May 2011

sUaRa HaTi sEoRaNg iNsAn bErNaMa "WANITA"




Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku  seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina Ali Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!



Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..


Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi


Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
” Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

17 May 2011

~~SeKaDaR PeRkOnGSiAN BeRsaMa~~

Hukum kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?





Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah diteliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :


Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.....

Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul ama...