19 October 2012

Ya..! Saya Juga Turut Merasa..



Ujian,
Bahasanya BISU,
Hadirnya tidak terduga,
Adakalanya ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa,

Ada kalanya untuk mengajak kita bertanya, Apakah diri sudah terlupa.



Ya,

Terlupa siapakah kita disisinya,
Terlupa dari manakah kita datang dan kemana hala tuju hidup kita,
Terlupa yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa,
Apakah kita masih ingin menderhaka padaNYA?

Kita bicara tentang pancaroba,
Kita berkata tentang malapetaka,
Tapi hati masih terleka,
Kita tewas kala gembira, kita tersungkur tika derita.

Namun andai ujian itu membawa kita ke pintu Kesedaran,
Maka ujian itu sebenarnya Manis!

Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia,
Sesungguhnya dunia itu medan ujian,
Akhirat jualah tempat kebahagiaan Abadi.
Allah itu sedang menguji kita.



Hujan turun dengan lebatnya tika ini. Sejuknya angin lembut menyapa pipi. Malam menemani diri. 
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah yang satu ini. 

Fikiran jauh melayang. Namun cepat dihalang pabila mata tertumpu dengan post terbaru dari sahabat 'blogger' tersayang, Cik QalamQudus . 

Bertuah dikurniakan teman seistimewa dia. Saya banyak belajar dari dia.Dia anak solehah, dia sahabat dikala gembira dan gundah,dia wanita tabah. Dia juga manusia biasa, punya alpa dan salah, namun dia sentiasa berupaya untuk berubah, agar berjaya tampil indah.




Tidak dilupa serikandi terindah, Jannah, Athirah dan Ramizah, semuanya berjaya menongkah gundah, sering mengingatkan diri agar sentiasa mujahadah, ohh..diri ini tersangat bertuah, punyai kalian sebagai wasilah, untuk diri ini sentiasa akrab dengan Allah. mudah2an,insyaAllah. :)


Buat Athirah, Leha , Jannah dan Ramizah.. insyaAllah.. kita masih lagi berkesempatan untuk menuntut ilmu bersama cuma kitabnya yang berbeza. Harapnya kita sentiasa untuk terus saling menasihati. Sungguh, diri ini sangat kagum dan beruntung dengan adanya sahabat-sahabat seperti kalian. Semuanya punyai watak yang berbeza, namun fitrahnya kita tetap sama. insyaAllah, bersama kuatkan semangat dan tekad. Moga langkah kita sentiasa dinaungi rahmat.
Terasa rindu untuk menuntut ilmu bersama.



16 October 2012

Mabrouk Alaikuma :) Selamat Pengantin Baru



Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tahniah Along dan suami. Semoga Allah menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan. Bibir tersenyum gembira bersyukur dengan penyatuan dua hati. Moganya kalian mampu melayari bahtera kehidupan berumah tangga dengan penuh berkat bersendikan syariat dan bertunjangkan sunnah. 


Saat akad dilafazkan , saya merasakan orang lain sudah ambil awak daripada saya. Sayu seketika. namun saya mengerti, fitrahnya awak memerlukan seorang insan bernama suami. Lantas sedaya upaya memujuk hati. Seraya memohon pada Ilahi agar rumah tangga yang baru sahaja terbina ini dapat awak lalui dengan penuh sabar dan bahagia dan mendapat keredhaan Rabbul Izzati.. InsyaAllah, saya sentiasa mendoakan awak dan keluarga kita.

Semoga menjadi  isteri yang terbaik buat suami awak dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.  Aamiin.

Buat tatapan Encik Suami kepada kakak saya yang tercinta, moganya anda mampu untuk terus menjadi pembimbing dan teman hingga syurga buat kakak saya yang seorang ini. Selamat pengantin baru buat kalian berdua. Moga bahgia sentiasa mengiringi kehidupan baru kalian . Selamat menjadi ketua keluarga dengan penuh keimanan dan dedikasi. 


Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...