Berteman Bersama :)

13 August 2011

:: BTN di Ulu Sepri::





Alhamdulillah..... syukur yang teramat sangat kepada Allah taala yang masih lagi memberi SQ dan sahabat-sahabat nikmat segala macam kebaikan,,,masih lagi berkesempatan berpuasa dibulan ramadhan yang telah pun memasuki fasa yang kedua....moga-moga kita semua menjadi hamba-hambaNYA yang bersyukur dan bertaqwa... insyaALLAH.....



InsyaAllah... kali ini ingin berkongsi pengalaman tentang  program yang SQ dan sahabat-sahabat seperjuangan sertai lewat 8 Ogos sehinggalah 12 Ogos 2011.... bertempatkan di Kem Bina Negara Ulu Sepri Rembau...kami semua menjalani dan mengikuti program Biro Tata Negara dengan lancar..memandangkan tahun ini dilakukan dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini.....jadi segala aktiviti lasak yang sepatutnya ada terpaksa dimansuhkan buat siri kami bagi menghormati bulan ramadhan yang mulia ini.. walaubagaimanapun.... perasaan dan rasa hati tetap positif memandangkan inilah  pertama kalinya SQ dan sahabat-sahabat tercinta mengikuti kursus seperti ini..... seramai 87 orang peserta yang semuanya Melayu + Islam...memudahkan kami untuk terus bergerak dan memberi komitmen sepanjang program berlangsung.. Alhamdulillah...




Sepanjang program kami diberi pendedahan tentang tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang akan berangkat ke luar negara... diibaratkan sebagai duta kecil negara.. terasa diri kami ini perlu memikul satu lagi tanggungjawab yang amat besar iaitu tanggungjawab terhadap negara.....

Antara aktiviti yang amat berkesan pada kami ialah aktiviti dalam kumpulan yang berteman kan seorang fasilitator yang amat berkaliber dan disegani.... berkongsi ilmu dan pengalaman dan tunjuk ajar sudah cukup membuatkan kami sedar akan perlu dan pentingnya tanggungjawab sebagai seorang anak Malaysia.....
dan ALhamdulillah.. pulang dengan semangat yang baru,,, hehehe...

:Athirah,Syuhada,Athikah,Husna,Faiznur,SQ,Ansar,hafizi,Encik Shukri,Anuar,dan Azri: