03 July 2013

CoRet-Coret Cinta



Alhamdulillah… Masih lagi mengecap nikmat terbesar anugerah Allah untuk saya dan kita semua
 iaitu nikmat Iman dan Islam. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Aamiin. Sedang menghitung detik-detik indah untuk bertemu tetamu istimewa kita sebagai ummat Islam khususnya. Haa.. guess what? Semestinya Ramadhan yang sentiasa dinantikan. insyaAllah.. semoga kita semua berkesempatan bertemu Ramadhan dalam keadaan kita sentiasa bersedia. Rejab dan Syaaban merupakan satu platform untuk kita berlatih dan menguatkan diri sebelum kita melangkah ke "Madrasah Ramadhan" tidak lama lagi. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan segala macam kebaikan untuk kita dengan syarat kita menggunakan masa dan peluang yang ada dengan 
sebaiknya. InsyaAllah.


*********************************************************


Tahun ini merupakan tahun istimewa sebab insyaAllah SQ akan meraikan kedatangan Ramadhan di Bumi Mesir tercinta. Pertama kali akan merasakannya. Satu peluang yang sangat-sangat SQ nantikan di samping mencapai beberapa matlamat yang lain. Mohon kepada yang membaca entri SQ ini mendoakan SQ dan yang paling penting matlamat SQ tu tercapai tahun ni. Heeee~.. insyaAllah... *Senyum-senyum*

Teringat kembali saat menelefon ayahanda dan bonda tercinta….


Ayahanda: Kak lang…ape khabar kat sane….? Dah abis exam kan? Semoga anak ayah berjaya sentiasa dan baik2 je kat sana… kak lang… betul ni tak mahu balik mesia?? (alamak…!!! ayah dah offer tu…!!!)

SQ : Alhamdulillah… kak lang baik-baik je kat sini… aah ayah…exam dah abis dah… doakan kak lang dapat gunakan masa sebaiknya ya… emm.. insyaAllah… tahun ni tak pulang ke Malaysia jika ayah izinkan… nak tebus cuti tahun yang pertama dulu… heee~ takpe kan ayah….??? Mak oke ke tu??

Ayah: yelah..baiklah.. Ayah izinkan… apa yang baik..ayah doakan.. nah…ni cakap dengan mak…


Telefon bertukar tangan. Terdengar suara mak yang menyambung panggilan. Suara yang sentiasa  menenangkan. Suara yang sentiasa menjadi kerinduan. * kesat air mata *


Mak : Kak lang…takpe lah kalau kak lang mahukan macam tu.. Mak doakan yang terbaik… Risau sebenarnya..lagi-lagi bila dalam berita dengar macam-macam tentang Mesir…


SQ: Alhamdulillah… terima kasih mak dan ayah sebab izinkan.. insyaAllah… mak jangan risau ya..Allah sentiasa ada ( ayat nak tenangkan hati mak )… Doakan keselamatan semua kat Mesir ni.. Mak doakan Mesir aman dalam rahmat Allah. 

Mak rindu kak lang tak? Heheh… ( saja duk sakat mak )

Mak: Apa punya soalan kak lang ni pun haih…! Maun tak rindu…selalu rinduuu… iye..mak sentiasa doakan.. anak-anak mak semua ada kat sana… semoga Allah jaga semuanya.. jaga diri kat sana.


SQ: InsyaAllah.. baiklah mak.. *patuh*


Tettttttttttttttttttttt. Telefon dimatikan setelah lama melepaskan rindu. Bercerita itu dan ini. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa menghadirkan rasa rindu buat penguat hati.




"InsyaAllah, jarak yang memisahkan bukan satu penyiksaan,tapi memberi peluang untuk Rindu 
datang bertamu.

*ayah,mak,along,angah,fikri,abg&adik*


**************************************
Okey… saat ini Rumah Negeri Sembilan Kaherah ( RNSK ) beransur sunyi. Sunyi dengan kepulangan sahabat,adinda-adinda dan kekanda-kekanda yang telah dan bakal pulang ke tanah air yang sentiasa menggamit rasa rindu setelah bergelar anak perantauan. Hehe… dan sekarang sedang membantu mengemas barang-barang ahli beit tersayang yang akan pulang ke Malaysia. Uishhh….. tipulah kalau tidak sedih. Agaknya, cam nilah perasaan mak,ayah dan keluarga bila nak lepaskan kita belajar jauh ni..huhu… Semoga dipermudahkan segala urusan-urusan mereka. Selamat berbakti buat ummah serta keluarga tercinta.

Senyum melihat adik-adik medic yang begitu tekun mengulangkaji pelajaran untuk beberapa baki kertas peperiksaan yang tinggal. Langsung tidak terusik dengan suasana yang mana orang lain gembira shopping barang-barang untuk dibawa pulang ke Malaysia. Sentiasa tabah dengan keadaan Mesir sekarang. InsyaAllah,dugaan yang Allah hadiahkan ini mudah-mudahan Allah janjikan yang terbaik. Kita doakan bersama yaa.

Ohya, jangan lupa doakan keamanan untuk Bumi Mesir. Semoga Bumi Mesir aman dalam rahmat  dan inayah Allah Taala.InsyaAllah.


04 March 2013

Jika Hati Kamu Lembut, Menangislah..






Sahabat..

Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan diri,  di saat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.
Bukankah hati manusia tidak pernah stabil? Selalu berbolak -balik menurut keadaan yang dilalui.
Apabila seseorang menghadapi kebahagiaan, maka hatinya akan gembira. Dan saat dilanda musibah, banyak orang yang berputus asa lalu berpaling dari kebenaran.


Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah sesuatu yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang. Bangsa Yahudi selalu marah apabila anaknya menangis kerana dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya. Orang Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tabah menghadapi hidup. Menangis adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan sebuah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap peristiwa yang menimpa dirinya mahupun persekitaran di sekelilingnya. 







Rasulullah S.A.W menitiskan air matanya ketika anaknya Ibrahim, meninggal. Abu Bakar selalu digelarkan oleh anaknya Aisyah  sebagai Rajulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).
Beliau sentiasa menangis, dadanya bergolak semasa solat di belakang Rasulullah S.A.W kerana mendengar ayat-ayat Allah. Abdullah bin Umar pada suatu ketika melewati sebuah rumah yang di dalamnya ada seseorang sedang membaca Al Qur’an. Ketika sampai pada ayat: 

“Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam” (QS. Al Muthaffifin: 6) 

 Pada saat itu beliau diam, berdiri tegak dan merasakan dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhan, kemudian beliau menangis.
Lihatlah betapa Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Lembutnya hati meletakkan mereka pada darjat hamba Allah yang peka.Bukankah di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari dimana tiada naungan kecuali naungan Allah, adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam bersendirian sambil menitiskan air mata? Tentunya begitu sukar menitiskan air mata sewaktu berdoa jika hati seseorang itu tidak lembut.Seorang mukmin sejati akan menangis dalam bersendiri tatkala  berdoa kepada Tuhannya. Sedar betapa beratnya tugas hidup yang harus dipikulnya di dunia ini.






Di zaman ketika manusia lalai dalam gemerlapan  dunia, seorang mukmin akan  sentiasa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran saudara seagamanya. Sebagai contoh, keperitan yang dihadapi oleh saudara seakidah kita di bumi Syria dan seangkatan dengannya. Kesedihannya begitu mendalam. Barangkali kita tidak bisa merasai sakitnya mereka saat ini demi memperjuangkan maruah agama, jauh sekali merasai peritnya hidup bertemankan jutaan peluru. Kerana apa? Kerana kita tidak menghayati penderitaan mereka dengan hati yang begitu tulus jauh sekali hendak menitiskan airmata. 

Ayuh sahabat!! Kita renung kembali, sejauh manakah kita bawa hati kita tatkala menelusuri kehidupan saudara-mara kita dibumi Syria dan seangkatan dengannya. Jika hati itu lembut, menangislah penuh doa untuk mereka.

Kita juga tidak akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka ria ketika jirannya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan fitnah. Mukmin yang sebenar akan dengan bersedia membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.


Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran.


 “Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83).


Ja’far bin Abdul Muthalib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada seorang raja Nasrani yang bijak. Mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, bercucuranlah air mata raja Habsyah itu. Dia mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, dia telah mengenal kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab kemudian menangis. Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.




Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis m,apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun, dia akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran. Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya. Dia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti.

 “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka”. (QS. An Nisa’: 145)

Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur’an, menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur, atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah.


27 February 2013

" Sepantai Kasih Selaut Mahabbah "

Alhamdulillah.. Ucapan syukur buat semua nikmat yang Allah kurniakan buat kita semua. Moga-moganya ucapan syukur itu sentiasa melazimi lidah serta hati-hati kita. InsyaAllah. Terasa begitu lama tidak mencoretkan sesuatu pada 'tingkap kecil' SQ ini. Sekadar perkongsian buat teman-teman dan juga keluarga yang berada jauh di mata tapi sangat dekat di hati, malam ini SQ mula mencoretkan sebuah kenangan yang pastinya manis untuk dikenang sampai bilapun. 





Alhamdulillah sepanjang 22-25 Februari 2013 ini telah banyak merakamkan suka-duka dan penat lelah anak-anak Negeri Sembilan Kaherah dalam menjayakan Hari Keluarga Negeri Sembilan 2013 (HKNS 13). HKNS 13 ini telah meninggalkan cerita dan kisahnya yang tersendiri di hati setiap kami yang merasai dan menyertainya. Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah jualah adalah sebaik Perancang. Tahniah buat Delegasi HKNS 13. Jasa kalian akan di kenang. Dan moga Allah 'membayar' semua kepenatan dan masa yang digunakan dengan sesuatu yang baik dalam hidup kalian dan kita semua.  


Terbahagi kepada empat kumpulan yang di beri nama berdasarkan suku-suku yang terdapat di Negeri Sembilan. hehe.. unikkan..  Antara suku yang menjadi pilihan ialah Batu Hampar ( Tompar ), Seri Melenggang ( Somolenggang ), Seri Lemak ( Solomak ) dan Paya Kumbuh 
( Payo Kumboh ) . 

Kumpulan Payo Kumboh

Kumpulan Solomak

Kumpulan Tompar

Kumpulan Somolenggang
Kesemua kumpulan ini dinaungi oleh beberapa orang  ahli yang sentiasa semangat dalam memperjuangkan kumpulan masing-masing untuk merebut tempat pertama. Indahnya ukhwah yang terbina. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama. Bermula dengan acara sukaneka yang semestinya sangat-sangat meriah. Maklumlah..bukan senang kesemua ' akhowat' nak turun padang untuk aktiviti sebegini, hehe. SQ dan teman-teman lain tidak melepaskan peluang indah ini untuk turut merasa dan berkongsi indahnya pengalaman dan ukhwah itu. Gembira melihat teman-teman lain yang sentiasa semangat. "Who Want's To Be A Daie" merupakan slot keramat kot bagi setiap wakil-wakil kumpulan. hehe.. Alhamdulillah... Solomak monang..yeay..!   

Aktiviti diteruskan dengan ' Mind Challenges ' yang sangat menguji minda. hehe...redha dan pasrah dengan markah juri-juri yang arif lagi bijaksana.. Seterusnya berkongsi ilmu dan menjadi pendengar setia dalam slot ala-ala "Liga Ilmu" ( Medium Dakwah Pasca Modenisasi). Terima Kasih dan tahniah buat panel-panel yang sudi berkongsi pengetahuan kepada kami.

hehe.. selepas itu tibalah waktu yang dinantikan kesemua serikandi HKNS 13 ". "Musang Berjanggut, Gubahan Pengantin, dan ' Bride To Be ".. Alahai... kreatifnya kesemua mereka ini... baik Tompar, Somolenggang, Solomak dan Payo Kumbuh, masing-masing tak menang  tangan memberikan yang terbaik untuk kumpulan mereka. Tahniah buat semua... Kalian memang terbaik. Tahniah juga buat pengantin to be Tompar, Somolenggang, Solomak dan Payo Kumboh. Pada SQ semuanya menang dalam aktiviti ni. namo pun pengantin muslimah... sure lah lawa.. hee...



Hidangan Raja Sehari
( kantoi pulak Tompar yang punye! )


Hidangan Raja Sehari
( Somolengang, Solomak n Payo Kumboh mungkin?.. heee)



Hidangan Raja Sehari
(
 Somolengang, Solomak n Payo Kumboh mungkin?.. heee)



Hidangan Raja Sehari
(
 Somolengang, Solomak n Payo Kumboh mungkin?.. heee)


HANTARAN BRIDE TO BE


Begitulah serba serbi dan beberapa aktiviti yang dilakukan bersama sepanjang HKNS 13 .. semoga ianya menjadi kenangan indah buat kita semua. Kita adalah satu keluarga. Semoga kita sentiasa saling menjaga. Sayang kalian kerana Allah dan seadanya. 

26 January 2013

Berubah Itu Payah


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah~


kalau syaitan tak pernah berputus asa untuk masukkan kita ke dalam neraka, kenapa kita nak berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan syurgaNya? 

Perkongsian  daripada seorang sahabat maya. Muhasabah buat kita semua. 

Adakala kita begitu mudah berputus asa sebelum sempat merasa betapa indahnya sebuah mujahadah. Terkadang, kita terlalu mudah melatah sehingga terlupa bahawa kita ini sememangnya hamba yang punyai alpa. Kita juga selalu menyerah tanpa adanya usaha. Kita terlalu mudah menutur kata tanpa berfikir tentangnya. Ya Allah, ampunkanlah setiap kesalahan kami,peganglah hati-hati kami agar sentiasa mengerti hakikat kejadian kami. Aamiin.

18 January 2013

Bersua Kembali :-)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah....Alhamdulillah... Jom teman-teman kita bersyukur sentiasa kepada Allah yang telah banyak memudahkan setiap urusan kehidupan kita. Semoga dengan rasa syukur yang  sentiasa kita semaikan sentiasa menjadikan kita seorang hamba yang sentiasa dekat dengan Penciptanya. InsyaAllah.


Sudah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu dalam ruangan blog yang sudah hampir dua tahun usianya ini. Lantaran kekangan masa yang sentiasa menuntut SQ dan teman-teman penuntut ilmu di sini menunaikan hak-hak yang mesti dilaksanakan terlebih dahulu. Tapi, dalam kesibukan itu, SQ tidak melepaskan peluang untuk singgah menimba ilmu dan perkongsian dari sahabat-sahabat blogger SQ yang lain. Alhamdulillah.. semuanya terisi dengan pelbagai ilmu. Terima kasih buat yang sudi berkongsi. Cumanya, SQ semakin rindu untuk membaca tulisan-tulisan Cik Qalam Qudus, Cik Tinta Samudera dan yang lain-lain. Orang kata, tatkala kita menulis kita boleh melepaskan tension... ehhh.. yekeeee??? Makanya sebab itu.. SQ sangat cintakan penulisan..ngeh2... merepeknya bila sudah selesai exam ni..haih...! =,=

~ Terimakasih teman atas sokongan dan semangat. Sayang selalu <3 ~

Oh yaa...! sebenarnya.. SQ dan teman-teman serta semuanya di sini baru sahaja menghadapi fatrah imtihan yang banyak menguji rasa. Orang kata, fatrah imtihan ini adalah fatrah orang-orang ataupun sang penuntut ilmu ini sering berhibernasi (alamak, bahasa sains plak dah kuar) kami di sini cam tu jugak keee?? hehe... mungkin pada sebilangan daripada kami. Barangkali ingin mencari mood dan semangat dalam murajaah kitab-kitab yang sentiasa menuntut kami untuk memahami dan menjiwai bahasa yang terkandung di dalamnya. Moganya Allah sentiasa memudahkan segala. Buat teman-teman SQ tercinta,ahli beit tersayang,akhawat seperjuangan maafkan diri ini andai dalam kesibukan mentelaah kitab-kitab pelajaran ada perasaan yang terabai, ada tanggungjawab yang tidak terlunas, ada hak-hak yang tidak tertunai. Moga kita beroleh najah bersama..aamiin. Seusai sahaja imtihan, masing-masing dah sibuk pula untuk me'renew'kan visa.. hehe... maklumlah..nak pergi jaulah sane,jaulah sini..moga Allah permudahkan jua urusan yang satu ini. :)

~ Adik-beradik Lughah~
Doakan kami.. :)



Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...