Showing posts with label ::pengalaman dan kenangan::. Show all posts
Showing posts with label ::pengalaman dan kenangan::. Show all posts

27 February 2012

~ Suatu KetiKa DahuLu.... ~

Alhamdulillah... masih lagi diberikan peluang untuk terus menikmati nikmat-nikmat yang Allah titipkan untuk kita semua... ayuh... ucapkan rasa syukur kita..mudah-mudahan kehidupan kita lebih diberkati....

Suasana tika ini sangat-sangat menepati rasa hati kala ini.. mendung tapi ceria.... sedang asyik menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan secepat mungkin.... diri ini kembali membuka folder-folder lama yang tersusun kemas dalam simpanan... membaca karya-karya sahabat-sahabat tersayang... membaca tulisan-tulisan insan yang dirindui... biarpun ianya sudah mencapai usia yang agak lama.. namun memori yang tercipta disebalik tulisan-tulisan itu sangat-sangat mekar dalam ingatan.... "puitis jugak ya sahabat-sahabatku ini,bisa tersenyum sendirian tatkala membacanya", suarahati berkata-kata saat kembali menatap karya-karya tersebut... hati berbunga rindu... satu-satu karya tersebut kubaca.... paling indah sekali tulisan faraku tercinta..really love it...

ha.. rasenye karya ni paling banyak kenangan.... khas dari sahabat yang menuntut di Irbid.... cik Faiznur..(izinkan saya kongsi ya) sangat-sangat rindu...

SAJAK KONSERTO TERAKHIR


Konserto Terakhir….,
Cerita tentang harta,
Bicara tentang pangkat,
Menghurai kegigihan,
Berkata tentang hati dan perasaan,
Menterjemah lagu dan irama,
Memperkenalkan siapa itu seniman.

Aku Hilmi….,
Miskin dan hina,
Tiada siapa menduga bakal menggoncang dunia,
Lagu dan irama,
Meluahkan rasa hati ini,
Hidupnya sebagai tukang kebun dan pekerja kiosk minyak,
Akhirnya….,
Seniman agung terkemuka,
Menyulam bebenang cinta terhadap Hayati,
Tapi apakan daya…,
Aku tidak berharta dan berpangkat…,
Malah dibenci Datin Salmah,
Aku teruskan jua hidup ini,
Sebagai anak didik Encik Bakar,
Tidak kuduga…,
Azizah mencintai diri ini,
Seperti cahaya matahari menerobos masuk..,
Rasa hatiku tatkala Encik Bakat mengizinkanku menubuhkan Kugiran Dahlia,
Denial, Azizah, Hilmi ,Tony Lim dan Arasu bergabung tenaga,
Berusaha mempopularkan Kugiran kami,
Hingga gelombang kugiran berkurang,
Kalau jodoh tidak ke mana..,
Aku dan Azizah di ijab kabulkan,
Namun ………..,
Perkahwinan yang terbina,
Atas dasar simpati tidak kekal lama,
Azizah seolah-olah membenci aku,
Aku bingung…,
Aku geram…,
Mengapa baru kini ini terjadi??,
Hakim mula memanggilku “papa jahat”,
Hati aku pedih…,
Langit tidak selalunya cerah,
Orang yang kucinta,
Orang yang kusayang,
Orang yang kupercaya,
Insane yang mengajarku irama dan lagu,
Pergi menghadap Ilahi,
Aku merasakan seperti nyawaku direntap pergi,
Kehadiran Mamat,
Membawa khabar gembira,
Tapi hanya untuk seketika,
Hayati yang kucinta ingin bertemu,
Meluahkan segala rasa cinta,
Melahirkan semua rasa rindu,
 Menzahirkan rasa sayang kepadaku,
Tetapi………….,
Sayangku Hayati,
Kau milik Mohsin,
Kau berangkat pergi malam itu juga,
Meneruskan ppelajaranmu dalam bidang muzik,
Hanya doa kudusku yang mengiringi kepergianmu,
Lahirlah…..,
Detik-detik perpisahan,
Menterjemah segala rasa, perasaan, suasana,
Pada malam itu,
Hanya not dan muzik yamg memahami diri ini,
Pelbagai muzik,
Pelbagai lagu,
Pelbagai nada,
Aku hasilkan…..,
3 tahun berturut-turut,
Orkes aku menjadi pemenang pesta muzik tahunan,
Aku berbangga,
Dijemput bersama menjayakan Orkes Perdana,
Aku bekerja keras,
Tanpa mengenal erti malam atau siang,
Tanpa mengenal erti lapar atau dahaga,
Tanpa mengenal erti tidur atau rehat,
Aku menyusun…,
Aku menggubah…,
Aku mencipta…,
Lagu-laguku….,
Karya-karyaku..,
Menjadi susunan besar dan agung,
Diri ini menjadi kurus,
Demi menghasilkan,
Hilmi Potpuri,
Malangnya….!!!,
Dalam kesibukan….,
Dalam kerinduan…,
Aku terlupa kesihatan diri yang abadi..,
Aku tidak menghiraukan makan dan minum,
Aku jatuh sakit..,
Saat pertunjukkan Orkes Perdana berlangsung,
Saat Hilmi Potpuri didendangkan,
Aku tidak ada bersama,
Aku tidak sedarkan diri,
Nyawaku terancam,
Para doktor….,
Jururawat bertungkus lumus..,
Menyelamatkan nyawa insan hina ini,
Malam itu….,
Sayangku Hayati,
Memimpin orkes,
Dewan Tunku Canselor bergema dengan Hilmi Potpuri,
Tanpa aku sebagai pemimpin,
Rupanya……,
Disebalik apa yang terjadi,
Aku adalah anak Datuk Johari,
Aku abang kandung Hayati,
Hakikatnya….,
Aku tidak tahu akan reality ini…,
Kerana….,
Aku  telahpun menyahut seruan Ilahi.. (rindu izzzz)



Sangat-sangat meninggalkan kenangan manis....  

06 November 2011

~ Erti Raya DipEranTauan~




Salam sayang…salam ingatan buat semua pengunjung blog SQ kali ini..
 Saat ini… tika ini…. Semua umat Islam meraikan hari yang mulia iaitu Hari Raya Eidul Adha… Alhamdulillah SQ juga tidak terkecuali meraikan hari bahgia tersebut… cumanya raya kali ini SQ meraikannya tanpa keluarga disisi… kerana SQ dan teman-teman meraikan Hari Raya Qurban sebagai seorang penuntut ilmu… terasa satu kelainan…

Pabila ditanya tentang perasaan kala ini… SQ lebih senang memberikan senyuman sahaja kepada sesiapa yang bertanya.. kerana rasa hati saat ini bercampur baur… gembira+sedih+sayu.. semuanya menjadi satu…. Tipu laa andai rasa hati saat ini tidak sedih… ye!!  Semestinya setiap teman-teman  SQ juga turut merasakan perasaan persis rasa hati SQ kala ini.. namun rasa itu hilang tatkala usikan dan gurauan permata-permata hati SQ yang sentiasa berada dekat dengan SQ menjadi penghibur hati….. barangkali ingin menepis rasa sayu yang menyapa tangkai hati masing-masing... Alhamdulillah.semua urusan dipermudahkan.. seusainya solat sunat hari raya ,agenda penyembelihan binatang yang dijadikan qurban telah dilakukan oleh semua ikhwah anak-anak negeri Sembilan… moga Allah merahmati dan meredhoi setiap pengorbanan yang dilakukan….
~ buat keluarga yang jauh dimata tapi dekat dihati.. Salam Eid Adha… ayah,mak,along,angah,fikri,adik n abang… rindunya rasa hati ini pada kalian semua…. Moga semuanya baik-baik belaka… doakan saye disini~ 
Salam rindu dan ingatan sentiasa: anakandamu,,



23 July 2011

~~ Indahnya Kenangan yang Tercipta~~

Assalamualaikum..salam sejahtera,,,salam sayang juga salam ingatan sehangat mentari dhuha kala ini.... moga-moga semua pengunjung blog SQ berada dalam keadaan bahagia hendaknya....... terasa lama sangat tidak mengupdate blog SQ ini... mungkin kesibukan menyiapkan diri dalam Program Timur Tengah bersama teman-teman tersayang membataskan semua ini..... hehehe,... Alhamdulillah..... hingga saat ini SQ sudah masuk minggu ke-3 menjalani kursus Persediaan ke Timur Tengah...juga bersama sahabat-sahabat seperjuangan.... Alhamdulillah.. kami banyak sangat belajar perkara baru disini..... masih lagi belajar menjadi seorang yang berwibawa dan berdisiplin dalan kehidupan dan menbina semangat serta jati diri yang kukuh... hehehe.... biarpun nakal-nakal manje semuenye nie( cewah ,perasan sungguh!!!) huhuhu..... ampun dan maaf kepada barisan urusetia yang tabah melayani karenah kami yang pelbagai ini....

Bukan setakat ilmu je yang dapat kat sini..... memacam sangat... dek excited eh ni.. huhuh.... minggu lepas ade program praktikal pengurusan jenazah dan kematian yang dianjurkan oleh Pihak MAINS.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.... Slot pertama sudah begitu mengujakan.... Slot bersama Mudir Imam Muda..... hehehe... gembiranye.... :-).. jom... SQ kongsikan  gambar2nya...




~Bersama Mudir Imam Muda~


~Antara Tetamu yang hadir~

~penerangan cara-cara memandikan jenazah~~

~Taklimat sebelum memulakan pemotongan kain kapan untuk jenazah~ takut pun ade nie... !!!

~kain kapan sedang dipotong....~~

~takutnye!!! bayangkan diri kita ditempat jenazah tu.... Allah3...~

~sudah selesai.... hanya menunggu jenazah dimandikan sebelum dikapankan..~

~ Eh2.... Leha nape???? terkejut yea?? hehe~~


~lakonan semata~ model jenazah kita...~~



~~jenazahnye senyum2 plak...~~




Selain tu jugak... SQ ngn teman-teman menghadiri Program KEMBAQ bersama Ayahanda Zulkarnain bin Itam..... banyak jugak perkara baru yang kami peroleh sepanjang program ni.. dapat mengenal kelemahan diri.... Alhamdulillah.. terimakaseh atas pertolongan dan bantuan ayahanda kepada kami..... :-) syukran jazilan ayahanda Zulkarnain....


~~tekun mendengar..~~

~~barisan urusetia..~~ seriusnye....




~Saat Resolusi~ penuh emosi...

01 July 2011

:: Ya ALLAH... PeRmUDaHkANLaH ::


Allahmdulillah….. sampai saat nie.. Syue bersama kawan-kawan seperjuangan baru sahaja selesai menghadiri Bengkel  Persediaan Imtihan Qobul di Hotel Kelana Resort…turut bersama kami rakan-rakan yang akan melanjutkan pelajaran secara persendirian… Alhamdulillah… selamat semuanya menghadiri semua slot yang telah ditetapkan…… memilih untuk menetap di hotel tersebut memandangkan jarak rumah Syue yang jauh dari hotel tersebut…. Begitu juga kawan-kawan yang lain……



Bersama-sama ustaz-ustaz yang banyak membantu kami.. memberi pendedahan tentang imtihan tak lame lagi…  berkongsi pengalaman…. Memberi semangat dan motivasi… semuanya banyak menyuntik semangat nie…. Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Danial Farhan… Ustaz Roslizan…Ustaz Shuhadak Mahmud….dan Ustad Uzairi Adam..  semoga ada hikmah yang manis yang Allah kurniakan disebalik perjumpaan kita kali ini….  insyaAllah….



Sepanjang program ini berlangsung….. semuanya mengambil peluang untuk menambah lagi maklumat yang sedia ada tentang Imtihan yang bakal menjengah….. risaunye rasa hati kala ini…. Tambahan pula..pabila Ustad Danial memberitahukami ada berita yang kurang “manis” tentang imtihan tersebut…. Berita apa ya????? Semuanya resah….. sementara menunggu rakan-rakan muslimin usai solat Jumaat di masjid yang berhampiran.. Syue dan teman-teman memilih untuk rehat-rehat sebentar sementara menunggu waktu solat….. hmm…. Tiba-tiba seorang sahabat Syue, Afifah namanya memberitahu kami yang Imtihan Qobul nie tak jadi untuk dilaksanakan di Malaysia….. Katanya Hanisah seorang lagi sahabat Syue mengatakan yang pihak JAIS  telah memberitahu imtihan tersebut ditunda.. dan akan dilaksanakan di Mesir… terkejut dan terdiam semuanya saat itu….. dalam hati nie.. macam-perasaan ada….. pabila lihat raut wajah rakan-rakan yang lain…semuanya turut menggambarkan rasa hati masing-masing kala itu…





Usai solat Jumaat….. semuanya kembali ke bilik kuliah… memulakan sesi perbincangan bersama ustaz-ustaz yang banyak membantu….. banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki dan di kenal pasti… sebelum menamatkan  program tersebut…. Kami juga diberitahu oleh Ustaz Uzairi berita yang sama seperti apa yang Hanisah dapat dari JAIS… benar rupanya berita yang kami terima itu….. Allah….. pada masa yang sama taklimat mengisi boring KPT pula….. banyaknya yang perlu diselesaikan….  Dengan passportnya…. sijil lahir yang belum diterjemahkan dan  macam-macam lagi……. 4 Julai sudah mula untuk Program Intensif Timur Tengah (PITT)…. Sempatkah???? Athirah pula mula menitiskan airmata….. terusik pula hati ini bila melihatnya…. Kegusaran dan kerisauan barangkali menyapa tangkai hatinya kala itu….. Ya Allah…. Tenangkanlah hati sahabat kesayangan kami itu…..





Walau apapun…. Diri ini bersyukur kerana masih lagi berpeluang mengecapi nikmat kesihatan….nikmat berukhwah… moga antara kami ini semangatnya sentiasa kuat dan tegar untuk menghadapai apa jua dugaan yang akan KAU perdugakan untuk kami…. Harapnya moga hati-hati kami sentiasa redha dengan apa jua ketentuanMU untuk kami…. insyaAllah….

“Ya Allah…. Dengan Rahmat dan KasihMU…. Permudahkanlah urusan-urusan kami Ya Rahman…”



note: syukran kepada sahabat-sahabat tersayang    Zaleha,Ramizah,Athirah,Jannah dan Afifah kerana banyak membantu ketika sesi perbincangan.... Allah yusahhil lana.. insyaAllah.......

30 May 2011

:: KeNaNgaN LaLu::

Sampai detik nie...sudah hampir dua bulan lebih menapak kat rumah setelah tamatnye Program KEMBAQ bersama sahabat seperjuangan pada Mac yang lalu.... sepanjang tempoh tu..banyak yang kami lalui bersama.. dan Alhamdulillah.... masih berkesempatan menjayakan KEMBAQ hingga ke Negeri Bawah Bayu, Sabah...  duk rumah nie... jadi surirumah laa..... huhuhu... keluar berprogram pun da jarang n da tak aktif daa... tapi masih lagi mengambil tahu tentang aktiviti KEMBAQ dan AKADEMI SUKSES yang  banyak mengajar diri ini..... huhu.. kepada sahabat-sahabat.... rindunya aku pada kalian..... rindu nak berprogram bersama... rindu nak berkongsi suka dan duka... rindu nak bercerita...rindu nak dengar nasihat dan teguran dari kalian.... rindu kenangan bersama kalian... RINDU semuanya....  jadi entri kali ni nak kongsi kenangan yang kita lewati bersama.... cukup laa sekadar kenangan yang membuat diri ini tidak lupa padamu insan yang bergelar SAHABAT.... :-)


:: farah hana yang sukses::

:: Program PMR 2011 anjuran JHEAINS::
program di ITQANS::sempat jea:: huhu
:: Kek KEMBAQ yg banyak songeh.....:: haha


:: mengabdikan kenangan bersama::
berbincang bersama
:: Malam 5 CINTA di SMK SHEIKH AHMAD::
:: di Airport TAWAU::
:: bersama di SMK KUNAK,SABAH::
:: Adik2 KEMBAQ SMK KUNAK::
::Tingkat atas Masjid KUNAK::
:: Pasar Ikan KUNAK::
:: berlatar belakangkan Laut Sulu::
::Di SMK Semporna::
:: KEMBAQ di SBPI SELANDAR::



::Perkampungan Bahasa Melayu SPM 2011::
::Kenangan::
: Rakan2 fasi ketika di SMKTBB::
::Program Di Masjid Negara KL::
::Ains dan Farah yg ceria selalu::
:: Amali wudhuk bersama adik2 peserta::

:: hari Q MANS::
::sahabat yang dirindui::



hmm itulah serba sedikit kenangan-kenangan yang kita lalui bersama... cumanya selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri...doaku..moga kalian sentiasa berjaya dan dilindungi olehNYA... Terima kasih atas memori indah yang kita cipta bersama SAHABAT.... moga tautan ukhwah antara kita akan sentiasa terjalin... InsyaAllah... :-)

Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul ama...