26 January 2013

Berubah Itu Payah


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah~


kalau syaitan tak pernah berputus asa untuk masukkan kita ke dalam neraka, kenapa kita nak berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan syurgaNya? 

Perkongsian  daripada seorang sahabat maya. Muhasabah buat kita semua. 

Adakala kita begitu mudah berputus asa sebelum sempat merasa betapa indahnya sebuah mujahadah. Terkadang, kita terlalu mudah melatah sehingga terlupa bahawa kita ini sememangnya hamba yang punyai alpa. Kita juga selalu menyerah tanpa adanya usaha. Kita terlalu mudah menutur kata tanpa berfikir tentangnya. Ya Allah, ampunkanlah setiap kesalahan kami,peganglah hati-hati kami agar sentiasa mengerti hakikat kejadian kami. Aamiin.

18 January 2013

Bersua Kembali :-)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah....Alhamdulillah... Jom teman-teman kita bersyukur sentiasa kepada Allah yang telah banyak memudahkan setiap urusan kehidupan kita. Semoga dengan rasa syukur yang  sentiasa kita semaikan sentiasa menjadikan kita seorang hamba yang sentiasa dekat dengan Penciptanya. InsyaAllah.


Sudah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu dalam ruangan blog yang sudah hampir dua tahun usianya ini. Lantaran kekangan masa yang sentiasa menuntut SQ dan teman-teman penuntut ilmu di sini menunaikan hak-hak yang mesti dilaksanakan terlebih dahulu. Tapi, dalam kesibukan itu, SQ tidak melepaskan peluang untuk singgah menimba ilmu dan perkongsian dari sahabat-sahabat blogger SQ yang lain. Alhamdulillah.. semuanya terisi dengan pelbagai ilmu. Terima kasih buat yang sudi berkongsi. Cumanya, SQ semakin rindu untuk membaca tulisan-tulisan Cik Qalam Qudus, Cik Tinta Samudera dan yang lain-lain. Orang kata, tatkala kita menulis kita boleh melepaskan tension... ehhh.. yekeeee??? Makanya sebab itu.. SQ sangat cintakan penulisan..ngeh2... merepeknya bila sudah selesai exam ni..haih...! =,=

~ Terimakasih teman atas sokongan dan semangat. Sayang selalu <3 ~

Oh yaa...! sebenarnya.. SQ dan teman-teman serta semuanya di sini baru sahaja menghadapi fatrah imtihan yang banyak menguji rasa. Orang kata, fatrah imtihan ini adalah fatrah orang-orang ataupun sang penuntut ilmu ini sering berhibernasi (alamak, bahasa sains plak dah kuar) kami di sini cam tu jugak keee?? hehe... mungkin pada sebilangan daripada kami. Barangkali ingin mencari mood dan semangat dalam murajaah kitab-kitab yang sentiasa menuntut kami untuk memahami dan menjiwai bahasa yang terkandung di dalamnya. Moganya Allah sentiasa memudahkan segala. Buat teman-teman SQ tercinta,ahli beit tersayang,akhawat seperjuangan maafkan diri ini andai dalam kesibukan mentelaah kitab-kitab pelajaran ada perasaan yang terabai, ada tanggungjawab yang tidak terlunas, ada hak-hak yang tidak tertunai. Moga kita beroleh najah bersama..aamiin. Seusai sahaja imtihan, masing-masing dah sibuk pula untuk me'renew'kan visa.. hehe... maklumlah..nak pergi jaulah sane,jaulah sini..moga Allah permudahkan jua urusan yang satu ini. :)

~ Adik-beradik Lughah~
Doakan kami.. :)



Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...