28 June 2011

:: KeRaNa DiRiMu BeGiTu BeRHaRGa::

Wahai saudariku,mari kita renungkan beberapa hukum yang Allah s.w.t. syariatkan untuk kita demi memelihara kemuliaan jati diri kita sebagai wanita.





PERTAMA


Allah s.w.t.menghalalkan kepadamu memperhias diri dengan perhiasan dari emas dan sutera yang Ia haramkan bagi kaum lelaki,

Rasulullah s.a.w. bersabda :“Kedua-dua perhiasan ini (emas dan sutera) diharamkan bagi lelaki dan dihalalkan bagi wanita”.(HR.IbnuMajahdari Ali Bin AbiThalib).
Ia dihalalkan untukmu demi menjaga kecantikanmu dan sifatmu yang lembut. 


KEDUA

Sebaliknya,Allah s.w.t. mengharamkan segala sesuatu yang dapatmenghilangkan sifat kewanitaanmu yang halus dan lembut itu baik dalam berpakaian,bertingkah dan perilaku yang menyerupai lelaki,demikian juga lelaki diharamkan menyerupai wanita dalam pakaian,gerak dan tingkahlaku,kerana hal itu tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya.
Rasulullahs.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah s.w.t. melaknati lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki”.(HR Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.) 



 

KETIGA

Allah s.w.t. melindungi kelemahanmu dan menempatkanmu selalu dalam naungan lelaki,Allah tidak menghendaki kamu mencari penghidupan untuk memenuhi keperluanmu atau keperluan orang lain,tetapi kaum lelakilah yang diwajibkan memenuhi semua keperluan hidupmu,kerana Allah tidak mahu engkau susah dalam kehidupan demi sesuap nasi agar engkau tidak terhina.Jika engkauseorang gadis,ayah dan saudara lelakilah yang akan memenuhi keperluanmu,jika engkau seorang ibu,anaklelaki yang berhak dituntut menjamin keperluan hidupmu dan jika engkau seorang isteri,suami yang bertanggungjawab atas semua keperluanmu,lalujika tidak ada seorang antara mereka yang menjamin keperluan hidupmu maka Allah mewajibkan kepada pemerintah memenuhi semua hajat hidupmu yang asasi. 


KEEMPAT

Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menjaga pandanganmu terhadap kaum Adam agar syaitan tidak menjerumuskan ke dalam lembah yang hina.
Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka…” (QS.24:31)







KELIMA

Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu daripada tangan-tangan jahil dan penghinaan mata-mata yang jahat dengan membalutnya dengan pakaian yang mulia kecuali muka dan tapak tanganmu.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…danjanganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka..” (QS.24:31) 


KEENAM

Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu tidak menampakkan perhiasanmu yang tersembunyi seperti rambut,leher,betis dan lengan tanganmu kecuali kepada suamimu,dan orang-orang yang termasukmahrammu.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-puteramereka,atau putera-putera suami mereka,atau saudara-saudara mereka,atau putera-putera saudara lelaki mereka,atau putera-putera saudara perempuan mereka,atau wanita-wanita Islam,atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”(QS.24:31) 




KETUJUH

Allah s.w.t memerintahkan kepadamu berjalan dengan santai dan berbicara dengan nada yang rendah sehingga engkau nampak berwibawa dan terhormat.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…Dan janganlah mereka menghentak-hentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan…” (QS.24:31) “…Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya,dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.33:32) 


KELAPAN

Allah s.w.t. memerintahkan kepadamu menghindari segala sesuatu yang dapat menarik perhatian kaum lelaki kepada dirimu dan tergoda dengan penampilanmu dengan mengikuti perilaku kaum jahiliah pertama atau kaum jahiliyah abad ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Wanita yang memakai wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang-orang mencium aromanya adalah penzina.” (HR.Abu Daud)






                                              KESEMBILAN

Allah s.w.t. melarangmu berdua-duaan dengan lelaki selain suami dan mahrammu agar syaitan tidak menjatuhkanmu ke jurang kehinaan.
Rasulullahs.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali didampingi mahramnya.” (Muttfafaqun a’laih) 







Saudariku,jika engkau renungkan semua perintah Allah s.w.t. ini dengan hati nurani dengan penuh jujur,maka engkau akan mendapati bahawa Allah s.w.t. telah meletakkan dirimu bagai intan mutiara yang tersimpan di tempat terjaga dan tidak boleh dijamah oleh tangan orang yang di hatinya ada penyakit,engkau adalah makhluk mulia dan terhormat dalam Islam.



note: indahnya kejadian seorang wanita.... begitu istimewa... mudah-mudahan sentiasa mendapat rahmat Allah....insyaAllah....

26 June 2011

:: aKu DaN mEReKa::

Bismillahhirrahmanirrahim…. Alhamdulillah… masih lagi berpeluang bernafas di bumi Allah ini…. Masih lagi dikelilingi dengan insan-insan yang disayangi….. Allahuakbar…. Terima kasih atas nikmat yang ENGKAU titipkan buat diri ini…..
Salam sejahtera buat semua pengunjung blog sUaRaQaLBii… rakan-rakan blogger yang dihormati sekalian…... moga-moga kita semua sentiasa berada dalam naungan kasih-NYA… insyaAllah…


Sehingga detik nie….. syue masih lagi membilang hari.. menanti hari-hari yang penuh makna(insyaAllah) untuk bersama teman-teman seperjuangan kembali menimba ilmu bersama… meskipun ada antaranya tidak dapat bersama…. insyaAllah… moga ada keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan sahabat… insyaAllah….. teruskan langkahan kalian untuk terus menempa kejayaan… Aha!!!.. jangan lupa ya… doakan kejayaan kita semua….. hehehe..
Saat menaip entri nie… terasa fikiran nie melayang-layang jea…. Ingat sape laa agaknya yea????….. heheh…semestinya ingat sahabat-sahabat… teman-teman…. Yang banyak sangat berjasa kat diri ni.. tanpa kalian rasanya… aku bukan laa sape-sape pun.. heheh….  Kalian lah guru tuk diri nie…. Aku bersyukur  dianugerahkan sahabat-sahabat seperti kalian…..


 Untuk sahabat yang banyak membantu..  Cik Zaleha a.k.a QalamQudus.. hehehe…


Leha… nak tau tak… hehe.. sejak perkenalan kite lewat 2008 yang lalu..amat-amat lah meninggalkan kenangan manis…. Heheh…. Manis cam gule kot.. huhuh… terime kaseh jadi teman yang baik untuk saya…. Teringat lak time saat-saat nak STAM… rasenye selepas trial STAM kot.. kite ade salah pahamkan… time tu.. Ya Allah… ego masing-masing tok sah cakap laaa… hehe…. Tapi ade hikmah yang manis Allah tetapkan untuk kite…. insyaAllah.. moge ianya berkekalan… sayang Leha selalu…. Tak lame lagi kite nak hadapai imtihan Qabul….. moge kite same-same berjaye hendaknya…….  Leha terbaik laaa…. Hehe… ;-)


Haaaa…. Ni plak sahabat yang paling kelaka n banyak laa belajar ngn die… cik Nur Farah Hana…



Farah…. Really miss u  sejak Fara masuk maktab nie….  Alhamdulillah.. Fara da hampir mencapai cita-cita Fara…. Syue tumpang gembire Fara dapat masuk maktab…. Cumenye… dulu kite penah simpan impian nak same-same ke mesirkan….. excited bukan main lagi… hehehe…. Tapi skang Fara da bawak haluan sendiri…. insyaAllah…. Pasti yang terbaik tuk Fara apa adanya…. Fara belajar sungguh-sungguh ye kat IPG Bangi tu….. terhibur mendengar pengalaman Fara menjalani orientasi semasa di maktab … hehe…. Pengalaman berharge tu fara…. Kelaka+ sedeh+ geram+seronok dengar cerite fara tentang orientasi tu…. Hehehe…. Fara… doakan diri ni  dan sahabat-sahabat yang akan memduduki imtihan Qobul nnti….  Pade cik  QalamQudus… anda pasti rindu Fara juga bukan….. nnti saya ade surprise untuk anda… ~lalalala~


Ni pulak sahabat yang selalu menceriakan hati… cik Ain Syafiqah Azman( Ains)




Da lame tak dengar khabar sahabat sorang nie….  Da pandai menjahit baju dengarnye… hehe.. pasni leh laa amik tempahan yea….. Ains ni…. Merupakan satu-satunya sahabat yang mempunyai semangat yang luar biase…..  selalu membantu apa yang perlu dan apa adanya… tak mudah mengalah…. Sentiase disenangi….sangat sayangkan binatang terutamenye kucing.. Moge Ains sentiase mendapat ape yang Ains mahukan untuk diri Ains….. moga Ains menjadi Peguam yang amat disegani suatu masa nanti…. insyaAllah..



Haaa…. Tidak sabar untuk bercerita tentang si dia… sahabat yang paling mencuit hati …  Cik  Faiznur Ishak….



Hmm..  Iznur nie….. merupakan seorang insan yang sangat suka belajar n pemurah….. ada  je perkare yang ingin dikongsi….. heheh…. Kelaka juga orangnya… kadangkala membuat hati-hati yang bersama dengannya sentiasa terhibur….. rindu pulak kalo berjauhan dengannya…..  Iznur juga akan sama-sama ngan Syue n Zaleha untuk memduduki imtihan qobul tak lama lagi…. Doakan kejayaan kita bersama ya Iznur…… hehe…



Yang ni plak… Athirah namanya…. 



Seorang muaddibah saat ini…. Hehehe…
Hari nie (26 Jun 2011) ialah Hari Lahirnya yang ke-19… Alhamdulillah.. sudah dewasa ya… moga Athirah sentiasa di berkati Allah hendaknya… dengan bertambahnya umurmu ini.. moga bertambah jua IMANnya seiring dengan usia yang kian meningkat…… moga menjadi insan yang sentiasa mempunyai matlamat... menjadi anak yang taat pada kedua-dua ibu dan bapa dan juga seorang isteri yang solehah suatu ketika nanti…  InsyaAllah.. hehe… kepada Athirah jua,selamat menduduki imtihan Qobul juga….. 


Hehehe,… ni sape plak ye….





Haa.. ni laa Hanisah @ Anis Kaz ( baju coklat tu)
 
Huhuhu… anis2…..  terime kaseh sebab sudi munaqashah melalui skype…  sungguh berharga….  Moga apa yag diperoleh semasa kelas bersama pensyarah UIAM  akan dikongsi bersama….. selamat jua menduduki imtihan qobul juga…..hehehe.. wat yang terbaik… kalo ada rezki kita… insyaAllah… berjaya bersama….




 Haa.. yang ni pulak Cik Hana Szied…..



Hmm.. hana ni da berjaye melanjutkan pelajarannye di Moroccco bersama beberapa orang sahabat yang lain……. Hehehe…. Thanks hana atas ilmu yang dikongsi… oh yea…. Syue tunggu 2015 yea…. Hehehe…. Jangan lupe jemput tao… rindu hana selalu… doakan kami yea.... semoga hana sukses disana...


serba sedikit antara sahabat-sahabat yang banyak membantu diri nie..... kalian sungguh berharga....





note: hargailah sahabat-sahabat anda.. peace!!!!! hehe
        doakan kami yang akan menduduki imtihan qobul julai nie....



25 June 2011

Wahai WANITA..... aPakAH PiLiHaN aNDa???





Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang..............; 

PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi.

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan.. 
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..



note: duhai wanita... apakah pilihan anda......?? :-)

24 June 2011

Misi Jihad Peminang Bidadari..



“Aisya, kamu mahu menikah ?” Soal mak cik Hafsah,satu-satunya ibu saudaranya.“Ya..Tentu”, jawab Aisha tanpa ragu. “Pertimbangkan dulu, fikir masak-masak. Jangan cepat ambil keputusan.”Bibinya berkata benar. Aisya sedikit tersipu, tangannya membenahi jubah yang dipakainya. “Tapi, dengan siapa,mak cik?” soal Aisya Wajah lembut itu tiba-tiba mengeras. Kedua matanya dibesarkan menjegil.
Airmata laju menuruni pipi Hafsah tanpa dapat ditahan. Merasa bahagia,kerana
anak saudara kesayangan yang dibela sejak kecil ini akhirnya ada juga yang ingin meminang.
Aisya menunggu jawaban dari mak ciknya yang terdiam seketika.
“Mak cik….dengan siapa ?” Aisya bertanya sekali lagi Pandangan tajam wanita berumur itu menembusi bola mata Aisya. Seperti menimbang-nimbang kesediaan anak yang dicintainya itu, menikah. Aisya membalas pandang, lebih karena ia tak mengerti kenapa pernikahan, kalau memang itu yang akan terjadi padanya, mengapa ibu saudaranya itu seakan-akan tidak gembira jika benar ada yang ingin menikahinya.
“Dengan Ayyash !” Meluncur satu nama dari bibir Hafsah. Ayyash ? Terkejut Aisya
Hafsah mengangguk. Wajahnya pucat, namun terkesan lega. Biarlah…..biar
lah Ayesha yang memutuskan….ini hidupnya., Suara hati wanita tua itu berbicara.
Aisya dihadapannya seperti kaku. Seolah-olah tidak percaya. Senang, tapi juga tahu apa yang akan dihadapinya. Berita itu mungkin benar.Yang jadi pertanyaan, siapakah dia,bukan insane biasa-biasa ?
“Kau fikirkan dulu, ya? Ayyash memberi waktu untukmu istikharah sampai tiga hari. Katanya lebih cepat lebih baik.” kata Hafsah.
Aisya masih tidak berganjak. Pandangannya menembus jendela, memandang rumah-rumah di sekitarnya, dan debu-debu tebal yang mengembus di jalan.
Pernikahan..sungguh penantian semua gadis. Apatah lagi dengan mujahid seperti Ayyash, tiada siapa yang ingin menolak ? Namun semua penduduk pun tahu, apalah erti sebuah ikatan pernikahan di Palestin..
Cabaran dan mehnah, perjuangan yang memerlukan persediaan yang lebih besar. Teruta
ma bagi setiap gadis, yang menikahi pemuda pejuang yang hidup mati demi Allah seperti Ayyash!


**********************************************************************


Pernah dahulu, sewaktu kecil, Aisya kerap memerhatikan Ayyash dan teman-temannya dari balik kerudung yang biasa ditutupkan ke wajah, jika mereka kebetulan bertemu di jalan. Mereka berjiran. Begitulah Aisya mengenal Ayyash, dan melihat sendiri lelaki yang lima tahun lebih berusia daripadanya membesar di persekitaran kawasan mereka tinggal.
Bapa Ayyash adalah salah seorang pimpinan tertinggi Hamas, sebelum syahid dalam aksi penyerangan markas tentara Israel. Ibu kepada Ayyash juga, pemimpin para wanita Palestin.
Bukannya tiada risiko, karena semua pun tahu, Israel laknatullah itu tidak menaruh kasihan pada perempuan atau kanak-kanak. .Aisya merasa irihati dengan para muslimin yang mendapat kesempatan lebih memegang senjata. Itu sebabnya gadis berkulit putih kemerahan itu, menanam semangat jihadnya, sejak dia kecil lagi.
Tiga tahun lalu, ketika ibu Ayyash syahid dalam satu pertempuran, setelah sebuah peluru mendarat di dahinya, Aisya bersegera datang untuk menyelamatkankan wanita pejuang itu.
Pedihnya kehilangan seorang ibu dan seluruh ahli keluarga, Aisya turut merasai kedukaan itu. Namun, kagumnya Aisya melihat ketegaran Ayyash, menelan kepahitan erti kehilangan, hinggakan telah siap ibunya disemadikan. Tidak ada sedu sedan, tidak ada air mata. Hanya doa yang terucap tidak putus-putus.
Begitulah keadaan Ayyash menghadapi kehilangan bapanya, saudara-saudara lelakinya, adik perempuannya yang paling kecil, lalu terakhir ibu yang dikasihi. Keadaan yang dihadapi oleh Ayyash semuanya berlaku di hadapan mata Aisya sehingga menimbulkan rasa kagum pada lelaki bernama Ayyash. Dan kini, Aisya dua puluh dua tahun. masih menyimpan kekaguman dan simpati yang sama pada Ayyash. Lelaki itu juga sudah membesar menjadi lelaki gagah, dengan kulit merah kecoklatan dan mata setajam helang. Semangat perjuangan dan ketabahan lelaki itu sungguh luar biasa. Sewaktu kedua abangnya melakukan aksi
bom syahid, meledakkan gudang logistik Israel, Ayyash hanya mengucapkan innalillahi, sebelum bangkit dan menggemakan Allahu Akbar, kemudian masuk ke dalam rumah dan mengkhabarkan berita itu pada ibunya.
Suatu ketika dahulu Fatimah, adik Ayyash yang ditangkap oleh tentara Israel, diperkosa, dan dibunuh sebelum dilemparkan ke jalan dengan tubuh keseluruhan cedera. Kelihatan Ayyash masih tabah menelan semua itu seperti sebelumnya. Aisya tidak mengerti bagaimana hati sang lelaki itu. Setelah semua kehilangan, tidak ada dendam membabi buta atau meluapkan amarah dengan makian kotor. Ayyash menerima semua itu dengan keikhlasan luar biasa. Hanya matanya yang sesekali masih berkilat,saat ada yang menyebut nama adiknya. Luarannya Ayyash hanya mempamerkan keshalihan dan ketaatannya pada koordinasi gerakan Hamas yang kian bertambah, menyibukkan diri dari hari ke hari.


*********************************************************************





Hari ini, hari mereka mengikat baiah di hadapan Allah sebagai suami isteri..Aisya dan Ayyash.


Mereka berhadapan. Pertama kali dalam hidupnya, Aisya bisa menatap wajah lelaki itu dari jarak dekat. Ayyash cukup tenang. Hanya bibirnya mengungkap senyuman, sejak ijab kabul diucapkan, merasmikan ikatan mereka berdua.
Ayyash masih tenang dan hati Aisya pula yang bergemuruh. Bukan saja kerana merasai kebahagiaan, tetapi ada sesuatu yang dirahsiakan. Sebetulnya perkara rahsia itu ingin disampaikan Aisya kepada Ayyash,lelaki yang kini telah menjadi suaminya.
Namun bila teringatkan wajah kegembiraan Ayyash, dan senyum yang dilihatnya pertama kali begitu cerah. Hati Aisya menahan. “Biarlah….nanti-nanti saja, atau tidak sama sekali”, detik hatinya. Aisya tidak mahu merisaukan hati lelaki itu, apatah lagi waktu yang mereka miliki bersama tidak lama dan panjang. Bahkan ,cuma seketika. Fikirannya melayang mengimbau peristiwa dua hari lepas.
Dua hari yang lepas, Ayyash sendiri yang meyampaikan kebenaran berita itu, niat lelaki berusia 25 tahun itu dibicarakan orang ramai. “Ayyash mencari isteri ?” “Dia ingin segera menikah,akhirnya ” “Tapi siapa yang akan menerima pernikahan berusia sehari semalam ?” Percakapan gadis-gadis di lingkungan mereka. Pada awalnya, Aisya tidak mengerti. “Kenapa sehari semalam ?”, Tanya Aisya kepada mak ciknya,Hafsah. “Sebab, lelaki itu sudah menentukan hari kematiannya, Aisya. Kini tinggal beberapa ketika lagi. Waktunya hampir tiba.”
Aisya menggigit bibir menahan sesak yang tiba-tiba melanda. Ayyash semestinya sanggup mengorbankan diri melakukan aksi pengebom berani mati,seperti dua saudaranya dahulu. Cuma pelik, kenapa pejuang yang selama ini terkesan tak peduli dan tak pernah memikirkan untuk menikah, tiba-tiba seolah tak sabar untuk segera menikah.
“Saya ingin menghadap Allah, yang telah memberi begitu banyak kemuliaan pada diri saya dan keluarga saya, namun, saya ingin menghadap Allah dalam keadaan sudah menyempurnakan separuh agama iaitu menikah.” Kalimat panjang lelaki itu, wajahnya yang menunduk, dan rahangnya yang terkatup rapat.


*******************************************************************


Di depan Aisya, Ayyash tampak begitu bahagia kerana tiga hari sebelum misi jihad itu dilaksanakan, ia berhasil menemukan pengantinnya. Seorang srikandi dan bidadari dalam perjuangan yang Ayyash hormati dan kagumi kekuatan mental mahupun fizikalnya. Ya, Aisya,bidadari tegar di medan jihad Palestin.
Mereka masih bertatapan mata. Saling mennguntumkan senyum. Aisya berseri dan manis tampak sangat cantik di mata Ayyash. Pengantinnya, bidadarinya…..kata-kata itu diulangnya berkali-kali dalam hati. Namun betapapun cantiknya Aisya, Ayyash tidak mahu melanggar janji yang ditekadkan jauh dalam hati sanubarinya.
“Aisya…..saya tidak ingin menyentuhmu, bukan karena saya tidak menghormatimu.” Senyum Aisya hilang. Matanya yang bulat menatap Ayyash tak berkedip, menunggu lelaki itu meneruskan kata-katanya. Ini malam pertama mereka, dan setelah ini, tak akan ada malam-malam lain. Esok selepas waktu dhuha,lelaki itu akan menemukan hayat akhir hidupnya,melaksanakan Misi Jihadnya untuk menemui kekasih sejati,Allah Rabbul Izzati.
Tak layakkah Aisya memberikan yang terbaik untuknya ? Bagi dia yang akan menjelang syahid ?
Airmata Aisya luluh. Ayyash mendongakkan dagunya, tangannya yang lain menggenggam jari-jari Aisya, seakan mengerti isi hati isterinya.
“Saya mencintaimu, Aisya. Dan saya meredhai semua yang telah dan akan Aisya lakukan selama kita menjadi suami isteri walau seketika cuma ini dan setelah saya tiada di dunia ini. Saya percaya dan berdoa, Allah akan memberimu seorang suami yang lebih baik, selepas pemergian saya.”
Aisya tersenyum. Menyembunyikan hatinya yang masih gemuruh,menyimpan rahsia yang begitu berat. Ingin sahaja diceritakan rahsianya kepada Ayyash . Tapi Aisya tidak sanggup.“Tidakmengapa. Saya mengerti.” Cuma itu yang boleh dikatakannya pada Ayyash.
Suasana sekitar hening. Langit tanpa bulan tak mempengaruhi kebahagiaan di hati Ayyash. Bulan, baginya, malam ini telah menjelma pada kerelaan dan keikhlasan isterinya.
“Saya ingin, Aisya bisa mendapatkan yang terbaik.” Lelaki itu melanjutkan kalimatnya. “Dan karenanya saya merasa wajib menjaga kehormatanmu. Kita bicara saja, ya ? Ceritakan sesuatu yang saya tak tahu, Aisya.”
Aisya menatap mata Ayyash, lagi. Disana ia bisa melihat kegarangan dan keteduhan melebur satu. Sambil ia berfikir apa yang boleh dia ceritakan pada lelaki itu ? Aisya membuka cerita-cerita lucu tentang masa kecil mereka dan kegugupannya saat pertama berhadapan dengan Ayyash. Juga jari-jari tangannya yang sejuk saat ia mencium tangan Ayyash pertama kali..
Di antara senyum dan derai tawa suaminya mendengar ceritanya, Aisya masih berpikir tentang lelaki yang duduk di hadapannya.
Sungguh, ia ingin membahagiakan Ayyash,dengan cara apapun. Melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah Ayyash,membuat Aisya tidak putus-putus berfikir.? Inilah kebahagiaan itu, bisiknya sesaat setelah mereka selesai tahajjud dan membaca Al-Quran bersama. Kali pertama dan terakhir. Kebahagiaan bukan pada umurnya, tapi pada makna kata bahagia. Dan Aisya belum pernah sebahagia itu sebelumnya.
Mereka masih belum bosan menatap satu sama lain, dan berpegangan tangan. Saat ia merebahkan diri di dada Ayyash setelah solat subuh, lelaki itu tak menolak. “Biarkan saya berbakti padamu, Ayyash” Ia ingat Ayyash menundukkan wajah dalam, sebelum kemudian mengangguk dan menerimanya.


*******************************************************************


Aisya mengingati rahsianya misi jihadnya. Beberapa jam lagi, Aisya menghitung dalam hati. Kedua matanya memandangi wajah Ayyash yang lena di depannya. Tinggal beberapa jam lagi, dan mereka akan tinggal kenangan. Dirinya dalam kenangan Ayyash, Ayyash dalam kenangan orang-orang sekitarnya. Dia pasti ingin tetap menjadi bidadari kepada Ayyash.
Ketika fajar mulai menampakkan diri, Aisya telah bersiap sedia untuk melaksanakan misi jihadnya dan inilah rahsia yang dipendamkan daripada Ayyash. Aisya kembali menatap Ayyash yang masih lagi lelap, mencium kening dan tangan lelaki itu, sebelum meninggalkan rumah dengan langkah perlahan..


********************************************************************


Ayyash terjaga mendengar ketukan pintu. Pukul 8.00 pagi. Penuh jiran-jiran berkerumun dihadapan rumahnya.
“Ayyash….isterimu, Aisya
Ada titik air meruah di wajah mak cik Hafsah. Lalu suara-suara gemang berdengung. Saling meningkahi, semua seperti tak sabar menyampaikan berita itu padanya. “Setengah jam yang lalu, Ayyash. Ledakan…bom..Aisya yang melakukannya…” “Gudang peluru Israel itu dibom. Bunyinya…bagaimana kau bisa tak mendengar ?”
 Ayyash merasa tubuhnya mengejang dan kaku. Isterinya…..Aisya mendahuluinya ?Kepalan tangannya mengeras. Mengenang semua keceriaan dan kejenakaannya,serta kesungguhan Aisya membahagiakannya semalam. Jadi….Masya Allah,Subhanallah ! Isterinya kini….benar-benar bidadari. Bidadari untuknya.

Harapan itu menghapuskan rasa sedih yang sesaat tadi cuba menguasai hatinya. Keramaian yang sama masih menantinya dengan sabar, tidak lama selepas itu , Ayyash berkemas dan bersiap, lalu dengan ketenangan yang tak terusik, melangkahkan kakinya meninggalkan rumah menuju untuk melaksanakan jugamisi jihadnya.
Waktunya hanya tinggal berapa ketika. Tentara Israel pasti akan melakukan serangan kemari, sesegera mungkin, setelah apa yang dilakukan Aisya. Dia harus segera pergi. Ayyash mempercepat langkahnya. teman-temannya sudah menunggu di dalam jip terbuka yang membawa mereka berempat.
Sepanjang jalan, tak ada kata-kata. semua melarutkan diri dalam zikir dan mengikhlaskan niat. Opearsi hari ini rencananya akan menghancurkan salah satu pusat militer Israel di daerah perbatasan. Memimpin paling depan, langkah Ayyash sedikitpun tak digelayuti keraguan, saat diam-diam mereka menyusup.Allah memberinya bidadari, dan tak lama lagi, ia akan menyusulnya.

Ayyash tersenyum, mengaktifkan alat peledak yang meliliti badannya. Ini, untuk perjuangan..
Dan bumi yang terharu atas perjuangan anak-anaknya, pun meneteskan air mata. Hujan pertama pagi itu, untuk Ayyash dan Aisya..
Dan Ayyash menyusul bidadarinya si Aisya.. 








perkongsian: cinta Allah

KAKI KU LEBIH BERSIH DARI MUKA MU....


Kisah berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju ke Kuala Lumpur.Kebanyakkan dari penumpang pesawat tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah.

Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup.

Pramugari: Pak cik tolong jangan basuh kaki di dalam sinki.Sinki untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu.Bersopan lah sikit pak cik!


Pak cik: Baik puan, maafkan pak cik.Tapi boleh pak cik tanya sikit?
Pramugari: Apa dia?

Pak cik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?

Pramugari: Saya basuh muka tiap tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.

Pak Cik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?

Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.

Pak Cik : Puan, kalau begitu kaki pak cik ni lebih bersih dari muka puan.
Pramugari: Eh! pak cik jangan merepek.

Pak cik: Pak cik tak merepek tetapi ini kenyataan.Pak cik cuci kaki sekurang kurang nya 5 kali sehari sebelum solat.Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari.Jadi di antara kaki pak cik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis.Maka memang layak muka puan yang bernajis tu di basuh guna mangkuk tandas ini aje.


Pramugari: Tak terkata, malu,geram, lalu beredar.
Apa kah iktibar dari kisah ini? Saya serahkan kepada pembaca sendiri untuk menilai.






Wallhu’alam.

22 June 2011

Jika kau mahu berniqab........




Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..



Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!



Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..

Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..

BERNIQABLAH KRN ANDA SUDAH BERSEDIA,BUKAN UTK MENUNJUK-NUNJUK ANDA HEBAT. KERANA ITU BELUM MENUNJUKKAN ANDA SUDAH BERSEDIA, BAHKAN SBNRNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

21 June 2011

:: HarGaiLaH OraNg YaNg KiTa MiLiKi::



Pada suatu hari di sekolah... seorang murid bertanya kepada gurunya,
ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih dan sayang....

Pelajar: Cikgu... bagaimana kita nak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita    
sayang??macam mana juga kasih sayang itu nak BERKEKALAN??

Cikgu: Ok.. kamu ikut apa yang saya suruh...kamu pergi ke padang dan berjalan di atas rumput... sambil memandang rumput di depan kamu.. pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali...dah petik rumput yang paling cantik..kemudian bawa ke kelas...





Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu tertanya-tanya mengapakah tiada sehelai rumput pun di tangannya....

Pelajar: Tadi semasa saya berjalan... saya carilah rumput yang paling cantik... memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata pilih yang PALING CANTIK....maka saya pun terus berjalan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun... tapi sampai di penghujung padang saya tidak jumpa yang paling cantik.. mungkin ada diantara di belakang saya tadi rumput yang cantik.... tapi dah cikgu cakap tidak boleh menoleh ke belakang lagi... jadi tiadalah rumput yang saya petik....


Cikgu: Ya!!! itulah jawapannya.... Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang.. janganlah kita mencari lagi yang lebih baik,lebih indah, dan lebih cantik daripada itu....kita patut hargai orang yang berada di depan kita denagn sebaik-baiknya.....jangan kita menoleh dibelakang lagi kerana yang lalu tetap berlaku... yang lepas tetap menjadi yang lepas.....dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah orang yang paling cantik dan paling baik...... walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik seperti rumput tadi.....





note: sayangi dan hargailah insan yang dekat dengan anda seperti keluarga dan sahabat2... 
        * jika kita ingin dihargai oleh orang lain... kita perlu belajar dan tahu bagaimana menghargai kehadiran orang lain.....

20 June 2011

Aku Bukan Perempuan Itu ( Khusus Untuk Insan BerGelar WaniTa)





Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..
Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.
Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.
Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.
Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.
Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.




Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.
Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.
Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.
Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.
Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.




Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.
Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...
Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..
Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!
Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!




Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.




note: bersama muhasabah dan renung2kan... moga menjadi ingatan kita bersama....
perkongsian: i luv Islam

Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...