24 September 2011

~kEmBaRa SuFi Di BuMi MesIR~




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…salam sayang…salam ingatan juga salam kasih buat semua pengunjung blog SQ kali ini… moga-moga kita senantiasa berada dibawah naungan kasihNYA jua sentiasa mengingatiNYA dalam segenap ruang nafas yang Allah kurniakan untuk kita… Allahuakbar… Maha suci Allah yang Maha pengasih lagi Maha Mengetahui dalam setiap apa yang makhlukNYA perlukan…. Sedar atau tidak.. Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahu… jadi untuk menjadi seorang hamba yang sebenar-benar hamba..antaranya ialah kita perlu bersyukur atas semua dan segala nikmat yang Allah titipkan untuk kita semua….. Alhamdulillah Ya Allah… kerana masih lagi memberi kami ruang untuk bernafas serta terus berbakti dan meneruskan misi dakwah di muka bumi ini…..





Terasa begitu lama tidak mencoretkan sesuatu di ruang blog SQ ini..lantaran sibuk menghadiri Pogram Sambutan Mahasiswa/wi Baru (PSMB) di Rumah Negeri Sembilan Kaherah… untuk pengetahuan rakan-rakan blog SQ… Alhamdulillah… saat ini SQ  sudahpun berada di Bumi Mesir selama 10 hari bersama-sama teman-teman SQ yang lain… perasaan tatkala pertama kali menjejakkan kami di Bumi Mesir ini amat-amat terharu dan bersyukur sangat kerana Allah sudi memberi peluang untuk SQ dan teman-teman lainnya menjejakkan kami di bumi Kinanah ini… kerana sebelum ini banyak kesulitan yang berlaku..penerbangan ditunda entah berapa kali…. Hingga ada sebilangan sahabat SQ seakan-akan tawar hati…namun hati kecil ini tetap berbisik bahawa ada hikmah yang jauh lebih manis yang Allah janjikan buat SQ dan teman-teman seperjuangan…. Saat tibanya masa untuk meninggalkan keluarga tersayang.. rasa sayu dihati kian  terasa..   begitu juga sahabat-sahabat SQ yang lain….  Namun kelihatannya semua teman-teman SQ tenang dan senyum sahaja.. namun dalam hati masing-masing hanya Allah yang tahu….



Langkah terus disusun kemas menuju ke gerbang kapal terbang yang hanya berbaki beberapa saat sahaja lagi untuk berlepas….  Sesekali mata merenung ke sekeliling mencari bayang keluarga yang masih setia memandang  dan menunggu sehinggalah bayang kapal terbang hilang dipandangan… perjalanan ke bumi Anbia’ diteruskan dengan semangat dan tekad dihati masing-masing… satu penhijrahan yang perlu dilakukan saat ini… Moga Allah sentiasa membantu dan menegur setiap kesalahan yang diri ini dan sahabat-sahabt lain lakukan… insyaAllah….



Setibanya di ruang ‘Cairo Airport’ SQ  dan sahabat lainnya di sambut oleh senior-senior… terasa ikatan ukhwah kembali bertaut..terime kasih  semua kerana sudi luangkan masa bersama…apatah lagi sanggup menjemput kami di airport…. Membantu kami mengangkat bagasi@luggage yang sudahpastinya amat2lah berat yang bukan sahaja setakat sampai di rumah negeri..bahkan sehingga sampai diruang kamar masing-masing… Alhamdulillah…moga Allah bantu setiap apa yang kalian lakukan untuk kami dan moga Alllah permudahkan setiap urusan kita bersama… insyaAllah….
Setelah hampir seminggu berada di rumah negeri (Negeri Sembilan Kaherah) @ RSNK merupakan satu tempoh yang cukup bermakna kerana minggu orientasi yang diadakan amat-amatlah membantu diri SQ dan sahabat-sahabat lainnya…. Sepanjang minggu orientasi SQ dan teman-teman dibawa  menziarahi makam2 para ulama’ n tempat2 menarik sekitar Kaherah…






maqam imam Waqi' iaitu guru Imam Syafei







serbe sedikit yang mampu SQ kongsikan..... jumpa lagi dilain waktu ya.... doakan SQ dan teman-teman yang lain.... insyaAllah


Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...