24 January 2012

..::BiCaRa HaTi::..





Alhamdulillah…. Syukran Lillah…. Al-Kholiq masih sudi memberi kita semua peluang untuk mengecapi nikmat hidup dan semestinya nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman… masih lagi berpeluang untuk mengecapi nikmat kesihatan.. nikmat kegembiraan…. Sungguh!!.. Allah itu maha adil terhadap hamba-hambaNYA.. cumanya kita yang masih alpa dan leka.. terkadang hampir terlupa mengucap syukur atas semua nikmat yang Allah titipkan untuk kita... terlalu gembira dengan kesenangan yang melingkari hidup kita saban hari...hinggakan sampai satu masa.. apabila diri diuji Allah dengan ujian yang tidak seberapa.. iman cepat sahaja goyah lantas mulut seraya melatah... saat itu HATI mulalah terlintas “Allah tidak sayangkan kita” (nauzubillah min zalik)..  Tidak!!!! Ujian itu tanda SAYANG ALLAH pada kita semua…. Cumanya kita yang langsung tidak pernah menyedarinya… Cuma kita yang  jarang bahkan sukar sekali bentengkan hati agar sentiasa positif dengan setiap apapun dugaan yang Allah hadiahkan kepada kita…. Allahuakbar…… istimewanyanya kita semua ini… sentiasa diuji dengan pelbagai ujian… ujian yang merupakan latihan dan juga satu pentarbiyahan untuk menjadikan diri kita lebih dekat denganNYA….. insyaAllah…. Moga-moga kita semua baik diri SQ juga teman-teman tergolong dalam kalangan hamba-hambaNYA yang bersyukur….






Terasa sungguh lama tidak  menulis sesuatu diruangan  blog SQ yang tidak seberapa ini.. memandangkan diri ini juga bersama sahabat-sahabat lainnya sibuk berjuang untuk imtihan kali ini… imtihan kali ini merupakan imtihan pertama SQ dan teman-teman seperjuangan di bumi Mesir…. Sangat-sangat memberi satu kelainan pada diri SQ dan teman-teman…. Dalam menghadapi fatrah imtihan kala ini.. sedaya upaya kita lakukan dan berikan yang terbaik.. bertemankan semangat dan kesabaran juga keyakinan dalam diri… kita dapat akhiri hari-hari peperiksaan dengan kesihatan n keadaan tenang dan aman sekali ..Alhamdulillah…….. terimakasih Ya Rahman…




Buat teman-teman SQ.. maafkan diri ini andai dalam saat-saat kita saling memerlukan.. diri ini tidak mampu berikan yang terbaik..  tapi sahabat-sahabat… SQ yakin kita semua mampu dan berjaya menangani masalah “EMOSI” tersebut… harapnya setiap usaha yang kita lakukan bersama diredhai Allah… kepada teman-teman SQ yang banyak sangat membantu diri SQ walaupun dengan sebaris kata-kata semangat mahupun dengan hanya sepatah makna perkataan atau kalimah… sesungguhnya diri ini sangat-sangat menghargai kalian… moga-moga setiap pertolongan kalian itu dipandang Allah… insyaAllah….. doakan kejayaan kita semua… muhasabah imtihan kali ini SQ sangat-sangat terkesan dengan sebuah status seorang ukhti tersayang buat tatapan kita semua… barangkali merupakan teguran atau peringatan untuk diri kita….. statusnya ialah…:


" belajar untuk khusyuk dalam solat, anda akan belajar untuk fokus bila study "
klo boleh fokus, tp xboleh khusyuk, anda sepatutnya malu dgn Allah. 

teruskan usaha untuk khusyuk,kerna kita bukan hamba EXAM tp hamba ALLAH ",



Moga Allah meredhai kita semua….










Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...