Berteman Bersama :)

19 October 2012

Ya..! Saya Juga Turut Merasa..



Ujian,
Bahasanya BISU,
Hadirnya tidak terduga,
Adakalanya ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa,

Ada kalanya untuk mengajak kita bertanya, Apakah diri sudah terlupa.



Ya,

Terlupa siapakah kita disisinya,
Terlupa dari manakah kita datang dan kemana hala tuju hidup kita,
Terlupa yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa,
Apakah kita masih ingin menderhaka padaNYA?

Kita bicara tentang pancaroba,
Kita berkata tentang malapetaka,
Tapi hati masih terleka,
Kita tewas kala gembira, kita tersungkur tika derita.

Namun andai ujian itu membawa kita ke pintu Kesedaran,
Maka ujian itu sebenarnya Manis!

Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia,
Sesungguhnya dunia itu medan ujian,
Akhirat jualah tempat kebahagiaan Abadi.
Allah itu sedang menguji kita.



Hujan turun dengan lebatnya tika ini. Sejuknya angin lembut menyapa pipi. Malam menemani diri. 
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah yang satu ini. 

Fikiran jauh melayang. Namun cepat dihalang pabila mata tertumpu dengan post terbaru dari sahabat 'blogger' tersayang, Cik QalamQudus . 

Bertuah dikurniakan teman seistimewa dia. Saya banyak belajar dari dia.Dia anak solehah, dia sahabat dikala gembira dan gundah,dia wanita tabah. Dia juga manusia biasa, punya alpa dan salah, namun dia sentiasa berupaya untuk berubah, agar berjaya tampil indah.




Tidak dilupa serikandi terindah, Jannah, Athirah dan Ramizah, semuanya berjaya menongkah gundah, sering mengingatkan diri agar sentiasa mujahadah, ohh..diri ini tersangat bertuah, punyai kalian sebagai wasilah, untuk diri ini sentiasa akrab dengan Allah. mudah2an,insyaAllah. :)


Buat Athirah, Leha , Jannah dan Ramizah.. insyaAllah.. kita masih lagi berkesempatan untuk menuntut ilmu bersama cuma kitabnya yang berbeza. Harapnya kita sentiasa untuk terus saling menasihati. Sungguh, diri ini sangat kagum dan beruntung dengan adanya sahabat-sahabat seperti kalian. Semuanya punyai watak yang berbeza, namun fitrahnya kita tetap sama. insyaAllah, bersama kuatkan semangat dan tekad. Moga langkah kita sentiasa dinaungi rahmat.
Terasa rindu untuk menuntut ilmu bersama.



3 comments:

  1. Syueku, anda mengapakah? Sedang bergundah gulanakah dengan ujian? atau ada apa2 perkarakah yg tidak saya ketahui?

    Melihat status2 mu di yahoo dan muka buku membuatkan ku terkedu. Mafkan saya jika ada hak tak tertunai. Sahabatmu ini seperti biasa suka bersendiri. Tapi masih mengikuti perkembngan dirimu.

    Walau apa pun kondisimu, sesungguhnya Syue juga anak solehah, apalah saya di bandingkan dirimu. Insan lemah yg sangat mudah lupa diri.

    Ingatlah, walau jasad terpisah jauh, tetapi raga tetap bertaut. Jom ke kuliyah!

    Eh, apakah?

    Sayang syue:') oh, bisa menangis sih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lehaku lehaku lehaku... rinduuuuu....!! <3
      eh... xde bergundah2 pun syg..saye kan ade kamu2 semua... yang penting kita ada Allah...
      lebih pada muhasabah diri je post sy nie....
      aah laaa.... leha sepiiii je kan... tertanye2 saye..!
      insyaAllah.. ketemu ya 28 hb... :)

      Delete
  2. :'( mahu jua ku menitis air mata. mdhn kalian tetap di bawah rahmatNya walaupun seringkala ujian mencuit kita insan biasa, biasalah cuit sayg driNya. laisa kamislihi syai'.

    ReplyDelete