06 November 2011

~ Erti Raya DipEranTauan~




Salam sayang…salam ingatan buat semua pengunjung blog SQ kali ini..
 Saat ini… tika ini…. Semua umat Islam meraikan hari yang mulia iaitu Hari Raya Eidul Adha… Alhamdulillah SQ juga tidak terkecuali meraikan hari bahgia tersebut… cumanya raya kali ini SQ meraikannya tanpa keluarga disisi… kerana SQ dan teman-teman meraikan Hari Raya Qurban sebagai seorang penuntut ilmu… terasa satu kelainan…

Pabila ditanya tentang perasaan kala ini… SQ lebih senang memberikan senyuman sahaja kepada sesiapa yang bertanya.. kerana rasa hati saat ini bercampur baur… gembira+sedih+sayu.. semuanya menjadi satu…. Tipu laa andai rasa hati saat ini tidak sedih… ye!!  Semestinya setiap teman-teman  SQ juga turut merasakan perasaan persis rasa hati SQ kala ini.. namun rasa itu hilang tatkala usikan dan gurauan permata-permata hati SQ yang sentiasa berada dekat dengan SQ menjadi penghibur hati….. barangkali ingin menepis rasa sayu yang menyapa tangkai hati masing-masing... Alhamdulillah.semua urusan dipermudahkan.. seusainya solat sunat hari raya ,agenda penyembelihan binatang yang dijadikan qurban telah dilakukan oleh semua ikhwah anak-anak negeri Sembilan… moga Allah merahmati dan meredhoi setiap pengorbanan yang dilakukan….
~ buat keluarga yang jauh dimata tapi dekat dihati.. Salam Eid Adha… ayah,mak,along,angah,fikri,adik n abang… rindunya rasa hati ini pada kalian semua…. Moga semuanya baik-baik belaka… doakan saye disini~ 
Salam rindu dan ingatan sentiasa: anakandamu,,



Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...