27 February 2012

~ Suatu KetiKa DahuLu.... ~

Alhamdulillah... masih lagi diberikan peluang untuk terus menikmati nikmat-nikmat yang Allah titipkan untuk kita semua... ayuh... ucapkan rasa syukur kita..mudah-mudahan kehidupan kita lebih diberkati....

Suasana tika ini sangat-sangat menepati rasa hati kala ini.. mendung tapi ceria.... sedang asyik menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan secepat mungkin.... diri ini kembali membuka folder-folder lama yang tersusun kemas dalam simpanan... membaca karya-karya sahabat-sahabat tersayang... membaca tulisan-tulisan insan yang dirindui... biarpun ianya sudah mencapai usia yang agak lama.. namun memori yang tercipta disebalik tulisan-tulisan itu sangat-sangat mekar dalam ingatan.... "puitis jugak ya sahabat-sahabatku ini,bisa tersenyum sendirian tatkala membacanya", suarahati berkata-kata saat kembali menatap karya-karya tersebut... hati berbunga rindu... satu-satu karya tersebut kubaca.... paling indah sekali tulisan faraku tercinta..really love it...

ha.. rasenye karya ni paling banyak kenangan.... khas dari sahabat yang menuntut di Irbid.... cik Faiznur..(izinkan saya kongsi ya) sangat-sangat rindu...

SAJAK KONSERTO TERAKHIR


Konserto Terakhir….,
Cerita tentang harta,
Bicara tentang pangkat,
Menghurai kegigihan,
Berkata tentang hati dan perasaan,
Menterjemah lagu dan irama,
Memperkenalkan siapa itu seniman.

Aku Hilmi….,
Miskin dan hina,
Tiada siapa menduga bakal menggoncang dunia,
Lagu dan irama,
Meluahkan rasa hati ini,
Hidupnya sebagai tukang kebun dan pekerja kiosk minyak,
Akhirnya….,
Seniman agung terkemuka,
Menyulam bebenang cinta terhadap Hayati,
Tapi apakan daya…,
Aku tidak berharta dan berpangkat…,
Malah dibenci Datin Salmah,
Aku teruskan jua hidup ini,
Sebagai anak didik Encik Bakar,
Tidak kuduga…,
Azizah mencintai diri ini,
Seperti cahaya matahari menerobos masuk..,
Rasa hatiku tatkala Encik Bakat mengizinkanku menubuhkan Kugiran Dahlia,
Denial, Azizah, Hilmi ,Tony Lim dan Arasu bergabung tenaga,
Berusaha mempopularkan Kugiran kami,
Hingga gelombang kugiran berkurang,
Kalau jodoh tidak ke mana..,
Aku dan Azizah di ijab kabulkan,
Namun ………..,
Perkahwinan yang terbina,
Atas dasar simpati tidak kekal lama,
Azizah seolah-olah membenci aku,
Aku bingung…,
Aku geram…,
Mengapa baru kini ini terjadi??,
Hakim mula memanggilku “papa jahat”,
Hati aku pedih…,
Langit tidak selalunya cerah,
Orang yang kucinta,
Orang yang kusayang,
Orang yang kupercaya,
Insane yang mengajarku irama dan lagu,
Pergi menghadap Ilahi,
Aku merasakan seperti nyawaku direntap pergi,
Kehadiran Mamat,
Membawa khabar gembira,
Tapi hanya untuk seketika,
Hayati yang kucinta ingin bertemu,
Meluahkan segala rasa cinta,
Melahirkan semua rasa rindu,
 Menzahirkan rasa sayang kepadaku,
Tetapi………….,
Sayangku Hayati,
Kau milik Mohsin,
Kau berangkat pergi malam itu juga,
Meneruskan ppelajaranmu dalam bidang muzik,
Hanya doa kudusku yang mengiringi kepergianmu,
Lahirlah…..,
Detik-detik perpisahan,
Menterjemah segala rasa, perasaan, suasana,
Pada malam itu,
Hanya not dan muzik yamg memahami diri ini,
Pelbagai muzik,
Pelbagai lagu,
Pelbagai nada,
Aku hasilkan…..,
3 tahun berturut-turut,
Orkes aku menjadi pemenang pesta muzik tahunan,
Aku berbangga,
Dijemput bersama menjayakan Orkes Perdana,
Aku bekerja keras,
Tanpa mengenal erti malam atau siang,
Tanpa mengenal erti lapar atau dahaga,
Tanpa mengenal erti tidur atau rehat,
Aku menyusun…,
Aku menggubah…,
Aku mencipta…,
Lagu-laguku….,
Karya-karyaku..,
Menjadi susunan besar dan agung,
Diri ini menjadi kurus,
Demi menghasilkan,
Hilmi Potpuri,
Malangnya….!!!,
Dalam kesibukan….,
Dalam kerinduan…,
Aku terlupa kesihatan diri yang abadi..,
Aku tidak menghiraukan makan dan minum,
Aku jatuh sakit..,
Saat pertunjukkan Orkes Perdana berlangsung,
Saat Hilmi Potpuri didendangkan,
Aku tidak ada bersama,
Aku tidak sedarkan diri,
Nyawaku terancam,
Para doktor….,
Jururawat bertungkus lumus..,
Menyelamatkan nyawa insan hina ini,
Malam itu….,
Sayangku Hayati,
Memimpin orkes,
Dewan Tunku Canselor bergema dengan Hilmi Potpuri,
Tanpa aku sebagai pemimpin,
Rupanya……,
Disebalik apa yang terjadi,
Aku adalah anak Datuk Johari,
Aku abang kandung Hayati,
Hakikatnya….,
Aku tidak tahu akan reality ini…,
Kerana….,
Aku  telahpun menyahut seruan Ilahi.. (rindu izzzz)



Sangat-sangat meninggalkan kenangan manis....  

Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...