Alhamdulillah, syukur pada sang Pencipta alam ,pemilik juga pemegang hati hamba-hambaNYA. Syukur atas segala nikmat yang Allah titipkan buat kita… Allamdulillah, musim imtihan fasa satu selesai sudah, menanti pula kehadiran kuliah untuk fasa yang kedua. Barangkali sudah bermula namun tidak lagi ‘syaghal’ . Alhamdulillah cuti yang diberi digunakan dengan sebaiknya. Mengikuti kelas-kelas tafaqquh yang tertinggal sebentar lantaran fokus yang ingin diberikan untuk minggu-minggu imtihan. Tak lupa juga untuk kelas-kelas talaqqi al-quran bersama para masyaikh. Sesuatu yang paling diri ini juga teman-teman dambakan. Mengisi kekosongan rohani dengan memperbetulkan bacaan al-quran bersama insan-insan yang lebih arif tentang ilmu-ilmu al-Quran. Terkenang kembali kata-kata sahabat SQ yang paling dekat dengan SQ kala ini. Kata-kata itu dipetik dari kalam seorang syeikh yang sangat disayangi para penuntut ilmu dibumi berkah ini. Ukhti tersayang itu berkata-kata pada SQ saat kami sama-sama menuju ke “ma’rad kutub” ataupun pameran buku yang baru sahaja berlangsung. Ketika itu SQ memang tertarik dengan kitab I’rab Quran. Lalu berlakulah pesanan dan tazkirah hati ke hati antara kami.
Kata ukhti tersayang, “ syue sayang… dulu syeikh ade pesan pada saye…(SQ excited sangat nak tau ape pesanan syeikh tu). Ape yang syeikh pesan pade awak? Boleh saye tahu? Ukhti tersayang itu membalas, “ mungkin pesanan syeikh ini suatu yang biasa kita dengar…tapi pada saat saya dengar pesanan syeikh tu… saye terase tersentuh sangat2.. jadi saye nak kongsikan dengan syue.. hehe.. ( aii… cepat laaa gtau saye) “oke sahabat tersayangku.. ape yang syeikh pesan itu”??( soalan kali kedua ditanyakan…..
Ada senyuman terukir pada bibir dan raut wajah tenang sahabat SQ itu. Kemudian dia kembali bersuara. “ Syue, syeikh pesan pada semua.. sebagai seorang wanita kita kena dan wajib melazimi lidah kita dengan ayat-ayat cinta Allah.. sebab apa?? Sebabnya akan datang kita semua akan bergelar seorang isteri dan ibu… jadi tugas mendidik anak-anak itu semestinya pada ibu terlebih dahulu… jadi semestinya kita mahu anak-anak kita terdidik dengan al Quran bukan??? Jadi jika Al-quran kita biasa-biasa cuma , sudah pasti anak-anak kita juga akan biasa-biasa sahaja.. Allahuakbar… tersentuhnya hatiku saat mendengar kalam syeikh tersebut.. jadi saya terasa untuk kongsikan ngan syue untuk peringatan kita bersama… kerana apa… terkadang saya juga terlupa.. jadi bila saya kongsikan dengan syue… secara tidak langsung ia akan memperingatkan juga diri saya… terkadang mulut kita enak sahaja membaca membaca dan melagukan kalimah-kalimah suci itu.. sehingga kita terlupa untuk bawak hati kita bersama-sama melagukan dan mentadabbur ayat-ayat suci itu… kan syue”?? dia tersenyum diakhir katanya.
Saat itu terasa ingin sahaja memeluk erat sahabat tersayang SQ itu. Dalam hati berkata alangkah baiknya jika semua sekali mendengar pesanan hati ke hati itu…. Ya!!! Pesanan juga peringatan yang sudah biasa didengari.. malah sejak zaman dibangku sekolah lagi pesanan seperti itu bermain-main di pendengaran kita… tapi rasanya sungguh berbeza…. Menusuk dalam hati… sangat dalam… mungkin pesanan itu disampaikan melalui hati ikhlas sang sahabat…. Tambahan pula pesanan itu disampaikan dalam suasana dan emosi yang tenang… Alhamdulillah… muhasabah sebentar SQ dan sahabat SQ ketika itu…. Mudah-mudahan Al-Quran sentiasa subur dalam kehidupan seharian kita…