14 July 2012

..::Bicara Hati ::..







Kasih Allah itu sentiasa buat hamba-hambaNYA yang sentiasa mengingatiNYA..
Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin antara kita mendapat redha Ilahi.... insyaAllah....

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog SQ hari ni....moga-moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan menjadi hamba-hambaNya yang bersyukur....insyaAllah.... :) :)

Alhamdulillah... tepat jam 2:10 pm bertarikh 13 Julai 2012 kapal terbang telah pun mendarat dengan selamat di bumi Malaysia bersama-sama dengan enam orang teman-teman lain. bertemu keluarga tersayang adalah saat dan ketikanya yang dinantikan setibanya kami di Malaysia. Hidup sebagai seorang penuntut ilmu di perantauan sangat-sangat meninggalkan 1001 rasa yang pastinya rasa itu manis sentiasa. Alhamdulillah kepulangan kami di Malaysia selama 3 bulan ini pastinya menambahkan rasa rindu akan Halaqah Ilmu di bumi Mesir itu. Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang masih di Mesir sentiasa dipermudahkan urusan.




Sebelum berangkat ke lapangan terbang Cairo, SQ dan ukhti Nur Aziemah (kak mah**) memilih untuk menziarahi Syeikh Rohimmuddin Al-Nawawi Al- Bantani di kediamannya memandangkan kami tidak dapat bersama beliau dalam pengajian yang diadakan di rumah beliau sepanjang cuti ini. Memilih untuk memberitahu akan kepulangan kami ke Malaysia dan meminta nasihat dari syeikh sebagai kata-kata semangat penuh hikmah. Syeikh hanya tersenyum penuh manis sebelum memulakan kata-katanya sambil memandang kami yang duduk bersama-sama zaujahnya Ustazah Afraa yang setia menemani. Terasa segan saat itu. Kata-kata yang lahir dari hati pastinya akan singgah di hati jua. Syeikh memulakan nasihatnya dengan mengingatkan semula apakah tujuan utama kita sebagai penuntut ilmu. Pesan syeikh," sebagai penuntut ilmu di bumi Mesir ini kita telah diberikan satu "kunci" yang mana kunci tersebut kita yang perlu gerakkannya untuk kita membuka dan mengorak langkah demi ummah. Jangan hinakan ilmu yang kalian ada dengan peperiksaan dan pekerjaan.Sesampainya di Malaysia nanti kita jangan hirau akan semua pandangan negatif orang lain terhadap kita kerna kita perlu yakin atas janji-janji yang Allah tetapkan untuk hamba-hambaNya yang ikhlas menuntut ilmu lagi-lagi 'ibn sabil' seperti kalian dan teman-teman lainnya. Seterusnya ke mana sahaja kalian pergi wajiblah kalian merasai Allah itu sentiasa ada bersama kalian. Juga perlu ingatkan diri kita bahawa setiap apa yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.. banyak lagi pesanan yang syeikh titipkan buat kami. Saat 15 minit bersama itu sangat terindah. insyaAllah sentiasa diingat dan dijadikan bekalan semangat sepanjang bercuti dan hari-hari seterusnya".




Sebelum berangkat pulang ke Malaysia SQ dan teman-teman lain meluangkan masa bersama sahabat kami, Athirah yang tersayang memandangkan beliau tidak turut sama untuk pulang ke Malaysia. Meskipun Leha telah pulang dahulu,kami tetap merasai kehadian Lehaa seperti selalunya.

Harapnya kenangan yang tercipta ini mampu mengubat rindu-rindu kita semua. Jika dahulunya kedatangan Ramadhan dinanti dan diraikan bersama,namun kali ini tidak.. Athirah jauh di perantauan dan semestinya merupakan pengalaman baru buat Athirah... Nanti Athirah kongsikan bersama kami semuanya ya.. <3 <3








Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...