Berteman Bersama :)

26 January 2013

Berubah Itu Payah


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah~


kalau syaitan tak pernah berputus asa untuk masukkan kita ke dalam neraka, kenapa kita nak berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan syurgaNya? 

Perkongsian  daripada seorang sahabat maya. Muhasabah buat kita semua. 

Adakala kita begitu mudah berputus asa sebelum sempat merasa betapa indahnya sebuah mujahadah. Terkadang, kita terlalu mudah melatah sehingga terlupa bahawa kita ini sememangnya hamba yang punyai alpa. Kita juga selalu menyerah tanpa adanya usaha. Kita terlalu mudah menutur kata tanpa berfikir tentangnya. Ya Allah, ampunkanlah setiap kesalahan kami,peganglah hati-hati kami agar sentiasa mengerti hakikat kejadian kami. Aamiin.

2 comments:

  1. semoga dimdahkan segala perjalann hidup dan perubahan yg bakal dilakukan . amin :P

    ReplyDelete