Allahmdulillah….. sampai saat nie.. Syue bersama kawan-kawan seperjuangan baru sahaja selesai menghadiri Bengkel Persediaan Imtihan Qobul di Hotel Kelana Resort…turut bersama kami rakan-rakan yang akan melanjutkan pelajaran secara persendirian… Alhamdulillah… selamat semuanya menghadiri semua slot yang telah ditetapkan…… memilih untuk menetap di hotel tersebut memandangkan jarak rumah Syue yang jauh dari hotel tersebut…. Begitu juga kawan-kawan yang lain……
Bersama-sama ustaz-ustaz yang banyak membantu kami.. memberi pendedahan tentang imtihan tak lame lagi… berkongsi pengalaman…. Memberi semangat dan motivasi… semuanya banyak menyuntik semangat nie…. Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Danial Farhan… Ustaz Roslizan…Ustaz Shuhadak Mahmud….dan Ustad Uzairi Adam.. semoga ada hikmah yang manis yang Allah kurniakan disebalik perjumpaan kita kali ini…. insyaAllah….
Sepanjang program ini berlangsung….. semuanya mengambil peluang untuk menambah lagi maklumat yang sedia ada tentang Imtihan yang bakal menjengah….. risaunye rasa hati kala ini…. Tambahan pula..pabila Ustad Danial memberitahukami ada berita yang kurang “manis” tentang imtihan tersebut…. Berita apa ya????? Semuanya resah….. sementara menunggu rakan-rakan muslimin usai solat Jumaat di masjid yang berhampiran.. Syue dan teman-teman memilih untuk rehat-rehat sebentar sementara menunggu waktu solat….. hmm…. Tiba-tiba seorang sahabat Syue, Afifah namanya memberitahu kami yang Imtihan Qobul nie tak jadi untuk dilaksanakan di Malaysia….. Katanya Hanisah seorang lagi sahabat Syue mengatakan yang pihak JAIS telah memberitahu imtihan tersebut ditunda.. dan akan dilaksanakan di Mesir… terkejut dan terdiam semuanya saat itu….. dalam hati nie.. macam-perasaan ada….. pabila lihat raut wajah rakan-rakan yang lain…semuanya turut menggambarkan rasa hati masing-masing kala itu…
Usai solat Jumaat….. semuanya kembali ke bilik kuliah… memulakan sesi perbincangan bersama ustaz-ustaz yang banyak membantu….. banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki dan di kenal pasti… sebelum menamatkan program tersebut…. Kami juga diberitahu oleh Ustaz Uzairi berita yang sama seperti apa yang Hanisah dapat dari JAIS… benar rupanya berita yang kami terima itu….. Allah….. pada masa yang sama taklimat mengisi boring KPT pula….. banyaknya yang perlu diselesaikan…. Dengan passportnya…. sijil lahir yang belum diterjemahkan dan macam-macam lagi……. 4 Julai sudah mula untuk Program Intensif Timur Tengah (PITT)…. Sempatkah???? Athirah pula mula menitiskan airmata….. terusik pula hati ini bila melihatnya…. Kegusaran dan kerisauan barangkali menyapa tangkai hatinya kala itu….. Ya Allah…. Tenangkanlah hati sahabat kesayangan kami itu…..
Walau apapun…. Diri ini bersyukur kerana masih lagi berpeluang mengecapi nikmat kesihatan….nikmat berukhwah… moga antara kami ini semangatnya sentiasa kuat dan tegar untuk menghadapai apa jua dugaan yang akan KAU perdugakan untuk kami…. Harapnya moga hati-hati kami sentiasa redha dengan apa jua ketentuanMU untuk kami…. insyaAllah….
“Ya Allah…. Dengan Rahmat dan KasihMU…. Permudahkanlah urusan-urusan kami Ya Rahman…”
note: syukran kepada sahabat-sahabat tersayang Zaleha,Ramizah,Athirah,Jannah dan Afifah kerana banyak membantu ketika sesi perbincangan.... Allah yusahhil lana.. insyaAllah.......