28 May 2011

sUaRa HaTi sEoRaNg iNsAn bErNaMa "WANITA"




Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku  seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina Ali Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!



Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..


Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi


Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
” Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

17 May 2011

~~SeKaDaR PeRkOnGSiAN BeRsaMa~~

Hukum kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?





Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah diteliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :


Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.....

15 May 2011

"Selamat Hari Guru" buat insan-insan yang pernah mendidik diri ini dan teman-teman...






 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang amat bertuah tuk insan-insan yang bergelar guru ... jadi sempena hari guru kali ini ingin sekali Syue ucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di Maahad Ahmadi khususnya yang telah bersusah payah mengajar kami sehingga kami berada di tahap ini… segala jasa dan pengorbanan kalian amat Syue dan teman-teman hargai… tanpa kalian siapalah kami…. Moga semua guru-guru dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus mendidik anak-anak bangsa….  terima kasih atas ilmu yang dicurahkan..moga ilmu itu terus diberkati dan berguna pada kami... terima kasih guruku...

::Guru-guru Maahad Ahmadi:::


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kukenang sepanjang zaman.




Guru oh Guru!


Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

                                                           ~Usman Awang~





~ terima kasih cikgu-cikgu ustaz n ustazah....~

antara guru-guru yang banyak berkorban tuk diri ini dan teman-teman....

:: walid Fuad:: heheh

:: cikgu Yunos....::



:: ustazah Norliah Ali::


::ustazah Khairah::
:: guru sukses ..cikgu Mohamad::
::ayahanda Zulkarnain ::
ustaz nahu kami :: ayahanda Idris::
:: ustaz khedr ::
:: ustaz nasir::
:: ustaz Taufik::
:: ustazah Ismariah::
:: cikgu Husna::
::cikgu Zairul::
:: kenangan yang tercipta::
"SELAMAT HARI GURU"

08 May 2011

Buat Insan tersayang,,,, "Selamat Hari Ibu"...

::mak yang Aida sayangi... ::
Syukur alhamdulillah… sehingga sekarang masih lagi berpeluang mengecapi nikmat kehidupan yang Allah titipkan buat hamba-hambaNYA… moga-moga sisa-sisa kehidupan ini masih terus bersama nafas-nafas keimanan dan nikmat Islam yamg tiada tolok bandingannya…. Allah…..Allah…Allah..entah mengapa…diri ini terasa tenang sekali pabila menyebut kalimah agung itu….terasa begitu dekat sekali dengan tarbiyah yang Maha Esa… InsyaAllah….
Rasanya telah lama tangan ini berhenti menaip…kurang lebih ada laa dalam sebulan… lantaran kesibukan yang tidak dapat dielakkan..namun kali ini  seakan terasa dipanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk entri kali ini…. Hmm bagaimana ya mahu mulakan…. ???  banyak rasanya yang ingin diri ini kongsikan…huhu… tapi hati ini kuat mengatakan untuk mencoretkan sesuatu buat insan yang sungguh berharga pada diri ini… bukan hanya pada diri ini bahkan pada diri setiap insan…. insan tersebut sudah tentunya IBU kita….. satu anugerah Allah sungguh tinggi nilainya….


Mak… Selamat Hari Ibu…” semoga mak sentiasa berada di bawah naungan kasih sayangNYA,moga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan moga mak bahagia selalu hendaknya…. Terima kasih mak kerana telah susah payah melahirkan Aida kat dunia nie…terime kasih kerana susah payah menjage dan membesarkankan Aida sampailah Aida jadi seperti sekarang…. Terkenang kembali kenakalan sewaktu kecil-kecil dulu…. Mak tabah sangat layan karenah Aida ngan adik-adik yang lain… langsung tak memahami perasaan mak tika itu…mak sedaya upaya tuk penuhi segala kehendak kami…. Sesungguhnya mak..andailah tika itu Aida memahami keadaan mak saat itu..pasti Aida dan adik-adik yang lain tak wat mak susah hati….tapi itu semuanya ketika kami masih kecil…..  tak memahami apa-apa…  tapi sekarang semua anak-anak mak dah menginjak dewasa….. dan diri ini terasa sungguh beruntung kerana masih mempunyai ibu seperti mak dalam menjalani usia menuju kedewasaan ini…. Alhamdulillah….
 
Mak…. Maafkan diri ini andai selama ini selalu bikin hati mak gusar dan risau tentang diri nie… maklumlah…bak kate mak hanya Aida dan Along jea anak perempuan yang mak ade… sudah tentu hati wanitamu itu risaukan kami lebih-lebih lagi pabila usia kami yang sedang menginjak dewasa…. 
:: with my luvly sister.. ::

Mak…. maafkan diri ini jika selama ini pernah membuat hati mak terasa dan tersinggung dengan percakapan dan tingkahlaku anak-anakmu… mak… dalam menjalani arus kehidupan yang serba moden ini…. Hanya doa yang kami harapkan dari mak agar kami 6 orang pemata mak ni mampu menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa berpegang teguh dengan agamaNYA dan sentiasa istiqamah pada jalanNYA… redhailah kami dalam apa jua yang kami lakukan demi untuk kebaikan….


:: sayang semua....::
Mak….. kami sentiasa menyayangi mak….. sayang sangat-sangat…. Aida dan adik-adik yang lain kagum punyai ibu seperti mak…TERIMA KASIH kerana telah jadi seorang ibu yang terbaik tuk kami selama ini…. kepada yang masih mempunyai ibu…hargailah diri mereka…. (“,)

22 March 2011

** JoM KoNgSi~~

 

Maharku Untukmu

 Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa

Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

19 March 2011

~~SeKaDaR PeRkOnGSiAN BeRsaMa~~




FORHEART

Perlukah

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu


hmm.. suasana saat Syue menaip entri nie hening dan sedih jea.. kenapa ya?? hmm xpe2... entri kali nie  Syue nak berkongsi lirik lagu ni bersama kalian yang mengunjungi blog suaraqalbii.. entah mengapa....terasa lirik ni begitu sesuai dengan keadaan Syue dan sahabat-sahabat yang lainnya... memandangkan kami baru sahaja kehilangan sahabat kami juga saudara seaqidah pada
19 Mac 2011 iaitu Allahyarham Amirudin bin Ishak..
Allah..Allah... belum pun sempat Allahyarham menghabiskan pengajiannya diperingkat Diploma Qiraat di Institut Tahfiz Al-Quran... telahpun dijemput pergi oleh Allah Taala... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan meletakkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa... bersamalah kita sedekahkan sekalung Al-Fatihah kepada Allahyarham agar Allahyarham tenang di alam sana... Al-Fatihah....


p/s : wat sahabat-sahabat rapat Allahyarham Amirudin.. moga kalian tabah menghadapi pemergian sahabat yang kalian sayangi.... ingat lah sahabat...setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal atau kematian...Allah menguji tahap keimanan hambaNYA salah satunya ialah dengan kehilangan orang yang kita sayangi..... jangan lupa doa untuknya ya!!


14 March 2011

~~JALINAN QASEH SELAMANYA~~

::dari kiri:attira,iznur,syue,ains dan farah::
::MINUM PETANG BERSAMA::

Salam ukhwah…salam sejahtera…juga salam bahgia buat pengunjung blog SUARAQALBII yang sangat dihargai…. Terasa sudah lama tidak meng”update” blog nie…. Insyaallah entri kali ini Syue nak kongsi pengalaman semasa melaksanakan dan menjayakan program  Kem Ibadah bersama adik-adik yang berusia antara 7 tahun hingga 13 tahun pada 11-13 Mac yang lalu…… comel-comel semuanya…tuah pun banyak,,,hehehe…program ni diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur…jujur cakap laa…syue mang  tak penah pergi pun n sampai pun kat Masjid Negara nie… kira nie first time pergi laa….rase excited dan teruja sikit..huhuhuhu…
::kawasan luar Masjid Negara::
Perjalanan bermula kira-kira pukul 12 :30 tengah hari dengan menaiki kereta Avanza hijau milik Cikgu Mohamad… yang turut bersama tika itu ialah Syue sendiri, Farah hana, Ain Syafiqah, Faiznur Fatin, Attira dan Azwan Azman… untuk pengetahuan semua Attira dan Azwan nie  merupakan calon SPM cemerlang Maahad Ahmadi 2011,insyaAllah… syukran kerana sudi luangkan masa bersama kami menjayakan program ini biarpun kami tahu bahawa kalian sepatutnya perlu meluangkan masa mentelaah pelajaran dan apa-apa yang berkaitan dengan pelajaran…. Tapi..harapan akak (syue) moga Allah membalas pengorbanan kalian ini…. Dan ingatlah wat Attira dan Azwan sebenarnya banyak faedah yang kamu dapat kan… dapat mengenal potensi diri masing-masing… tahniah wat kalian berdua….. apa yang terkilannya….program kali ini kami jayakan tanpa kehadiran orang kanan Akademi Sukses iaitu saudari Zaleha yang ketika ini diuji Allah dengan kesakitan pada kakinya yang menyebabkan beliau tidak dapat berjalan dengan sempurna…. Sabarlah wahai sahabat..insyaallah ada yang manis telah Allah janjikan untukmu…
Tepat jam 1:30 petang kami tiba di rumah Attira untuk singgah solat dan berehat seketika,,,sementara Cikgu Mohamad dan Azwan ke Masjid untuk  menunaikan kewajipan bagi setiap lelaki muslim iaitu solat Jumaat… Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya…. Selepas itu kami sama-sama meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Negara.. kata Cikgu… kami dah lewat atas sebab-sebab tertentu… dengan jalan yang sesak..tapi Cikgu sabar je memandu..dalam kereta masing-masing hanya melayan perasaan…mungkin ada yang memikirkan bagaimana nak berhadapan ngn adik-adik KL nie… maklumlah,,,budak2 KL… walaupun kecik dari segi umur,,tapi dewase dari segi  pemikirannya,,,, dalam kereta kedengaran mulut Azwan je yang masih petah bercakap…sesekali terdengar Azwan menyanyi kecil…resenye kalo tak silap Syue saat tu yang lain semua dah lelap…tido daa,,penat sangat laa gaknye… syue sendiri pun tertido jugak akhirnya..tinggallah Azwan yang masih setia melayan Cikgu berborak supaya Cikgu tidak mengantuk ketika memandu……
:: Azwan yang setia melayan cikgu berborak:: hehehe
 Alhamdulillah…. Sampai-sampai sahaja terus melangkah masuk ke ruang Masjid Negara tersebut.. indah sangat binaannya… besar dan luas… kebetulan ketika itu sudah asar..kami terus menunaikan solat… kelihatan ketika itu ramai ibu bapa yang sibuk mendaftarkan anak-anak mereka… terdapat jugak kanak-kanak yang lincah berkejar-kejaran di ruang legar masjid…..hehehe… usai solat kami terus ke Dewan Syarahan Utama(Main Speech Hall) di masjid tersebut….. satu ruang yang cukup besar dan luas…sesuai sangat…n selesa… huhuhu.. ketika itu dewan telah pun di penuhi dengan adik-adik dan ibu bapa mereka…  selepas semua ibu dan bapa masing-masing pergi meninggalkan dewan dan anak-anak mereka..program terus dimulakan dengan member taklimat kepada adik-adik… ;-)
::tatkala taklimat disampaikan kepada adik-adik::
Tiba-tiba sahabat  syue menelefon..ada apa ya??? Rupanya dia minta syue ke depan..sampai je kat depan kelihatan  seorang adik perempuan menangis teresak-esak sambil jerit cam nie …” nak ibuuuuuuuuuuuuuu…!!!!!..”              haa cam tu laa  kurang lebih..asyik itu je yang dia ulang-ulang.. penat jugak mahu memujuknya….hehehe…maklumlah..kene berpisah ngan ibu untuk seketika… nama adik tu Nurin…. Banyak btul ragamnya… heheh..saba je laa…macam-macam syue dan kawan-kawan lain janji ngan dia supaya dia lupa seketika pada ibunya…supaya dia dapat focus dalam program ni nnti..haaa…ni la Nurin yang syue maksudkan….
:: ni la adik nurin tu:: huhuhu


Program diteruskan dengan pemilihan penghulu dan penghuluwati….. bising seketika dewan tersebut dengan suara adik-adik,,,hilang kawalan untuk sementara..huhuhu 
::CALON-CALON PENGHULU::
Usai pemilihan, syue n kawan-kawan yang lain aturkan adik-adik untuk membawa mereka ke khemah dan uruskan diorang mandi… berkhemah dalam masjid..hehehe…comelnyee…. mule-mule tu pelik jugak…. Tapi menurut seorang  kakitangan masjid tersebut program-program sebelum ni memang wat kat luar kawasan masjid,akan tetapi atas dasar keselamatan adik-adik..tu yang wat kat dalam masjid..al-maklum laaa… kawasan Kuala Lumpur nie..macam-macam boleh berlaku…tambahan pulak adik-adik yang masih kecil dan chumel-chumel plak tu..takut berlaku penculikan pulak nanti…hehehe…. Setelah selesai semuanya..kami terus ke ruang utama solat untuk solat jemaah bersama-sama.. setelah itu kami terus ke dewan..mengurus adik- adik untuk makan malam pulak,,,adui…. Bukan setakat makan jea…abih sume tumpah…huhu..ngan airnye yang tumpah kat atas karpet… heheh… bak kate kawan syue yang bernama Farah Hana.. “pabila air tumpah kat karpet..maka di situlah terdapatnya  kolam kecil “… geli hati jugak mendengar statement yang dikeluarkan…hehehe…  kaki ni pun ntah berapa kali jadi mangsa karpet yang sudah basah akibat air yang tumpah…aduii aii…. Huhuhuhu… pabila malam pulak,,,syue ngn kawan-kawan terpaksa menjaga adik-adik nie tidur…. Yang Faiznur  ngn farah hana pulak setia menjadi teman untuk adik-adik ni ke tandas,,,hihihihi
::haaa!! adik ni namenye Ammar..sekali pandang cam abg rauf plak..:: huhu

::semangatnya adik nie!!!:: huhuhu
Hmm..antara agenda yang paling menarik ialah ketika sama-sama mengajar adik-adik nie cara-cara untuk menunaikan solat dengan sempurna..bermula dengan teori wudhuk dan praktikalnya serta praktikal solat…sebelum mengajar adik-adik solat..syue dan farah biakan je adik-adik ni wat apa yang diorang tahu…..bijak juga adik-adik nie..tak banyak yang perlu di tegur…syue dan farah just topup skit-skit jea… tahniah laa untuk adik-adik nie… tempat yang kami pilih untuk melaksanakan praktikal solat ni adalah di sekitar kawasan  ruang legar masjid…

::amali wudhuk::
::praktikal solat:: Allahuakbar!!
:: eh!! cam ade yang salah je tu??::hehehehe
time tu kelihatan ramai pelancong  luar yang datang melawat ke Masjid Negara tersebut…ada juga tertarik dengan adik-adik yang sedang melakukan praktikal solat ketika itu… mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian mereka sehingga mereka sanggup merakam video solat adik-adik nie sedari awal solat hinggalah selesai memberi salam… J J… kami pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pelancong  dari Korea, Beijing dan banyak lagi…
::antara pelancong yang bergambar bersama kami::
Petang telah pun melabuhkan tirainya…. Menunggu malam datang pula….. malam nie sahabat Syue si Farah Hana akan membawa slot yang bertajuk 5 CINTA…. Huhuh…syue just tolong mana yang mampu…semua persiapan dilakukan bersama. Alhamdulillah…semuanya berjalan lancar..biar pun adik-adik telah tertido… maklum lah…budak-budak..penat sangat laa agaknya….
Keesokan harinya merupakan hari last kami bersama peserta Kem Ibadah 2011… penutup Kem ini amat menyentuh hati…. Iaitu muhasabah ibu bapa tentang tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada insan anugerah Allah ini iaitu anak-anak… ketika itu terdapat ibu dan bapa mengalirkan air mata..barangkali tersentuh hatinya saat muhasabah tersebut…. Semoga yang terbaik wat mereka dan anak-anak mereka…. Malis penutup plak diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada adik-adik…. Sebelum berangkat pulang kami semua berpeluang untuk berjumpa dengan ibu dan bapa adik-adik nie…sempat kah jugak memberi beberapa pesanan kepada mereka…ceeewahh…!! Heheh…sempat laa beramah mesra….heheh….
::solat jemaah bersama::
:: solat jemaah bersama..ukhwah terpaut::
Kepada adik-adik kami peserta Kem Ibadah siri 1/2011…doa kami agar kalian mendapar sesuatu yang berguna sepanjang program ini untuk kalian praktikkan di rumah…. Ingatlah segala pesanan kakak-kakak dan abang-abang fesi kalian…semoga pertemuan kita yang seketika dan singkat ini mendapat keredhaan Allah Taala… ukwah yang terjalin ini tak kan kami lupakan…. Salam sayang dari kami semua untuk kalian:
1)      Kak Lang Syuhaida
2)      Ude Farah Hana
3)      Anje Ains
4)      Angah Attira
5)      Kak yong Faiznur
6)      Abang Zahid
7)      Abang Acap
8)      Abang  Zul Aimin
9)      Abang Apiez
10)   Abang wan (Azwan)


Rasanya setakat ini sahaja yang mampu dikongsi…. Semoga para pembaca blog SUARAQALBII terhibur…. Jumpa lagi ya semuanya…. Salam mahabbah….





Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul ama...