04 September 2012

~BiNgKiSaN SyaWaL 1433H~


Alhamdulillah…. Allah is The Best Planner… syukur padaNYa… Ramadhan terindah kali ini disambut dan dirai penuh kesyukuran bersama keluarga tercinta di bumi Malaysia.  Pada mulanya, hati semakin kuat bertekad untuk meraikan kedatangan Ramadhan yang dinanti sebagai seorang penuntut ilmu di bumi perantauan, Bumi Anbia’.  Akan tetapi, Allah itu sebaik-baik perancang. Alhamdulillah..kembali ke pangkuan keluarga bagi menghabiskan tempoh bercuti penuh makna juga meraikan kedatangan Syawal yang mulia bersama yang tersayang. Itulah yang dinamakan kita merancang, Allah juga merancang, dan rancangan Allah itu adalah yang terbaik.  Biarpun hati berat untuk untuk meninggalkan bumi bertuah itu namun kutinggalkan semua rasa rindu itu buat satu-satunya sahabat seperjuangan yang tidak turut serta bersama kami  Cik Qatrunnada yang sentiasa bersemangat. Begitu juga dengan kakak-kakak yang  setia menemani sahabat tersayang kami itu. Terubat rindu pada segenap ruang dibumi Mesir itu pabila Athirah seringkali juga mengkongsikan aktiviti, program-program sepanjang Ramadhan dan Syawal sepanjang ketidakberadaan kami di Bumi Mesir itu.



Berpeluang berada di Malaysia dalam tempoh yang tidak lama ini, membuatkan diri ini bersama sahabat seperjuangan iaitu Jannah  mengambil peluang sepanjang kehadiran Syawal  ini untuk bertemu dan bersua  bersama sahabat-sahabat seperjuangan semenjak kami menuntut di sekolah menengah lagi. Alhamdulillah.  Dalam mahabbah rindu kita bertemu.. meskipun tidak berpeluang berjumpa dengan semua..insyaAllah..mudah-mudahan ada lagi pertemuan antara kita. :-)


Saat sahabat tersayang (semuanya sy sayang!! hihi ^^) Ukhti Farah Hana dan keluarganya berkunjung diteratak saya. Farah sayang, sampai jugak awak kat Serting nie.... terima kasih datang...  sekarang fara dah meneruskan rutin harian sebagai penuntut ilmu di Maktab. Syue doakan yang terbaik untuk Farah dan sahabat-sahabat lainnya di sana.



haaaa.... yang ni pula saat kami ziarah sambil beraya dirumah sahabat kami yang lain ..

beraya di rumah Ahlina tersayang.. sempat juga bertemu dengan Cikgu Yunos.. 





saat berkunjung di rumah sahabat kami Zaleha tersayang.... juga sempat menziarahi mama Athirah... Alhamdulillah... nampaknya mama Suhana sangat2 merindui puterinya yang beraya di Mesir... (athirah...awak mesti balik yaaa tahun hadapan....insyaAllah jika panjang umur)






berkunjung ke teratak ukhti mahbubah Nurul Hawa...


pabila bertemu suzana dan atiQah Azhar... macam2 cerita ada... hehe.. thanks kawan sudi jalan2 ngn kami bertiga....  hehe.. nat n suzana awak masih macam dulu.... comelll je.. Atiqah pulak semakin matang...dah berkerjayakan... tahniah..semoga lebih berjaya.... hihi ^^



Alhamdulillah.. berkesempatan berziarah sambil beraya bersama Azliza Azmi, Hidayah, Shahirah Shahime dan Maryam..





Thanks atas layanan n cerita2 yang dikongsi bersama... insyaAllah..ade rezeki kita bertemu dalam pertemuan yang lainnya.. sayang semuanya kerana Allah..moga ikatan ukhwah terpatri indah selamanya... <3 <3 <3


untuk Cik Fruitale Syahira, Cikgu Afiqah Nadz,Ustazah Nabilah Kamarudin, Ustaz Asri Zainal n Ustaz Syahir Hazmi, terimakasih kerana sudi berkunjung n beraya di teratak saye..
Fruitale Syahira: sangt gembira bertemu anda n yang lain... x sempat jalan raye same2 kan..??? hehe...insyaAllah... moga ade rezki n pertemuna lain...

26 August 2012

Pura-pura TABAH, Lama-lama KUAT







Ujian memang nampak berat dan ‘sakit’ untuk diterima pada mulanya. Tetapi ALLAH tahu, kita akan mampu hadapinya sedikit demi sedikit. ALLAH sedang bagi kita ‘ubat kuat’ untuk terus tabah dan kuat dalam hadapi hidup mendatang.


“pura-pura tabah, lama-lama kuat”



Sahabat baik, ada masanya dia juga punya masalah hingga kita rasa tidak sanggup bebankan dia. Tetapi ALLAH tidak. Berjuta dan berbiliion manusia mengadu padaNya, namun Dia tidak pernah jemu.



Sahabat baik, ada masanya dia hanya mampu untuk berkongsi rasa dan bebanan di hati. Tetapi ALLAH hadirkan ketenangan hati ditambah pula dengan solusi.



‘Dia uji, tanda Dia sayang” ♥ ^^

17 August 2012

.:: PeRjUaNgAN iTu ::.





Andai perjuangan ini MUDAH,
pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini SINGKAT,
pasti ramai yang ISTIQAMAH.
Andai perjuangan ini menjanjikan keSENANGan dunia,
pasti ramai terTARIK padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama keMANISan yang tidak terhingga.

Andai rebah,
bangkitlah semula.
Andai terluka,
ingatlah janjiNYA.

Ya ALLAH,
Rahmatilah hidup kami,
Berilah pengakhiran pada hidup kami sebaik-baik pengakhiran.
Janganlah Kau matikan kami dalam kekufuran.
Ampunilah segala dosa-dosa kami,
Ya Rabbul 'Izzati..



~Islah Nafsak, Wad'u Ghairak~

14 August 2012

~ RaSa iTu ~

Alhamdulillah... sudah masuk 25 Ramadhan. Mudah-mudahan ibadah puasa kita diterima Allah. Moga-moga Ramadhan kali ini menjanjikan natijah yang sungguh manis buat kita semua. InsyaAllah... Entri kali nie SQ nak kongsikan sesuatu... :)



Semalam yang ku tinggalkan membawa sejuta kenangan,
Hari yang baru kini memberi seribu kesempatan,

Esok yang mungkin bukan untukku

Memungkin suatu harapan,

Disaat kekalutan begini,

Ku kupas semula kisah duka,
Betapa aku menjadi berani,
Melawan arus di lautan bergelora..


Tika ini, disaat ini,

Di tengah-tengah kegundahan hati,

Aku berjanji kepada diriku sendiri,

Aku terus berjuang dan terus berperang,

Kecekalanku mengharunginya,

Tak akan ku biarkan layu..



PadaMu Ilahi, 
Puji syukur ku panjatkan,

Kerana KAU lah penguat nadiku,

Menjadi punca ketabahanku,

Yang mengeluarkan semangat disetiap langkahku,

Seumpama ubat yang meresap setiap rongga tubuhku,

KAU kurniakanlah ketenangan ketika aku memerlukanMu..


ALHAMDULILLAH...

Setiap dugaan yang mendatang,

Setiap cubaan yang KAU kurniakan,

Adalah bekal kematangan akal dan fikiranku,

Anugerahilah aku dengan kekuatan IMAN dan taqwaku padaMu,

Segala berkemungkinan di atas redhaMU jua ya ALLAH,

Untuk kesekian kalinya,
InsyaAllah.. KITA  AKAN TERUS TABAH..



Datangnya ujian hati itu pada waktu yang bukan waktunya itulah yang dinamakan ujian maka kuatkanlah hati, tingkatkan mujahadah, mengadulah padaNya dan bertahanlah dengan ujian ini. Sampai waktunya maka jemputlah ujian itu lagi tapi pada ketika itu, pada saat itu, bukan dihadapi sebagai ujian tetapi sebagai sebuah wasilah untuk mendapatkan keredhaan dari ALLAH. Hidup tanpa ujian, sungguh pasti tera
sa bosan. Bayangkan, kita hanya menjalani hari tanpa ada apa-apa halangan. Takkan dapat menempa pengalaman bukan? Hanya bernafas dalam diam tanpa urat nadi berjalan dalam pengembaraan. Percayalah sahabatku sayang, ujian itu ibarat perencah rasa yang menyedapkan sesuatu masakan.. :')



Selagi mampu berlari, berlarilah. Jika tak mampu berlari, cukuplah sekadar berjalan. Jika hanya itu yang mampu dilakukan. Yang penting belajarlah untuk menghargai setiap nikmat yang ALLAH berikan dalam setiap fasa kehidupan. Belajarlah untuk mentafsir dengan akal yang ALLAH kurniakan disebalik kejadian.. ^__^


p/s : letakkan sepenuh kebergantungan hidup kita hanya kepada ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang TERBAIK buat kita sebagai hambanya..


~Bicara Rindu ini kutujukan istimewa buat permata hati yang banyak berkongsi rasa selama ini~


  • Ukhti QatrunNada
  • Ukhti Leum
  • Ukhti Teira Syrll
  • Ukhti Izzah Ct
  • Ukhti Akuto Miname
  • Ukhti Nur Dhuha
  • ukhti nur_albahr
  • Ukhti Nira
  • Ukhti FayFyza
  • ukhti asifucanseeme
  • semua yang bergelar sahabat jauh dan dekat...


30 July 2012

KUCARI BAHAGIA ABADI….


KUCARI BAHAGIA ABADI….




Di mana? Di Sisi Tuhan…..


Firman Allah, Maksudnya:



“Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai Segala-galanya, lagi Tang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya.” (Surah al-Qamar 54 : 55) 



BAGAIMANA?



Dengan mengutamakan akhirat…..



Firman Allah, Maksud:

“Mereka itulah orang yang membeli (keutamaan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.”

 (Surah al-Baqarah 2 : 86)



Dengan Sabar dan Takwa



Friman Allah, Maksudnya:

“Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang yang bertaqwa.” (Surah Hud 11 : 49)



UNTUK SIAPA?



Yang beriman dan beramal soleh….



Firman Allah, Maksudnya:

“Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembal yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ra’d 12:29)



Yang beroleh hidayah…



Friman Allah, Maksudnya:

“Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya Berjaya mencapai kebahagiaan.” (Surah al-Isra’ 17: 97) 




*Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 6*

14 July 2012

..::Bicara Hati ::..







Kasih Allah itu sentiasa buat hamba-hambaNYA yang sentiasa mengingatiNYA..
Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin antara kita mendapat redha Ilahi.... insyaAllah....

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog SQ hari ni....moga-moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan menjadi hamba-hambaNya yang bersyukur....insyaAllah.... :) :)

Alhamdulillah... tepat jam 2:10 pm bertarikh 13 Julai 2012 kapal terbang telah pun mendarat dengan selamat di bumi Malaysia bersama-sama dengan enam orang teman-teman lain. bertemu keluarga tersayang adalah saat dan ketikanya yang dinantikan setibanya kami di Malaysia. Hidup sebagai seorang penuntut ilmu di perantauan sangat-sangat meninggalkan 1001 rasa yang pastinya rasa itu manis sentiasa. Alhamdulillah kepulangan kami di Malaysia selama 3 bulan ini pastinya menambahkan rasa rindu akan Halaqah Ilmu di bumi Mesir itu. Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang masih di Mesir sentiasa dipermudahkan urusan.




Sebelum berangkat ke lapangan terbang Cairo, SQ dan ukhti Nur Aziemah (kak mah**) memilih untuk menziarahi Syeikh Rohimmuddin Al-Nawawi Al- Bantani di kediamannya memandangkan kami tidak dapat bersama beliau dalam pengajian yang diadakan di rumah beliau sepanjang cuti ini. Memilih untuk memberitahu akan kepulangan kami ke Malaysia dan meminta nasihat dari syeikh sebagai kata-kata semangat penuh hikmah. Syeikh hanya tersenyum penuh manis sebelum memulakan kata-katanya sambil memandang kami yang duduk bersama-sama zaujahnya Ustazah Afraa yang setia menemani. Terasa segan saat itu. Kata-kata yang lahir dari hati pastinya akan singgah di hati jua. Syeikh memulakan nasihatnya dengan mengingatkan semula apakah tujuan utama kita sebagai penuntut ilmu. Pesan syeikh," sebagai penuntut ilmu di bumi Mesir ini kita telah diberikan satu "kunci" yang mana kunci tersebut kita yang perlu gerakkannya untuk kita membuka dan mengorak langkah demi ummah. Jangan hinakan ilmu yang kalian ada dengan peperiksaan dan pekerjaan.Sesampainya di Malaysia nanti kita jangan hirau akan semua pandangan negatif orang lain terhadap kita kerna kita perlu yakin atas janji-janji yang Allah tetapkan untuk hamba-hambaNya yang ikhlas menuntut ilmu lagi-lagi 'ibn sabil' seperti kalian dan teman-teman lainnya. Seterusnya ke mana sahaja kalian pergi wajiblah kalian merasai Allah itu sentiasa ada bersama kalian. Juga perlu ingatkan diri kita bahawa setiap apa yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.. banyak lagi pesanan yang syeikh titipkan buat kami. Saat 15 minit bersama itu sangat terindah. insyaAllah sentiasa diingat dan dijadikan bekalan semangat sepanjang bercuti dan hari-hari seterusnya".




Sebelum berangkat pulang ke Malaysia SQ dan teman-teman lain meluangkan masa bersama sahabat kami, Athirah yang tersayang memandangkan beliau tidak turut sama untuk pulang ke Malaysia. Meskipun Leha telah pulang dahulu,kami tetap merasai kehadian Lehaa seperti selalunya.

Harapnya kenangan yang tercipta ini mampu mengubat rindu-rindu kita semua. Jika dahulunya kedatangan Ramadhan dinanti dan diraikan bersama,namun kali ini tidak.. Athirah jauh di perantauan dan semestinya merupakan pengalaman baru buat Athirah... Nanti Athirah kongsikan bersama kami semuanya ya.. <3 <3








02 July 2012

~KeNaNgAn KiTa BeRsAMa~

\
Alhamdulillah…. masih terasa nikmat-nikmat penuh kasih dan sayang yang Allah titipkan buat kita…. Lantaran itu kita semestinya melahirkan rasa syukur itu sebagai tanda terima kasih kita untuk Allah… terkadang.. hati kecil ini berbicara betapa Allah Maha  Penyayang terhadap hamba-hambaNYA meskipun terdapat sebilangan kecil di antara kita yang masih lagi alpa dan lalai dengan kemewahan dan keindahan dunia yang hanya pinjaman dan bersifat sementara  cuma. Mudahan-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNYA yang bersyukur. InsyaAllah..

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di ruangan kecil ini. Saat jari jemari ini menyusun tari penuh teliti menaip huruf-huruf yang bakal membentuk sebuah cerita
  refleksi kehidupan sebagai seorang  Hamba Allah sambil minda berusaha mengimbas detik-detik manis yang dilalui  sepanjang bergelar penuntut  ilmu di Bumi Kinanah ini. Sungguh!! Bumi Kinanah ini amat istimewa  sekali.  Banyak sungguh yang diri ini serta teman-teman lain pelajari di sini. Tanpa disedari sudah hampir sembilan bulan kami di sini.  Banyak cerita,banyak kisah yang dilalui bersama.

Saat ini, sahabat tersayang Zaleha telah hampir dua minggu meluangkan masa bersama keluarga tersayang di Malaysia... terasa rindu yang sering menyapa tangkai hati..mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kami yang akan pulang ke Malaysia juga...

Buat Athirah sayang... pastinya syue,leha,jannah n mizah akan merindui semangat juang athirah...insyaAllah..moga detik dan masa yang masih kita luangkan bersama meninggalkan kenangan indah... pastinya turut merindu kelas2 syeikh yang kita talaqqi bersama.. nnti athirah kongsikan semuanya yaaa... hehe... cemburu juga ..!! 



*kenangan saat majlis wida' athirah sebelum berangkat ke tanah suci sebagai tetamu Allah untuk menunaikan ibadah umrah . Alhamdulillah.. selamat sudah.... doakan syue n sahabat2 lain pulaaa...  

* terharu dengar ucapan athirah saat nie.. touching seketika...




* 1 April 2012....
*sanah helwa wat ramizah... hehe... tq kat athirah sebb arrangekan kek ni... comel...
*ramizah sayang..kami sentiase ingat besday awak.. saje lambat2 kan wish tu... :) 
*xmo majuk2 lagi ea..



* 8 April 2012...
Sanah Helwa untuk Zaleha..... 
*ermm.. tiramisu speacial dari athirah n mizah xde laaa pic nye... soryy leha...
* tguu syue n teman2 lain tau..kita jumpa di Malaysia,,,,




* 6 Mei 2012
* Tq teman2 yang meraikan.... :) sangat2 menghargai kalian....
*moga Allah merahmati kalian...leha,jannah,athirah n mizah..... 
*Ahli beit pun skali..... lakonan yang sangat mencemaskan sy.... lepas ni kene berhati2 supaye tdk terpedaye lagi.. hihi ^^


Sanah helwa of da year... hehe.. sanah helwa Athirah kami tersayang.,,,,








* 26 Jun 2012
* Snah Helwa Atirah...
* Maaflah atas segala kekurangan haflah sanah helwa athirah... tapi moga itu yang terbaik n meninggalkan kenangn sebelum kami pulang ke mesia.... 3 bulan selepas tu insyaAllah kita bersua kembali..pastinya merinduimu...
* tetap jua merasai kehadiran leha.... hehe... nnti de rezki kite kumpul bersama semula....

next besday: Jannah Atirah... hehhe.. tggu suprise dari kami2 ea...


" Teman...
Andai Hassan Al-Banna kisah PERJUANGAN,
Andai Umar Abdul Aziz Kisah PERJUANGAN,
Andai Bilal kisah PENGHAMBAAN,
Maka,,,,
KAU & AKU adalah kidah PERSAHABATAN... "


 " Sahabat,,,saat kita bertemu....
terbias sesuatu dihatiku....
Lintasan hati berbicara adakah ukhwah antara kita tersemat dalam kalbu....
Jiwaku berlagu rindu....bertemuka kita untuk kali kedua...
Hatiku diam membisu.. 
Tak terdaya melafaz kata rindu.... 
Hanya Tuhan yang tahu...
Ku selalu berdoa agar Tuhan memanjangkan lagi rabitah hati yang terjalin ...



Jom Ubah

SHARE&#127799; *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul ama...