10 June 2011

Kenapa Jiwa Aku Kosong???????


Kadang-kadang laluan kehidupan ini tidak seperti yang kita harapkan. Ada masa masanya kita terpaksa mendaki puncak yang tinggi dan sukar. Bahkan jiwa kita kadang-kadang kuat dan kadang lemah menjadikan perjalanan jiwa kita lebih memeritkan.

Tidak ada jalan lain sela...in menyandarkan jiwa dan kehidupan kita kepada Pemilik Alam yang menggerakkan awan, menumbuhkan pepohonan dan menjadikan alam sekeliannya. Walaupun jalannya sukar dan panjang tetapi ini sahaja pilihan kita.

Masalah, kegelisahan, keresahan dan sebagainya adalah sebahagian dari kehidupan. Sikap yang terbaik ialah belajar menerimanya. Kekuatan untuk menerimanya ialah dengan bersandar kepada kebesaran dan keagungan Allah SWT beserta sifat rahmat dan penyayangNya..

Mengikut cerita salafi yang terdahulu, seorang soleh yang merasakan jiwanya kekosongan dan begitu jauh dari Allah. Ketika berjalan dikedinginan malam, ia bertemu seorang kanak-kanak yang menangis diluar pintu rumah sambil merayu agar ibunya membuka pintu untuk dia masuk. Ketukan demi ketukan menyebabkan si ibu lalu keluar dengan linangan air mata. "Ibu bukan benci tetapi ibu ingin anak ibu perbaiki diri dan jadi soleh" begitulah agaknya bisikan si ibu pada anaknya.

Insan itu yang melihat tadi belajar sesuatu; ia akan terus mengetuk pintu hidayah dengan tangisan dan air mata keinsafan sehinggalah Allah membukakan pintu rahmatnya. Bukankah kasih Allah pada hambanya mengatasi segala.

Sekarang cuba kita lihat jauh ke dalam diri kita tidakkah kita lihat satu lembah yang kotor dan menjijikkan. Tidakkah kita melihat satu lembaga yang kurus kering tidak bermaya kerana tidak diberi makan, tubuhnya kotor kerana sering kita lupa untuk bersihkannya, tubuhnya sakit-sakit kerana tidak dirawat????

Bukankah di lembah itulah tempat tumbuhnya ketenangan dan kebahagiaan, bukankah lembaga yang setengah mati itulah yang sepatutnya mengajar kita erti pasrah dan kesabaran, erti sujud dan syukur. Bukankah lembaga yang serba lemah tidak bermaya itu yang seharusnya mengajar kita erti kemuliaan dan ketinggian jiwa serta mengajar kita erti lapang dada dan kecukupan.

Sekarang cuba kita tanyakan lagi pada diri kita:

Kenapa kita tidak bahagia?????
Kenapa jiwa kita sempit dan menderita????
Kenapa kita kecewa dan putus harapan????
Kenapa jiwa kita kosong dan hampa???????

Tentunya sekarang kita sudah tahu jawapannya tetapi mengetahui jawapannya sahaja tidak akan menyelesaikan masalah dan membahagiakan jiwa kita. Kita perlu menyemai kembali benih keimanan, kita perlu suburkannya dengan cinta dan pengorbanan, kita perlu siramkannya dengan ilmu dan fikrah yang benar, kita perlu cabut rumput-rumput keraguan bersama tunas-tunas dosa yang menjalar dan berduri. Kita perlu teduhkannya dengan murobbi, bajainya dengan pesanan dan pengalaman dan kita perlu terus menjaganya tanpa lalai dan jemu sebagaimana kita tidak pernah jemu dengan akhbar yang kita baca saban hari, sebagaimana pakaian kita yang sentiasa kita sterika setiap pagi. Kita perlu terus menelitinya sebagaimana kita meneliti wajah kita dicermin yang entah berapa kali setiap hari.
Wallahua'lam... 



nota: muhasabah diri....

Jom Ubah

SHARE🌷 *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The P...