27 February 2013

" Sepantai Kasih Selaut Mahabbah "

Alhamdulillah.. Ucapan syukur buat semua nikmat yang Allah kurniakan buat kita semua. Moga-moganya ucapan syukur itu sentiasa melazimi lidah serta hati-hati kita. InsyaAllah. Terasa begitu lama tidak mencoretkan sesuatu pada 'tingkap kecil' SQ ini. Sekadar perkongsian buat teman-teman dan juga keluarga yang berada jauh di mata tapi sangat dekat di hati, malam ini SQ mula mencoretkan sebuah kenangan yang pastinya manis untuk dikenang sampai bilapun. 





Alhamdulillah sepanjang 22-25 Februari 2013 ini telah banyak merakamkan suka-duka dan penat lelah anak-anak Negeri Sembilan Kaherah dalam menjayakan Hari Keluarga Negeri Sembilan 2013 (HKNS 13). HKNS 13 ini telah meninggalkan cerita dan kisahnya yang tersendiri di hati setiap kami yang merasai dan menyertainya. Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah jualah adalah sebaik Perancang. Tahniah buat Delegasi HKNS 13. Jasa kalian akan di kenang. Dan moga Allah 'membayar' semua kepenatan dan masa yang digunakan dengan sesuatu yang baik dalam hidup kalian dan kita semua.  


Terbahagi kepada empat kumpulan yang di beri nama berdasarkan suku-suku yang terdapat di Negeri Sembilan. hehe.. unikkan..  Antara suku yang menjadi pilihan ialah Batu Hampar ( Tompar ), Seri Melenggang ( Somolenggang ), Seri Lemak ( Solomak ) dan Paya Kumbuh 
( Payo Kumboh ) . 

Kumpulan Payo Kumboh

Kumpulan Solomak

Kumpulan Tompar

Kumpulan Somolenggang
Kesemua kumpulan ini dinaungi oleh beberapa orang  ahli yang sentiasa semangat dalam memperjuangkan kumpulan masing-masing untuk merebut tempat pertama. Indahnya ukhwah yang terbina. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama. Bermula dengan acara sukaneka yang semestinya sangat-sangat meriah. Maklumlah..bukan senang kesemua ' akhowat' nak turun padang untuk aktiviti sebegini, hehe. SQ dan teman-teman lain tidak melepaskan peluang indah ini untuk turut merasa dan berkongsi indahnya pengalaman dan ukhwah itu. Gembira melihat teman-teman lain yang sentiasa semangat. "Who Want's To Be A Daie" merupakan slot keramat kot bagi setiap wakil-wakil kumpulan. hehe.. Alhamdulillah... Solomak monang..yeay..!   

Aktiviti diteruskan dengan ' Mind Challenges ' yang sangat menguji minda. hehe...redha dan pasrah dengan markah juri-juri yang arif lagi bijaksana.. Seterusnya berkongsi ilmu dan menjadi pendengar setia dalam slot ala-ala "Liga Ilmu" ( Medium Dakwah Pasca Modenisasi). Terima Kasih dan tahniah buat panel-panel yang sudi berkongsi pengetahuan kepada kami.

hehe.. selepas itu tibalah waktu yang dinantikan kesemua serikandi HKNS 13 ". "Musang Berjanggut, Gubahan Pengantin, dan ' Bride To Be ".. Alahai... kreatifnya kesemua mereka ini... baik Tompar, Somolenggang, Solomak dan Payo Kumbuh, masing-masing tak menang  tangan memberikan yang terbaik untuk kumpulan mereka. Tahniah buat semua... Kalian memang terbaik. Tahniah juga buat pengantin to be Tompar, Somolenggang, Solomak dan Payo Kumboh. Pada SQ semuanya menang dalam aktiviti ni. namo pun pengantin muslimah... sure lah lawa.. hee...



Hidangan Raja Sehari
( kantoi pulak Tompar yang punye! )


Hidangan Raja Sehari
( Somolengang, Solomak n Payo Kumboh mungkin?.. heee)



Hidangan Raja Sehari
(
 Somolengang, Solomak n Payo Kumboh mungkin?.. heee)



Hidangan Raja Sehari
(
 Somolengang, Solomak n Payo Kumboh mungkin?.. heee)


HANTARAN BRIDE TO BE


Begitulah serba serbi dan beberapa aktiviti yang dilakukan bersama sepanjang HKNS 13 .. semoga ianya menjadi kenangan indah buat kita semua. Kita adalah satu keluarga. Semoga kita sentiasa saling menjaga. Sayang kalian kerana Allah dan seadanya. 

26 January 2013

Berubah Itu Payah


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah~


kalau syaitan tak pernah berputus asa untuk masukkan kita ke dalam neraka, kenapa kita nak berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan syurgaNya? 

Perkongsian  daripada seorang sahabat maya. Muhasabah buat kita semua. 

Adakala kita begitu mudah berputus asa sebelum sempat merasa betapa indahnya sebuah mujahadah. Terkadang, kita terlalu mudah melatah sehingga terlupa bahawa kita ini sememangnya hamba yang punyai alpa. Kita juga selalu menyerah tanpa adanya usaha. Kita terlalu mudah menutur kata tanpa berfikir tentangnya. Ya Allah, ampunkanlah setiap kesalahan kami,peganglah hati-hati kami agar sentiasa mengerti hakikat kejadian kami. Aamiin.

18 January 2013

Bersua Kembali :-)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah....Alhamdulillah... Jom teman-teman kita bersyukur sentiasa kepada Allah yang telah banyak memudahkan setiap urusan kehidupan kita. Semoga dengan rasa syukur yang  sentiasa kita semaikan sentiasa menjadikan kita seorang hamba yang sentiasa dekat dengan Penciptanya. InsyaAllah.


Sudah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu dalam ruangan blog yang sudah hampir dua tahun usianya ini. Lantaran kekangan masa yang sentiasa menuntut SQ dan teman-teman penuntut ilmu di sini menunaikan hak-hak yang mesti dilaksanakan terlebih dahulu. Tapi, dalam kesibukan itu, SQ tidak melepaskan peluang untuk singgah menimba ilmu dan perkongsian dari sahabat-sahabat blogger SQ yang lain. Alhamdulillah.. semuanya terisi dengan pelbagai ilmu. Terima kasih buat yang sudi berkongsi. Cumanya, SQ semakin rindu untuk membaca tulisan-tulisan Cik Qalam Qudus, Cik Tinta Samudera dan yang lain-lain. Orang kata, tatkala kita menulis kita boleh melepaskan tension... ehhh.. yekeeee??? Makanya sebab itu.. SQ sangat cintakan penulisan..ngeh2... merepeknya bila sudah selesai exam ni..haih...! =,=

~ Terimakasih teman atas sokongan dan semangat. Sayang selalu <3 ~

Oh yaa...! sebenarnya.. SQ dan teman-teman serta semuanya di sini baru sahaja menghadapi fatrah imtihan yang banyak menguji rasa. Orang kata, fatrah imtihan ini adalah fatrah orang-orang ataupun sang penuntut ilmu ini sering berhibernasi (alamak, bahasa sains plak dah kuar) kami di sini cam tu jugak keee?? hehe... mungkin pada sebilangan daripada kami. Barangkali ingin mencari mood dan semangat dalam murajaah kitab-kitab yang sentiasa menuntut kami untuk memahami dan menjiwai bahasa yang terkandung di dalamnya. Moganya Allah sentiasa memudahkan segala. Buat teman-teman SQ tercinta,ahli beit tersayang,akhawat seperjuangan maafkan diri ini andai dalam kesibukan mentelaah kitab-kitab pelajaran ada perasaan yang terabai, ada tanggungjawab yang tidak terlunas, ada hak-hak yang tidak tertunai. Moga kita beroleh najah bersama..aamiin. Seusai sahaja imtihan, masing-masing dah sibuk pula untuk me'renew'kan visa.. hehe... maklumlah..nak pergi jaulah sane,jaulah sini..moga Allah permudahkan jua urusan yang satu ini. :)

~ Adik-beradik Lughah~
Doakan kami.. :)



19 October 2012

Ya..! Saya Juga Turut Merasa..



Ujian,
Bahasanya BISU,
Hadirnya tidak terduga,
Adakalanya ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa,

Ada kalanya untuk mengajak kita bertanya, Apakah diri sudah terlupa.



Ya,

Terlupa siapakah kita disisinya,
Terlupa dari manakah kita datang dan kemana hala tuju hidup kita,
Terlupa yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa,
Apakah kita masih ingin menderhaka padaNYA?

Kita bicara tentang pancaroba,
Kita berkata tentang malapetaka,
Tapi hati masih terleka,
Kita tewas kala gembira, kita tersungkur tika derita.

Namun andai ujian itu membawa kita ke pintu Kesedaran,
Maka ujian itu sebenarnya Manis!

Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia,
Sesungguhnya dunia itu medan ujian,
Akhirat jualah tempat kebahagiaan Abadi.
Allah itu sedang menguji kita.



Hujan turun dengan lebatnya tika ini. Sejuknya angin lembut menyapa pipi. Malam menemani diri. 
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah yang satu ini. 

Fikiran jauh melayang. Namun cepat dihalang pabila mata tertumpu dengan post terbaru dari sahabat 'blogger' tersayang, Cik QalamQudus . 

Bertuah dikurniakan teman seistimewa dia. Saya banyak belajar dari dia.Dia anak solehah, dia sahabat dikala gembira dan gundah,dia wanita tabah. Dia juga manusia biasa, punya alpa dan salah, namun dia sentiasa berupaya untuk berubah, agar berjaya tampil indah.




Tidak dilupa serikandi terindah, Jannah, Athirah dan Ramizah, semuanya berjaya menongkah gundah, sering mengingatkan diri agar sentiasa mujahadah, ohh..diri ini tersangat bertuah, punyai kalian sebagai wasilah, untuk diri ini sentiasa akrab dengan Allah. mudah2an,insyaAllah. :)


Buat Athirah, Leha , Jannah dan Ramizah.. insyaAllah.. kita masih lagi berkesempatan untuk menuntut ilmu bersama cuma kitabnya yang berbeza. Harapnya kita sentiasa untuk terus saling menasihati. Sungguh, diri ini sangat kagum dan beruntung dengan adanya sahabat-sahabat seperti kalian. Semuanya punyai watak yang berbeza, namun fitrahnya kita tetap sama. insyaAllah, bersama kuatkan semangat dan tekad. Moga langkah kita sentiasa dinaungi rahmat.
Terasa rindu untuk menuntut ilmu bersama.



16 October 2012

Mabrouk Alaikuma :) Selamat Pengantin Baru



Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Tahniah Along dan suami. Semoga Allah menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan. Bibir tersenyum gembira bersyukur dengan penyatuan dua hati. Moganya kalian mampu melayari bahtera kehidupan berumah tangga dengan penuh berkat bersendikan syariat dan bertunjangkan sunnah. 


Saat akad dilafazkan , saya merasakan orang lain sudah ambil awak daripada saya. Sayu seketika. namun saya mengerti, fitrahnya awak memerlukan seorang insan bernama suami. Lantas sedaya upaya memujuk hati. Seraya memohon pada Ilahi agar rumah tangga yang baru sahaja terbina ini dapat awak lalui dengan penuh sabar dan bahagia dan mendapat keredhaan Rabbul Izzati.. InsyaAllah, saya sentiasa mendoakan awak dan keluarga kita.

Semoga menjadi  isteri yang terbaik buat suami awak dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.  Aamiin.

Buat tatapan Encik Suami kepada kakak saya yang tercinta, moganya anda mampu untuk terus menjadi pembimbing dan teman hingga syurga buat kakak saya yang seorang ini. Selamat pengantin baru buat kalian berdua. Moga bahgia sentiasa mengiringi kehidupan baru kalian . Selamat menjadi ketua keluarga dengan penuh keimanan dan dedikasi. 


25 September 2012

Irdhi Wahai HATI...!

Assalamualaikum buat semua pengunjung 'tingkap kecil' sUaRaQaLBii. Moga-moga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNya yang Maha Esa. 

*Jom senyum sikit...! sikit je laaa..hehe*

Kepada teman-teman universiti yang sedang ber'study week', sama ada di rumah atau di jamiah masing-masing, diucapkan selamat belajar dan selamat menempuhi fatrah imtihan yang bakal menjelang. Moga najah sentiasa mengiringi langkah-langkah kita sebagai penuntut ilmu walau di mana pun kita berada.

 *mood senyum selalu*

~ Selamat ber'study week' Fruitale Si Tabah
dan
Selamat Kembali Ke Morocco Ahlina ~
Jannah, bile nak packing2 barang nti inform saye..!! ~

Firman Allah:

"Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya".
Surah Al-Imraan ayat 159

Selagi ada masa selagi itu kita perlu usaha..!!!!



Saat ini SQ masih lagi di bumi 'tanah tumpah darahku' ini iaitu Malaysia tercinta. Masih lagi membilang hari dan mencipta detik-detik terindah bersama keluarga sebelum terus mengatur dan menyusun langkah demi langkah bagi meneruskan pengembaraan mencari ilmu di bumi berkah, Mesir. Alhamdulillah, Allah mengizinkan SQ dan teman-teman seperjuangan untuk terus mengutip mutiara-mutiara ilmu di bumi penuh berkah itu. InsyaAllah. Mudah-mudah Allah memudahkan perjalanan dan urusan setiap hati-hati yang ingin belajar keranaNYA. 

* ohh,rindunya bumi Cairo...! ::heart::)*


ohyaa... dalam kesibukan kita mentelaah buku-buku pelajaran, jangan lupakan 3 sahabat karib ni ya.! ( pesanan paling utama untuk diri SQ) tolong ingatkan SQ kalau-kalau SQ juga terlupa. 

" Emm, apa ya 3 sahabat karib yang SQ maksudkan ini?.. haaa,ni yang nak cerita.. hehe..".


3 Sahabat Karib ini ialah ALLAH, QURAN dan HATI. 3 perkara yang cukup sempurna (pada hemat SQ) untuk kita hadapi apa jua mehnah yang mendatang...!!!

 *ape kaitan ea...??*


"haaa... kenape bukan jantung ke, tangan ke, ape-ape je lah???....,".
 oke... sebabnya kerana Hati adalah harta yang paaaaalingggg berharga. Pujuklah Hati supaya Tenang dan Tersenyum selalu dengan apa jua yang mendatang. Jaga Hati, ajar Hati redha dan gagah dengan takdir dan keputusan hidup. Mane nak cari sumber semangattttt tuuuuu!!??? Haaa... semangat tu ada dalam QURAN, kan3??.. tak payah tunggu sesiapa nasihat dulu, cari dalam Quran dulu (bace Quran + tadabbur laa maksudnya). Pesanan-pesanan Allah dalam Al Quran dah cukup untuk hidupkan Si Hati ini, dan dalam ketika itu Al-Quran ni hubungkan semula Hati-Hati dengan Pemiliknya iaitu ALLAH Yang Esa. Sungguh..! pabila kita pelihara 3 perkara yang merupakan 'sahabat karib' ini dalam kehidupan, insyaAllah, segalanya dapat kita tempuh dengan SEBUAH SENYUMAN di penghujungnya..! :).. ALLAH memahami  kita lebih dari yang lain. Indahkan..???

* Terimakasih sahabat..! Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNYA untukmu*

Adapun kata-kata semangat dan motivasi dari insan-insan sekeliling seperti keluarga, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan (semuanya membawa maksud yang sama tapi erti yang berbeza! cam ne tu ek?? bergantunglah pada tafsiran individu itu sendiri.)

 * senyum sambil kenyit mata..! haha* ;)

Hakikatnya semuanya datang Dari Allah.. semua tu nasihat itu dari Allah juga. Cumanya sahabat handai tu adalah wasilah sahaja..!

* Terimakasih Allah dan terimakasih semua*


"Orang yang mencari Redha akan mendapat ketenteraman Hati".
~Sheikh Yusuf bin Muhyiddin Req Al-Bakhour Al-Hasani~
Rindu untuk menatap wajah suci itu.

InsyaAllah semoga hati-hati kita sentiasa redha dengan segala macam dugaan dan cabaran yang mendatang. Sabar juga sangat perlu untuk mendidik hati dalam mencari keredhaan Allah.
Tiba-tiba teringat sebuah status milik seorang hamba Allah iaitu, "Sabar itu khazanah syurga. Jadi, ia akan pulang semula ke syurga dan membawa insan2 yg setia bersamanya.".
 Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang berSABAR.

"Every Happiness, there' a TEST. Every Pain, There's 'hikmah' and something better awaiting. Whichever, may both bring us closer to HIM."
by: teman Tweet2 :)

Penting....!!!! Kita tidak akan pernah sunyi dari diuji. Ujiankan satu tarbiah. Usah cepat melatah (ingatkan saya jika saya terlupa). Allah maha mengetahui setiap sesuatu. 

~ Doakan Kami Semua~
~ LehaRamizahAthirahJannahSyue~

Terima kasih yang tak terhingga buat teman seperjuangan bersemangat waja dan tabah iaitu Siti Athirah yang telah bersusah payah menguruskan urusan-urusan SQ dan teman-teman lain yang pulang bercuti di Malaysia nih. Dari dulu lagi, SQ memang kagum dengan jiwa sahabat SQ yang seorang ni. Tabah,cekal dan yang penting dia selalu semangat. Seorang yang ceria juga. 
Ya Allah Rahmatilah setiap saat kehidupan sahabatku ini. Aamiin..! nah hadiah tuk awak..!
insyaAllah... nanti saye balik Cairo, saye belanje awak..! hehe
*Rindu :love:*


haaa, sebut tentang ceria-ceria ni SQ memang teringat sungguh kepada seorang sahabat SQ 'teacher to be' iaitu Nur Farah Hana. Sahabat yang banyak kongsi suka dan duka sejak zaman sekolah menengah dulu. Fara ingat tak yang Fara ade call saye mase mule-mule Fara jalani orientasi kat maktab tu?? Fara ceritakan tentang perjalanan orientasi n sambutan merdeka yang terpaksa mendaki hingga ke tingkat 18 tanpa lif.. hehe..Rakaman suara Fara tu ade lagi pada saya..!! :)  Meskipun haluan belajar kita sudah berbeza,namun ketahuilah sahabat kita masih sama-sama menuntut ilmu di Bumi Allah ini. Doakan saya sentiasa kuat macam awak. Moga dapat ketemu sebelum saya terbang. hehe
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Farah. 
*Rindu :heart:*



Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.. :) :)
Aaminn..



19 September 2012

SABAR Yang INDAH




Alhamdulillah... Banyak hikmah yang Allah titipkan dalam setiap kesulitan itu. Sebagai hambaNya, kita tidak akan sunyi dari diuji. Bukankah ujian itu sebagai tanda sayangNya kepada hambaNya yang lemah dan kerdil ini.. Apalah sangat ujian yang kita hadapi sekarang jika dibandingkan dengan ujian para sahabat dahulunya. InsyaAllah, pasti ada hikmahnya jika SABAR sentiasa menjadi teman sejati hati kita. 

*okeh,,,jom senyum dulu :) *

Alhamdulillah, urusan me'renew'kan visa sebelum pulang ke Cairo lewat oktober nanti hampir selesai. Bertemankan sahabat seperjuangan Jannah Atirah serta ayahanda tercinta & temannya dapat juga cari Embassy of Egypt ini. Turun sahaja dari kereta kami dapat lihat ramai sahabat-sahabat lain turut bersama untuk membuat visa. Ada yang baru pertama kali nak wat visa. Ada yang nak membarukan visa semula. Ada yang dari Kedah, Ada jugak yang dari Perlis. Allah, jauhnya mereka. Kami dari Negeri Sembilan. Jauh jugak tau..hihi... suasana ketika itu terasa seperti di Mesir yang mana semua teman-teman yang ada di situ beratur panjang menunggu giliran untuk berurusan di tingkap kecil itu. Terlihat seorang pakcik yang telah berusia sedang sibuk menjawab pertanyaan sahabat-sahabat lain. Sesekali terlihat orang arab yang keluar masuk dari ruangan kecil itu. Cara pentadbirannya juga seperti di Mesir. Seraya hati berbisik "paham2 jelah kalo berurusan dengan orang arab, mesti SABAR..!!".

sedang sabar menunggu, kami ditegur seorang wanita bersama suaminya dan kami pun berbual dengannya.

Wanita: Emm, adik belajar kat Mesir ye?. Kawasan mane ye?

SQ & Jannah: (serentak menjawab) kat Kaherah kak. Akak belajar jugak ke? (soalan apakah ini,haha)

Wanita: (sambil senyum dan memandang suaminya) Eh, tak lah dik. Akak dah kawenlah. Akak nak watkan visa adik akak. Adik tau sape-sape yang akan ke Iskandariah dalam mase terdekat ni? tolonglah, sebab adik akak ni nanti sorang-sorang je nanti. Tak de teman.

SQ dan Jannah: Alahai kesiannya. Maaflah kak kami tak tau. huhu... Oh ye, visanya sudah siapkah?

Wanita : (sambil mengeluh) haiii.... tak tau lah dik. dah dua kali akak datang nak ambil visa. tapi x siap-siap lagi. walhal flight adik akak lusa nanti.

SQ & Jannah: o0o0o.. yeke kak..?? Alah.. kesiannya.. mencemaskan jugak.. Akak tinggal mana??

Wanita: Akak tinggal kat Setiawangsa. (sambil memberikan senyuman yang manis sekali)

SQ dan Jannah: o0o0o0... (senyum jugak).. 

Hati berbisik, jika orang yang dekat pun sampai dua tiga kali datang sini tak siap-siap juga...apatah lagi kita yang jauh ni Jannah. Mereka-mereka yang lagi-lagi jauh dari kita nie.. Huuu..~ hai lah nasib. SABAR.. !

Benarlah tekaan hati kala itu. Tak dapat jugak selesaikan urusan tersebut dalam masa sehari.Malah sudahpun datang pada masa yang dijanjikan juga masih lagi belum selesai. Hai, Sabar belum kuat lagi ni. Berlapang dadalah. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Kepada teman-teman mempunyai tujuan yang sama seperti kami, harapnya kita sama-sama sabar. Sabar tukan INDAH.. hehe...



Firman Allah:


Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
~Surah Al Imran ayat 200~





*Alhamdulillah dapat panggilan visa kami dah siap. terimaksih Allah. Terimaksih pada dia yang tolong ambilkan...*

Jom Ubah

SHARE&#127799; *TUKAR CARA BERDOA.* Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. Inshaa Allah siapa yang betul-betul ama...